Fantasy World
9 stories
The White Angle by Hwayuqiii
Hwayuqiii
  • WpView
    Reads 13,211
  • WpVote
    Votes 1,359
  • WpPart
    Parts 28
Stella, seorang gadis biasa yang hidup normal selama hampir 17 tahun. Tapi, siapa sangka perubahan besar terjadi kepada dirinya apabila 5jejaka dari dunia berbeza muncul di hidupnya untuk menjelaskan asal usul sebenar Stella dan melindungi Stella selama sisa harinya di dunia itu sebelum di bawa kembali. Namun, siapa sangka semuanya tidak seperti yang mereka rancang. "Ini semua salah aku, kalau bukan sebab aku semua ni takkan jadi" Kata Luke.
Kisah Seorang Hero Yang Pendiam by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 64,582
  • WpVote
    Votes 6,262
  • WpPart
    Parts 74
Awakend adalah manusia yang dilahirkan atau mewarisi beberapa kelebihan atau kuasa yang sangat luar biasa sejak dari lahir atau pewarisan keluarga. Tak semua awakend dilahirkan memiliki kuasa daripada keluarga mereka. Akibatnya mereka harus hidup jauh dari masyarakat manusia biasa bagi menyembunyikan rahsia mereka sementara yang sudah dibesarkan bersama para Awakend yang lain mungkin merasai hal itu cuma biasa.i Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Syed Qaiser. Dilahir dengan kuasa yang hebat malah luar biasa. pakar dalam semua perkara & hidup berdikari malah tinggal bersendirian & hanya bertemankan seekor sahabat berbulu. Tapi dipinggirkan oleh kumpulan sendiri yang hanya memandang dirinya dengan sebelah mata kerana pendiam tanpa mengira kekuatan & kelebihan dirinya itu. Bagi kumpulan lain yang menghargai, pasti merasai kerugian sementara yang pandang sebelah mata padanya hanya menghina dirinya. Walaupun begitu, dia tidak kisah akan suasana & caranya dilayan. Dia hanya meneruskan hidup sebagai awakend yang memiliki kuasa luar biasa yang tiada pada manusia biasa. Ikuti kisah selok-belok perjalanan Hidup Qaiser sebagai seorang remaja yang bergelar sebagai Hero yang pendiam.
FATED ENCOUNTER (BAHASA MELAYU) - BUKU 2 BLOODY FRIENDSHIP by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 47,537
  • WpVote
    Votes 3,690
  • WpPart
    Parts 38
Agi ataupun Sagittarius adalah pengguna kuasa Bintang Sagittarius. Selama beratus-ratus tahun, Bintang Sagittarius mempunyai kuasa yang sangat istimewa. Mereka berkebolehan untuk merentasi dimensi, menyembuhkan kecederaan dan kuasa alam tetapi daripada kegunaan kuasa tersebut, terdapatnya sumpahan yang tidak boleh dibuang mahupun diubah. Sumpahan tersebut akan berada pada setiap pengguna Sagittarius yang telah dipilih oleh binatang Bintang Sagittarius. Agi berasa sangat kecewa apabila sumpahannya telah mengubah kehidupannya. Dia menyalahkan Pegasus kerana telah menyebabkan perubahan tersebut. Dia tidak mendekati sesiapa atau mempunyai hubungan rapat dengan orang lain kerana tidak mahu jatuh cinta mahupun menyebabkan orang lain jatuh cinta dengannya. Hanya dengan satu kucupan daripada Pegasus telah mengubah kesemua perkara dalam hidupnya. Malangnya, timbul masalah baru iaitu Pegasus. Dia tidak pasti bagaimana Pegasus mengetahuinya tetapi pandangan Pegasus yang seperti mengetahui rahsianya menyebabkan dia tidak mahu berada berdekatan Pegasus. Bukan itu sahaja, pengacauan Pegasus semakin melampau sehingga Agi takut dengan perasaan sebenar yang dilihatnya pada wajah Pegasus kepadanya. Dan Pegasus pula mengalami masalah dan tidak dapat menyelesaikannya sendiri. Dia tidak mahu membahayakan nyawa orang lain tetapi apa yang dapat dia lakukan untuk menghalangnya? Agi pula sentiasa bermain dalam fikirannya. Sukar untuknya menjauhi Agi. Bagaimana Agi hendak menjauhkan diri daripada Pegasus yang cuba mendekatinya dengan lebih lagi daripada pergaulan seorang rakan? Mengapa dia takut orang lain mengetahui perubahan dirinya itu? Dan apa pula masalah yang dihadapi Pegasus? Malah, muncul pula musuh baru? Siapakah mereka? Apa yang mereka nak? Baca dan selami masalah mereka dalam buku kedua ini! XD
