🤧🤧
42 stories
Perempuan Tanpa Jiwa by FloraDaniella
FloraDaniella
  • WpView
    Reads 508,317
  • WpVote
    Votes 17,787
  • WpPart
    Parts 56
[COMPLETED] Ian Fayyaz 🤍 Nyla Yazmin Hanya satu kesilapan yang besar dia lakukan dalam hidupnya yang mengubah keseluruhan hidupnya selama dua tahun. Hilang semua orang yang dia sayangi dalam sekelip mata. Tanpa belas kasihan dia dihentam. Silapnya hanya kerana mencintai seorang lelaki. Hanya itu sahaja silapnya. ⚠️ Triggered Warning ⚠️ (Self-harm) 9/03/2024
LELAKI YANG DIA CINTA by AENJIM
AENJIM
  • WpView
    Reads 136,641
  • WpVote
    Votes 6,915
  • WpPart
    Parts 52
spin off The Loyal Hunter Megat Hadi menerima gadis pilihan keluarga. Dia kembali ke kampung dengan satu janji, untuk menyunting si gadis menjadi isteri. Di perjalanan, Megat Hadi bertemu seorang gadis yang menyakitkan hati dia. Perempuan itu tak nak mengaku bersalah pada awalnya. Bila melihat wajahnya, perempuan itu sama seperti perempuan lain. Perempuan tak tahu malu! Pantang tengok lelaki hensem. Deena Wahida perempuan yang menyimpan satu perasaan cukup lama terhadap seorang lelaki. Tiga tahun dia menunggu lelaki itu. Dia tetap tak putus asa walau bayang pun dia tak nampak. Pertama kali berjumpa Megat Hadi, dah berjaya buat dia tertarik tambah-tambah lagi si jejaka adalah seorang pegawai polis. Kali kedua hatinya terusik. Deena cuba mengusir perasaan yang mulai tumbuh untuk Megat. Dia bakal ditunangkan dengan lelaki pilihan ayahnya. Disebabkan dia anak yang mendengar kata, dia akur. Hariz Iskandar lelaki yang paling terkesan dengan berita pertunangan Deena. Namun dia terpaksa lepaskan sebab hati Deena bukan milik dia. Tapi, dia akan menunggu sehingga Deena nampak kewujudan dia. Tiba hari pertunangan, Megat dan Deena masing-masing terkejut. Megat tak suka, Deena bukan main gembira. Lagi Megat tak suka, lagi Deena suka. Dia nekad akan buat sampai Megat sukakan dia. Sehingga suatu saat dia dah terlalu penat. Cinta Megat memang tak mampu dia gapai. Dia rela berundur diri demi kebahagiaan Megat. Masa ada tak dihargai. Bila tiada di depan mata mulalah mencari. Megat kesal dengan apa yang terjadi. Cuba mengejar cinta sejati yang dah pergi jauh darinya. Bila rahsia terungkap lagilah dia terkesima. Adakah cinta itu tetap milik mereka berdua atau milik lelaki yang pernah Deena cintai atau milik Hariz lelaki yang setia menunggu Deena?
[C] | Dia Ambil Hatiku | by misshelen21
misshelen21
  • WpView
    Reads 590,382
  • WpVote
    Votes 12,070
  • WpPart
    Parts 52
Kerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian kau! kalah, cuba lagi!" -Trisya Amalina. "kau memang gila!"- Elena Marzuien. "tapi kalau kau berundur! kau lemah!" pantang dicabar, Elena Marzuien menyahut cabaran itu walaupun cabaran itu melibatkan harga diri. Mu'amil Ridzuwan lelaki tegas dan dingin, menjadi korban dari taruhan itu, lelaki yang berkerja sebagai anggota tentera berpangkat besar itu mempunyai masalah dalam perkahwinannya, di anggap mandul oleh keluarga isterinya dan mengharapkan kehadiran malaikat kecil dalam hidupnya. "kau perempuan tiada maruah!"- Mu'amil Ridzuwan. "sanggup kau buat benda macam ni, kau ingat kau hebat sebab kau kaya?"- Mu'amil Ridzuwan. "aku tak akan lepaskan kau!"- Mu'amil Ridzuwan. Dapatkah mereka menyelesaikan masalah ini atau Mu'amil Ridzuwan akan tunduk pada Elena Marzuien yang di benci? bagaimana dengan Aira Amisya yang juga membebankan hidupnya?. "wait and see in the end!" -Elena Marzuien.
