leyanati's Reading List
53 stories
𝐖𝐢𝐥𝐥 𝐁𝐞 𝐁𝐚𝐜𝐤 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 112,740
  • WpVote
    Votes 6,863
  • WpPart
    Parts 66
"Zarfina Alesya binti Muhammad Khad, abang ceraikan Fina dengan talak satu." Dengan sekali lafaz, maka terlerailah sudah ikatan sah antara Nazrul Dzulhanan dan juga Zarfina Alesya. Bukan kerana orang ketiga, tetapi kerana ego masing-masing yang akhirnya membawa kepada perpisahan. Dan saat itu, Nazrul sangkakan kehidupan mereka akan baik-baik sahaja sambil membesarkan Nayfa Allara. Namun, semua berubah bila Zarfina pergi meninggalkannya dan buah hati mereka. "Abang minta maaf, Fina... abang betul-betul minta maaf. Abang sayangkan Fina sangat-sangat." - 𝐍𝐀𝐙𝐑𝐔𝐋 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 Penyesalan yang akhirnya menghantui diri selama tiga tahun telah mengubah hidup Nazrul Dzulhanan menjadi lelaki yang dingin. Baginya kehilangan Zarfina adalah satu kehilangan terbesar dalam hidup itu. Dia hampir hilang separuh nyawa sehinggalah dia bertemu dengan seseorang yang memiliki wajah yang serupa. "Saya Zafiya. Dan awak siapa?" - 𝐙𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀 Seorang gadis yang memiliki semua yang Nazrul rindukan. Dari wajah, suara sehinggalah perwatakan membuatkan Nazrul Dzulhanan membayangkan bekas isterinya. "Mungkin saya tak faham di tempat awak. Tapi awak kena tahu yang bukan awak sorang je rasakan kehilangan tu. Saya pun rasa benda yang sama. Saya kehilangan kakak saya." Mereka memiliki luka yang sama dengan rasa kehilangan yang sama. Disaat Zafiya ingin mengisi kekosongan yang ada di hati si kecil, satu perasaan yang sudah dijangka akhirnya muncul. "Awak boleh anggap saya Zarfina kalau awak nak." Makin dekat dengan gadis itu, semakin Nazrul sukar untuk melupakan kehadiran Zarfina. Namun siapa sangka, disebalik semua perasaan dan bayangan yang dia lihat telah mengembalikan cinta yang pernah mati. "Temukanlah aku dengan dia, untuk kali ini saja."
Bisikan al-Qadr  by Laventer_Skz
Laventer_Skz
  • WpView
    Reads 2,707
  • WpVote
    Votes 87
  • WpPart
    Parts 20
Di dunia di mana rahsia bersembunyi dalam bayangan, sebuah perkahwinan yang tiba-tiba menyatukan dua jiwa tanpa mereka mengetahui identiti sebenar masing-masing menjadi permulaan kisah penuh olak duri. Nur Khalisya Ezlynn memimpin masa lalu yang membekas dan nyawanya seakan menjadi mainan dalam dunianya. Dia tidak menyangka bahawa perkahwinan itu akan menempatkannya di tengah permainan takdir yang gelap dan berbahaya. Emir Zafran Rashaad, pewaris keluarga berpengaruh muncul dalam hidupnya seperti bayangan yang memukau. Dia membawa aura penuh misteri, kuasa, dan ancaman. Mereka terperangkap dalam permainan di mana setiap langkah boleh menjadi perangkap, setiap kata boleh menipu, dan setiap pilihan boleh membawa maut. Bisikan Al-Qadr adalah kisah tentang cinta yang muncul di tengah rahsia dan bahaya, di mana kesetiaan, pengkhianatan, dan obsesi bersatu dalam permainan maut yang dikawal oleh takdir. Dalam bayangan yang menanti setiap langkah, mampukah mereka bertahan, atau adakah bisikan takdir akan menelan mereka?