Koa : Trash Prince  by n_nisss
n_nisss
  • WpView
    Reads 4,905
  • WpVote
    Votes 523
  • WpPart
    Parts 32
Putera sampah Itu sememangnya gelaran yang tidak asing bagi seluruh kerajaan. Tetapi apa benar dia itu sampah? Mengapa sampah ada mimik yang gila seperti nikmati sesuatu? ................. "Aku memang sampah tapi aku bukan bodoh" - Trash Prince "Tuan muda...apa anda akan terlibat dalam perang saudara?" - pelayan setia "Aku tidak tertarik tahkta tetapi tertarik bagaimana perang saudara ini akan berakhir.Siapa yang lebih serakah?" -Trash Prince ............... Namun tiada siapa tahu Putera sampah yang lama telah mati.Jasadnya digantikan jiwa yang cukup insane.Dia memerintah disebalik tabir dengan topeng sampah ini. Bergerak seperti angin Langkahnya ada bayangan besar menakutkan Senyuman menyerlah seperti kehangatan matahari Tenang seperti air Tetapi ada satu je.... Kesenangan melihat semuanya bagaikan papan catur tanpa diketahui oleh sesiapa...itu mengerikan. Apabila menyelam air laut semakin dalam semakin gelap bukan? Kebenaran dan kisah silam semakin terungkap membuatkan putera sampah terpaksa turun tangan demi amanat yang terukir di kertas. ..... Ps : ini story ketiga nis buat....harap enjoy dengan imaginasi nis...nis terinspirasi dengan beberapa komik dan novel yang nis baca...idea selebihnya murni dari imaginasi nis... Novel ni slow up yer.
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]  by SyuhadaNr
SyuhadaNr
  • WpView
    Reads 515,783
  • WpVote
    Votes 40,370
  • WpPart
    Parts 84
Ini cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersatu dalam dirinya? Dua puak yang berselisihan faham dan menjadi musuh sejak beberapa tahun dahulu. Hal ini kerana, Raja dari puak manusia yang menjadi punca pergaduhan di antara mereka. Kerana hasutan, hasad dengki dan tamak, dua puak pari-pari yang dahulu kala hidup bersama menjadi pecah belah! Mereka menjadi musuh! Nyea satu-satunya berdarah campuran yang pernah wujud di situ. Bila dia dapat tahu semua ini, dia seakan tidak boleh menerima kenyataan.Tidak disangka, kehadirannya juga akan mengubah segala-galanya.... Kehadirannya akan menyinari kegelapan.... Persahabatan.... Kesetiaan.... Percintaan.... Dan hubungan kekeluargaan.... #100% my idea
𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update) by Hwayuqiii
Hwayuqiii
  • WpView
    Reads 65,404
  • WpVote
    Votes 7,011
  • WpPart
    Parts 69
Season 1 Energi shizen adalah kekuatan yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan ability, energi itu dimiliki semua manusia di serata dunia sejak peristiwa Perang Dunia Pertama atau lebih dikenali sebagai sejarah Tsuki Kenshi. Namun di saat semua manusia mempunyai kekuatan itu, seorang gadis bernama Kiyomizu Ace ini tidak memilikinya. Ace seorang yang pendiam dengan wajah datar dan polos. Tidak pernah tersenyum dan selalu menjawab dengan anggukkan dan gelengan kepalanya. Dia juga tidak mengerti apa apa dan boleh dikatakan tidak memiliki emosi. Namun begitu, banyak misteri tentang dirinya yang bahkan dia sendiri tidak tahu. Tahun ini dia memasuki sebuah academy Hunters, dan disini semuanya bermula... <><><><><><><><><><><><><> Season 2 Iblis gila, siapa kau sebenarnya, berani kau membunuh para pembawa pesan dewa." Ujar Fudo. "Pembawa pesan dewa?" Ujar nya sambil tersenyum sinis. "Kalau manusia ni pembawa pesan dewa, aku adalah orang yang hantar mereka kepada dewa." Katanya lagi. Fudo semakin berundur ketakutan.. "Sepertinya aku telah membangunkan singa yang tidur." Ucap Fudo tepat sebelum dirinya ditebas bersama Shitoshi. "Aku tak pernah ganggu sesiapa.. korang yang jadikan aku macam ni. Korang yang bangkitkan sifat iblis ni dalam diri aku." Katanya lagi dengan tatapan dingin memandang mayat yang berlumuran darah. Aura mata Reiketsuna nya semakin membara.