Tepat Memiliki  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 332,146
  • WpVote
    Votes 14,143
  • WpPart
    Parts 66
[Book 9] Dua hati yang berpisah, membawa haluan masing-masing demi memperbaiki diri. Pernah berkongsi memori bersama tetapi takdir memaksa mereka berjauhan untuk memyembuhkan luka satu sama lain. Dalam menjalani kehidupan baru, antara mereka, saling berharap untuk bertemu pada waktu yang tepat agar mereka dapat mencipta kebahagiaan yang lebih berpanjangan. "Akhirnya, kita berjumpa semula." -Asyraf "Awak yakin ke kali ini adalah waktu yang tepat?" -Asyrah Pertemuan yang tidak dirancang, meyakinkan Asyraf akan rencana Tuhan. Inilah masa yang dia nantikan selama ini. Tiga tahun tidak saling bertanya khabar, tak pernah dia sangka mereka akan berjumpa semula secepat ini. Sebaik saja dia jejakkan kaki di tanah air sendiri, Tuhan seakan-akan tidak mahu melengahkan masa lagi. Dia dipertemukan semula dengan lelaki yang pernah bertakhta di hati. Lelaki yang menjadi salah satu asbab dia membawa diri ke negara orang. "Saya tak cintakan awak macam dulu lagi." -Asyrah "Baguslah. Awak tak perlu cintakan saya macam dulu lagi. Saya yang dulu tak layak dapat cinta awak." -Asyraf Dia, Fayyad Asyraf. Lelaki kasanova. Lelaki yang pernah digelar 'pecinta wanita'. Dia takkan berputus asa untuk mengambil hati Asyrah semula. Keperibadiannya yang tenang menghadapi ujian, amat sukar diduga. Dia yang sekarang jauh berbeza daripada dulu. Dia terlihat lebih teguh, matang dan berpendirian tetap. Dia tahu apa yang dia mahukan, dan dia akan dapatkan dengan apa cara sekali pun. "Kisah kita baru bermula sekarang, Asyrah. Kisah yang tiada penamat seperti dulu. Antara awak bersama saya, atau saya akan menghantui hidup awak selamanya." -Asyraf "Sebelum tu, saya belum perkenalkan diri. Saya, Fayyad Asyraf. Tapi, awak boleh panggil saya... Asyraf." Benarkah sekarang waktu yang tepat untuk mereka saling memiliki? Adakah Asyraf dapat mengubah kesilapan lalu demi menambat hati Asyrah semula? Bagaimana mereka dapat menempuh ujian seterusnya jika mereka benar ditakdirkan bersatu semula?
Izinkan Sekali Lagi by NahilahBadriyah
NahilahBadriyah
  • WpView
    Reads 407,905
  • WpVote
    Votes 12,987
  • WpPart
    Parts 81
Atas kekhilafan seorang RIHANA, nampaknya mimpi ngeri menjadi nyata. "Kau PEMBUNUH!" Mana mungkin RIHANA mampu menyangkal kenyataan yang keluar dari mulut SYAKIR. Kenyataan bahawa dialah pembunuh. Pembunuh anak mereka. Datang SYAKIR melamar dirinya kembali selepas setahun berpisah. Apakah sebabnya? "Abang tahu abang tak mampu hidup tanpa Hana. Abang menyesal buat keputusan terburu-buru. Hana please... Terima abang semula?" Kehidupan yang bahagia rupanya terdiri dengan rahsia di sebalik rahsia. Rahsia yang jika tak dibongkar, boleh menyebabkan hancurnya sebuah harapan. Harapan yang hancur buat ke sekian kalinya, sangat sakit untuk diubati dengan sinaran baharu. "Izinkan sekali lagi." Warning : Jalan cerita berterabur sebab ingat nak buat short story sahaja awalnya. Cerita SANGAT cliche ya. Sesuai untuk orang yang nak feeling sendu sahaja, tak sesuai untuk yang mencari cerita logik.
