miss__lemon
- Reads 3,246
- Votes 187
- Parts 23
My First Story
(100% My Ideas)
Engku Iqwaan Syah, lelaki yang hidup dalam kemewahan, namun hatinya kosong. Sejak kemalangan yang meragut keupayaannya untuk berjalan, dia memilih untuk menjauhkan diri daripada dunia. Dia percaya, setiap orang yang mendekatinya hanya mahukan hartanya, bukan dirinya yang sebenar. Senyumannya telah lama mati bersama harapannya untuk bahagia.
Syafrina Husna, seorang gadis yang dibesarkan dalam kesederhanaan, langsung tidak peduli bila orang mengelar dirinya "perempuan tomboy" oleh kerana sikapnya yang kasar. Baginya, yang penting adalah mak satu-satunya insan yang masih ada dalam hidupnya. Untuk itu, dia sanggup bekerja siang dan malam.
Namun, takdir menemukan mereka apabila Syafrina menerima tawaran sebagai penjaga sementaranya...
"Kau buat apa dekat sini?" - Engku Iqwaan Syah.
"Kerja lah, takkan tanam ubi pula." - Syafrina Husna.
Mampukah Syafrina mencairkan hati seorang lelaki yang sudah lama menolak cinta? Atau adakah Engku Iqwaan akan terus mengusirnya dari hidupnya?
Nak tahu selanjutnya dipersilakan baca!!