Love Under Control [OG] by UaenaaLee
UaenaaLee
  • WpView
    Reads 5,410
  • WpVote
    Votes 358
  • WpPart
    Parts 18
[2nd book] Elyra Kaelyn. Dilahirkan sebagai anak perempuan Armand adalah satu sumpahan kepadanya. Dalam kepercayaan mereka, anak perempuan adalah pembawa malang. Tidak layak menjadi pewaris keluarga, dan akan menyusahkan mereka. Sejak hari dia dilahirkan, Elyra tidak pernah benar-benar diterima. Sehinggalah satu kemalangan... yang bukan hanya merubah hidupnya, tetapi membuatkan dirinya makin dibenci oleh mama dan papanya. "Aku menyesal lahirkan kau Elyra." Di saat hidupnya semakin hancur, muncul seorang lelaki yang menginginkannya-dalam diam. Dato' Leon Veyron Vincent, seorang duda. Seorang lelaki berkuasa. Petik jari saja dia dapat segala yang dia mahukan. Termasuklah Elyra. Dia sanggup berbuat apa saja sehingga gadis itu menjadi miliknya. Di tengah-tengah kesulitan hidup Elyra, dia dipaksa berkahwin dengan Leon, oleh ayahnya sendiri. Adakah kehadiran Leon akan menjadi pelindung... atau penghancur terakhir bagi Elyra Kaelyn? "I'll make you love me, Kaelyn." - Leon Veyron Vincent "And I'll make sure I never fall for you, Leon." - Elyra Kaelyn start : 1 may 2026 end : ⚠️ Typo di mana-mana ⚠️ Grammar errors ⚠️ Trauma childhood ⚠️ Slow storyline ⚠️ Read at your own risks
Sayangku Anisa by Ainn_AINNUR
Ainn_AINNUR
  • WpView
    Reads 2,911
  • WpVote
    Votes 266
  • WpPart
    Parts 14
Cerita kisah Anisa, wanita berbadan gempal yang diperlakukan oleh suami dan keluarga suaminya seperti seorang pembantu.
Secret Wife by isfjhaa
isfjhaa
  • WpView
    Reads 1,245,397
  • WpVote
    Votes 29,297
  • WpPart
    Parts 54
#4 in romance (6/8/19) Start : 27/10/2017 End : 13/06/2018 WARNING !! CERITA INI PENUH DENGAN CRINGE !! YANG TAK BOLEH TERIMA JANGAN BACA 🤌🏻 Hasya Athirah , 16 . Walaupun umurnya dalam lingkungan Pelajar sekolah , dia tidak langsung mempunyai rasa bahagia. Dia merupakan anak yatim yang kehilangan ibu tersayang dan ditinggalkan oleh ayahnya sendiri. Hasya dijaga oleh sepasang suami isteri yang juga mempunyai dua orang putera. Rayyan Arfan dan Raykal Aryan. Rayyan seorang lelaki yang ego. Sejak kehadiran Hasya di dalam rumahnya menyebabkan dia tidak senang duduk. Layanannya pada Hasya hanya seperti orang gaji. Raykal pula lebih peramah dari Rayyan. Sejak hari pertama Hasya dirumah mereka , dia mula rasa sayang kepada gadis itu. Apakah pengakhiran penderitaan Hasya ? ******* Warning! Cringe! 15 keatas *******
Takdir Tercipta by eirakhayra
eirakhayra
  • WpView
    Reads 4,181
  • WpVote
    Votes 194
  • WpPart
    Parts 77
Aira Hawarina seorang gadis manja dalam usia yang muda dia terpaksa belajar untuk menguruskan syarikat dadynya yang telah meninggal dunia dengan bantuan Pak Long dan orang disekelilingnya. Aira ditakdirkan bertemu dengan seorang jejaka Mohd Adam Zarif yang mempunyai cita-cita tinggi dalam kehidupannya..Takdir yang tanpa sengaja dan kebetulan menjadikan enggang dan pipit terbang bersama dilangit... "Zarif....jom kita kahwin!" Tiba-tiba terpacul kata-kata itu dari mulut Aira . "Haa...." Zarif terkejut dengan ajakan Aira itu. Ni betul-betul ke main-main. Isshh minah ni. "Yerla...I ajak you kahwin!You paham bahasa Melayu ke tak? I cakap bahasa Melayu tau." Apakah kesudahan kisah mereka ini...Semoga anda semua terhibur...Jangan lupa komen dan vote yer..
Gadis Superbike Itu Secretary Aku! by eirakhayra
eirakhayra
  • WpView
    Reads 5,254
  • WpVote
    Votes 98
  • WpPart
    Parts 100
Wan Erina Natasha seorang gadis perwatakan kasar tetapi sebenarnya lembut jika mengenalinya. Erina ke mana sahaja akan bersama motorsikalnya itu. Megat Emir seorang yang cerewet dan kadang-kadang perangainya boleh berubah-ubah. Seorang Pengarah Eksekutif sebuah syarikat. Mengambil alih tugas papanya yang mahu berehat dan untuk lebih menumpukan kepada kesihatannya. Hanya kerana satu peristiwa yang berlaku, Megat Emir dengan rela hati telah bersedia untuk memperisterikan Erina... Jom baca jom...jangan lupa vote dan komen yer..