ELEMENTAL KEGELAPAN [C] by Lovelive122003
Lovelive122003
  • WpView
    Reads 376,743
  • WpVote
    Votes 27,073
  • WpPart
    Parts 82
Accept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together,but do so with all your heart. By Marcus Aurelius Di Dunia Angkasia Manusia mampu mengunakan kuasa yang ada pada diri mereka. Banyak hidupan yang tinggal di dunia ini termasuklah Haiwan dan Manusia Mitos. Shiro Ryuzaki. Siapa yang tidak mengenali sang lelaki yang malas tahap gaban ni? Kau tanya lah apa yang dia suka.. "Tidur. Aku suka tidur. " Apa yang dia suka buat.. "Same answer duhh. " Dan paling penting, apa matlamat hidup dia. "Tidur tak bangun-bangun. " Sakit hati. Gila kan? Apa boleh buat, inilah sifat sebenar lelaki itu. Tapi apa yang membuatkan dia istimewa? Kenapa ramai yang memburu dia? Puaknya? "Aku tak pernah mintak pun nak ada kuasa ni, sebab tulah kalau boleh aku rela jadi manusia biasa " "Kita mempunyai kuasa untuk melindungi diri kita dan orang yang kita sayang! " "Lucia peliklah, apa agaknya yang ada dalam otak abang sampai abang suka bermalasan sangat?" First Fantasy Book BEAUTIFUL COVER BY @airuml [6/2/2019] [EDIT] #ayat budak2. #typos banyakkk #dah kasi warning -Enjoy the story❤️
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE] by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 244,274
  • WpVote
    Votes 16,251
  • WpPart
    Parts 117
Kairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz membunuh kesemua ahli puak Kairi. Malangnya, Kairi berjaya melarikan diri tetapi dia tidak menyedari Rafiz mengekorinya sehinggalah tubuhnya yang cedera memakan dirinya dan menyebabkan dia pengsan di tengah hutan. Pada masa inilah Rafiz mengambil peluangnya untuk membunuh Kairi tetapi disebabkan keinginan lama yang mula muncul secara tiba-tiba, Rafiz tidak membunuh Kairi. Sebaliknya, dia membawa Kairi pulang bersamanya. Dia juga melindungi dan menyorok Kairi daripada ditemui kumpulannya. Apa yang berlaku selepas itu? Bagaimana puak Kairi terlibat dengan kemusnahan Bintang Kegelapan? Nak tahu? Bacalah dan menyelami hidup yang dijalani Kairi dan Rafiz sambil mereka berdua mengatasi masalah daripada Bintang Kegelapan dan juga kemunculan Bintang Kecerahan yang ingin memusnahkan Bintang Kegelapan. Cerita ni sebenarnya dah siap ditulis tetapi dalam buku. Saya akan pelan-pelan taip untuk kamu semua baca. Okey, selamat membaca XD
Killer Twins Reincarnation???[END] by n_nisss
n_nisss
  • WpView
    Reads 180,205
  • WpVote
    Votes 17,258
  • WpPart
    Parts 186
Lily dan Lyle pasangan kembar tak seiras hidup di zaman moden.Mereka adalah pelajar universiti medical yang popular dengan kecantikan dan ketampanan. Tapi dimalam hari topeng sebenar mereka berdua terbuka.Dan mereka adalah KT atau Killer Twins.Pasangan kembar yang gila dalam membunuh musuh. Suatu hari,Lyle memandu kereta dan Lily bersebelahannya.Dia memandu menaiki bukit untuk menemui klien...Saat ingin berbelok, kereta mereka ditolak kuat oleh sebuah lori dan kereta mereka jatuh ke gaung. Kerana tidak sempat menyelamatkan diri,mereka berdua boleh pasrah dan menggengam tangan satu sama lain. Sempat berbual detik2 akhir. Jasad mereka terbakar kerana terkena letupan kuat. Mereka fikir mereka sudah mati eh buka mata je mereka berada dalam tubuh budak berusia 2 tahun.Dan kebetulan kembar tak seiras juga. Nama baru ,rupa baru dan keluarga baru. "Aku akan melindungi keluarga ini segenap hati aku serta kau" "Aku juga...jika ada yang mengusik keluarga kita...aku tidak segan membunuhnya" *********** Ps: cerita inspirasi dari beberapa komik.Dan cerita ini rekaan semata mata.Dan tak pernah wujud hal ini.Maaf atas kesamaan nama,plot cerita dan lain2. Harap enjoy my second story.