Seindah Takdir Umairah by lyafarhanx
lyafarhanx
  • WpView
    Reads 306,509
  • WpVote
    Votes 16,437
  • WpPart
    Parts 60
Dibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling mengenai status dirinya. Tidak pernah dipinta tetapi itulah yang diterimanya. Kehidupan yang indah bersama nenek tercinta musnah begitu saja apabila wanita yang menjaganya sejak lahir pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Dikutip kembali oleh keluarga yang pernah membuangnya kerana simpati si bapa tetapi kehidupannya mula dilanda kelam. Mencari sinar kebahagiaan bersama keluarga kandung ibarat mencari jarum dalam jerami. Tidak pernah ditemuinya. Bertambah derita apabila bukan sahaja keluarga membencinya tetapi lelaki yang bakal menjadi suaminya juga. Pada siapa dia harus bergantung lagi? "Umai tak pernah minta dilahirkan macam ni. Apa salah Umai?" -NUR UMAIRAH. "Salah kau adalah sebab kau lahir didunia ni. Aku takkan pernah mengaku kau sebagai isteri aku, Nur Umairah." -UMAR QAISER. Hubungan yang dibina atas desakan dua buah keluarga menambah benci Umar Qaiser padanya. Bermula episod duka dalam hidup Nur Umairah. Kebencian keluarga kandung dan suaminya membuatkan Umairah belajar mengenai sesuatu. TAKDIR. Takdir hidupnya yang telah disusun oleh Allah. Takdir yang tidak mampu ditukarnya. Takdir yang terlalu indah untuk dia menidakkannya. Dimanakah kesudahan derita Umairah bersama Umar Qaiser dan keluarga kandungnya? Temui jawapan akhir dalam SEINDAH TAKDIR UMAIRAH.... Karya kedua LYAFARHANX💕 Dilarang plagiat👊🏻❌ November 2020🏆 🥇Romance 🥇Derita 🥇Sedih 🥇Cry 🥇Anakluarnikah
Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATE by PENGLIPURLARAAA
PENGLIPURLARAAA
  • WpView
    Reads 992,907
  • WpVote
    Votes 35,215
  • WpPart
    Parts 75
Private ! sebab ramai sangat silent reader Muahahahah 18sx part will private sorry😬 #1stWattys2018 #1stRANKINGMARRIEDLIFE #1stRANKINGWASIAT #10RANKINGINROMANCE Tragedi yang tidak disangka akhirnya telah menyatukan Tengku Adzmir azim dan Dhia dania ke alam perkahwinan Bagi Tengku adzmir azim , untuk mencintai wanita itu mustahil baginya, yang dia lakukan hanyalah untuk mendapatkan haknya!! Bagi Dhia dania , Mencintai lelaki itu adalah episode derita dalam hidupnya , lelaki berdarah kotor itu tidak layak menjadi suaminya!! "Pura-pura kau mencintaiku Pura-pura pula sayang itu Pura-pura kau menyukaiku Pura-pura kau rindu itu Memang sialnya hidupku mengenalimu Sadarkan dirimu kasih padaku Rupanya cintamu palsu ❤️WELCOME TO TENGKU ADZMIR & DHIA DANIA LOVE JOURNEY❤️ TAKE NOTED !! DIHARAMKAN MENGOPY PASTE IDEA SAYA !!
Kau Lupa Janji [C] by Marleneith
Marleneith
  • WpView
    Reads 627,960
  • WpVote
    Votes 20,743
  • WpPart
    Parts 29
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak emas dalam keluarga. Kerana satu malam, Qays terperangkap di dalam 'jerat' manusia. Tidak pasti siapa si pemasangnya, yang pasti akan Qays cari sampai jumpa. APRIL ISABELLE Si arkitek muda yang dianggap pembawa tuah kepada syarikat. Tidak tahu dimana silapnya, dia menjadi buah mulut staf yang mengatakan dia gadis liar suka menangguk di air yang keruh. Sedangkan April tidak liar seperti yang diperkatakan. "Kau cakap dengan aku, siapa yang upah kau?!" "Saya berani bersumpah saya tak tahu siapa yang buat kita macam ni!" Tidak pasal Qays menuduh April dalang atas apa yang terjadi. Di mata lelaki itu, April hanya seorang perempuan yang terdesak mahukan hartanya saja. Disebabkan itu, dia bertindak meragut kesucian April tanpa belas kasihan. "Puas aku tengok hidup kau berantakan macamni Qays..." "Si*l! Cari perempuan tu sampai jumpa!" Malangnya, April sudah pergi jauh dari gapaian Qays. Semakin serabut lelaki itu dibuatnya. Pandai pula April menghilangkan jejak sehingga tiada siapa berjaya menemukan dia. Atau... Sesuatu terjadi pada wanita itu? "I Hanania, tunang Qays Jareed" "Jangan lupa janji awak, saya merayu ceraikan saya Qays..." "Tak semua janji perlu ditepati sayang. Kalau aku tepati janji aku, macam mana dengan Syed Adrish Qaazi?" "Berpuluh ribu anak kat luar sana yang membesar tanpa kasih sayang bapa, saya tengok jadi manusia juga. Berjaya. Tak payah beri banyak alasan Qays, lepaskan saya!" "Never! Itu anak orang lain. Demi anak aku Adrish Qaazi, aku sanggup buat apa saja. Kalau aku boleh hormat keputusan kau, aku harap kau pun boleh hormat keputusan aku kali ini, sayang" __________________ Aku selalu memikirkan masa depan, Antara kita berdua hidup bersama, Namun setiap kali ku zahirkan hasrat hati, Kau pintaku memutuskan perhubungan. Mudahnya, kau lupa pada janji... Kau lupa janji.