Isteri Teristimewa by DyannRose
DyannRose
  • WpView
    Reads 364,374
  • WpVote
    Votes 18,730
  • WpPart
    Parts 38
Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri. "Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah Daneen." "Kepala otak kau. Sejak bila aku jadi ayah kau. Aku kahwin pun belum. Jangan jadi cacat akal sangat." Dia berjalan saja Daneen memeluk kakinya, dia tidur Daneen melompat tidur disebelahnya. Paling membuatkan dia tertekan adalah apabila Daneen mahu dia mandikan. "Ayah, mandikanlah Daneen. Daneen dah busuk." "Kau dah gila ke?" Seram. Itu yang dirasakannya. Semakin hari dia merasakan Daneen seolah menggodanya. "Aku pangkat suami kau tau bukan ayah kau. Aku baru 30 bukannya 60." "Kalau macam tu jadilah suami Daneen. Abang, sayang sayang abang!" Pitam Aidan. Naik gila dibuatnya. "Daripada berterusan gila kau ni lebih baik aku hantar kau ke Tanjung Rambutan." "Kenapa Tanjung Rambutan? Kan abang boleh hantar Daneen terus ke dalam hati abang?" Dasar gila. Dia kusut memikirkan cara untuk menghentikan omelan mamanya yang sudah tahu akan kewujudan Daneen di dalam rumahnya. "Daneen bakal isteri Aidan." Senang! Tapi bagaikan malapetaka yang menimpa apabila Daneen mendengarnya. "Yeay kita kahwin! Abang jangan goda sayang tau, tunggu kita kahwin biar sayang goda abang!" Daneen mengenyit mata nakal. "Ya Allah... ujian apakah yang Engkau telah turunkan kepadaku ini?" Cinta mula memekar di hati. Sayangnya pada Daneen, cintanya pada Daneen. Daneen nafas, Daneen nyawa, Daneen bidadari. Namun, Daneen kemalangan. Kemalangan telah meragut segala ingatannya. Dia lumpuh. "Depan mata abang, hanya Daneen isteri abang. Biarlah Daneen lupa abang ataupun lumpuh sekalipun, abang hanya mencintai Daneen seorang." "Lepaskan saya dan carilah kebahagiaan baru. Lagipun saya tak cintakan abang." Daneen pergi. "Jangan pergi sayang! Cinta abang hanya untuk Daneen!" Pemergian ini kerana cinta. Maafkan Daneen, abang.
A PERFECTLY WRONG PLAN [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 23,532
  • WpVote
    Votes 1,623
  • WpPart
    Parts 30
Rose Amani. Cuma gadis biasa yang cuba meneruskan hidup seperti orang lain. Rutinnya sama bangun pagi, pergi kerja dan pulang kerja. Tiada apa yang menarik tentang dirinya selain wajah yang sempurna. Namun, di sebalik kesempurnaan itu, dia masih belum pernah bercinta. Trauma masa lalu membuatkan dia hilang kepercayaan terhadap cinta. Johan Iskandar. Lelaki yang santai dan cukup sempurna di mata para gadis. Pemilik sebuah syarikat reka bentuk dalaman yang terkenal dan juga merupakan majikan kepada Rose Amani. Dia juga sudah memiliki seorang kekasih yang tampak sempurna dan merupakan seorang pempengaruh media sosial yang berjaya. Segalanya berjalan seperti biasa sehinggalah Rose mengetahui satu rahsia besar dari rakannya. Tanpa sedar, Iskandar turut terdengar rahsia itu tanpa mengetahui perkara sebenar. Dari situlah bermulanya perjanjian antara mereka untuk mengintip dan merungkai kebenaran di sebalik rahsia tersebut. Namun, daripada sekadar perjanjian mengintip, Rose mula berbelah bahagi apabila perasaannya perlahan-lahan berputik terhadap lelaki itu. Mampukah Rose membuang perasaan tersebut apabila dia sedar Iskandar milik wanita lain? Dan ke manakah tujuan pengintipan ini akan membawa mereka?
My Love, ANISA SOFEA by Kyra_Isabella
Kyra_Isabella
  • WpView
    Reads 927,527
  • WpVote
    Votes 15,279
  • WpPart
    Parts 55
( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung pipit. Namun dia kekurangan kasih sayang keluarga..... Dia, menjadi igauan para gadis. Kacak, bertubuh sasa dan berharta. Cintanya hanya kepada tunangnya seorang..... Namun........ Mereka berdua bertemu di dalam satu peristiwa. Peristiwa di mana mereka disatukan di dalam ikatan yang bernama perkahwinan. Tanpa rela...... Highest Ranking : #1 - happyending (3/4/2024) #1 - marriage (10/4/2024) #1 - familyconflict (13/4/2024) #1 - cinta (16/4/2024) #1 - lovestory (18/4/2024) #1 - romance (25/4/2024) #1 - novelmelayu (20/5/2024) #1 - wattpad (16/8/2024) #1 - malay (29/8/2024) #1 - tengku(30/7/2024) #2 - kahwinpaksa (18/5/2024) #3 - romantik (1/8/2024)