[C] | TUHAN, AKU JATUH PADA BIDADARIMU [BAKAL TERBIT SIBF 2025] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 552,637
  • WpVote
    Votes 4,708
  • WpPart
    Parts 19
𝕊𝕋𝔸ℕ𝔻 𝔸𝕃𝕆ℕ𝔼 𝔹𝕆𝕆𝕂 - OLD TITLE: TAKDIR QASEH [UNEDITED VERSION] - [REVAMP VERSION DI SIBF 2025] "Tepat pada hari lahir kau yang ke 18... Aku nak kau mengandungkan zuriat aku. Dan lepas tu kau bebas." Qaseh Aulia - pelajar cemerlang, anak yatim yang dibesarkan dalam penderitaan. Dia dijual oleh ayah kandungnya sendiri kepada seorang lelaki gelap berjiwa kelam. Hidupnya yang dahulu penuh harapan berubah menjadi neraka dalam sekelip mata. Jason Richard Rousse, pewaris empayar fesyen antarabangsa, menyembunyikan sisi kehidupan yang penuh luka dan jenayah. Di siang hari, dia adalah ikon kejayaan. Tapi malamnya - dipenuhi darah, dosa dan kehancuran. Hatinya mati, jiwanya musnah. Baginya, Tuhan tidak wujud. "Tuhan tak wujudlah, bodoh! Kalau Tuhan wujud, kenapa dia perlu seksa aku dengan kehidupan ni?! Kenapa aku tak pernah buat apa-apa salah dihukum macam ni?!" - Jason Richard Rousse. Dipenjara dalam rumah agam mewah, dirantai dan dipaksa tunduk, Qaseh tetap tidak menyerah. Dia melawan dengan doa, melindungi dirinya dengan iman. Sedikit demi sedikit, kelembutan Qaseh mengusik hati lelaki dingin yang selama ini menolak kasih sayang dan Tuhan. Di tengah dunia yang hilang arah, hadir seorang lelaki bernama Izz Haider - sahabat Jason yang melihat segalanya dari sisi yang berbeza. Seorang doktor, tenang dan rasional, namun menyimpan rahsia sendiri. Dialah satu-satunya yang berani menegur, dan mungkin satu-satunya yang mampu menamatkan kitaran kebinasaan yang melingkari hidup Jason dan Qaseh. "When I said Jason is a dangerous person, I meant was his obsession. To things that he loves and keeps." - Izz Haider Namun, mampukah kasih menyelamatkan mereka berdua dari bayang silam? Atau akan berakhir dengan lebih banyak luka dan kehilangan? Sebuah kisah cinta gelap, luka yang terpendam, dan iman yang diuji. Cinta ini bukan dongeng. Ini perjuangan. Ini nyawa. Start: 28 Julai 2023 End: 27 November 2023
Entangled (Completed) by LilyRose593
LilyRose593
  • WpView
    Reads 191,811
  • WpVote
    Votes 11,652
  • WpPart
    Parts 30
Adellia Rasya - Di sebalik kemewahan,status anak sebuah keluarga yang sangat disegani, dia dirundung malang. Sepi. Sunyi. Hidupnya kosong. Kehilangan abangnya di usia kecil,sehingga dia dipersalahkan oleh ibu kandungnya bertahun-tahun sehingga dewasa. Cuma ayahnya saja tempat dia bermanja selalu,walaupun dia memendam duka kesumatnya. Bila meningkat dewasa,dia dijodohkan dengan Aqil Rasydan,lelaki yang berasal dari keluarga yang hidup besederhana,atas permintaan ayah Rasya sendiri sebagai cara dia membalas budi keluarga Aqil,dan dalam masa yg sama dia mengharapkan Aqil untuk menemani Rasya yang sunyi. Tapi keadaan bertambah buruk bila Aqil mencintai orang lain,dan ibu Rasya semakin membenci Rasya. Mampukah Rasya mengharunginya sebagai isteri dan anak yang sunyi hidupnya? BM + dialog dialek Sabahan.