leonaolivee's Reading List
5 stories
Ji. R. aN ✓ by _RembulanMerah
_RembulanMerah
  • WpView
    Reads 85,222
  • WpVote
    Votes 2,492
  • WpPart
    Parts 69
(4th book) Ji. R. aN - Faking Liam, Craving Dean Isabella Grace benci Jock House di sebelah rumahnya! Tetapi satu kesilapan kecil pada malam Jumaat telah merampas ketenangannya. Demi menyelamatkan sebuah rahsia dari terbongkar, Bella terpaksa bersetuju dengan syarat gila kapten sukan kebanggaan kampus, Liam Ashford. Di mata semua orang, mereka adalah pasangan paling romantis. Hakikatnya, ia cuma satu permainan manipulasi. Semuanya nampak terkawal. Sehinggalah abang Liam tiba-tiba muncul. Dean Ashford. Lelaki bermata gelap, sinis, dan lone wolf yang sangat dibenci Bella. Kehadiran Dean bukan sahaja meruntuhkan tembok ketenangan Bella, malah lelaki itu secara diam-diam masih memegang satu sejarah memalukan Bella dari tiga tahun lalu. INI BUKAN NOVEL ROMANCE KOLEJ TIPIKAL Warning [18+] Naskhah ini mengandungi naratif yang berat termasuk penggunaan bahasa kasar, manipulasi psikologi (toxic relationship), elemen keganasan serta realiti pahit kehidupan sosial luar kampus (parti liar, seks dan d@dah). Pembacaan adalah di atas risiko sendiri. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang impak emosi atau mental selepas membaca. Disclaimer: Segala watak, tempat, dan kejadian dalam cerita ini adalah rekaan kreatif semata-mata. Sebarang persamaan dengan individu yang masih hidup atau yang telah tiada adalah kebetulan yang tidak disengajakan. start date : 3/6/2026 end date: 9/9/2026
Aaron Shaz | 𝚃𝙷𝙴 𝙷𝙾𝚃 𝙳𝚄𝙳𝙰 | by ama_noyy
ama_noyy
  • WpView
    Reads 22,143
  • WpVote
    Votes 955
  • WpPart
    Parts 32
"Abang janji yang abang akan balik sini?" - Hazel Arisya "Ya, abang janji yang abang akan balik sini cari Hazel, okay?" - Aaron Shaz Setelah meninggalkan gadis yang berusia 8 tahun itu selama 15 tahun tanpa sebarang khabar. Hazel Arisya ingin berputus asa untuk tidak menuggu kepulangannya. Sehinggalah pada satu malam... "Kau siapa datang rumah parents aku pukul 11 malam ni?!" - Hazel Arisya "Im your future husband. I miss you so bad, Hazel Arisya." - Aaron Muncul jejaka yang setelah sekian lama menghilang tanpa sebarang khabar itu di hadapan Hazel semula. Namun Hazel tidak mengenalinya pada mula, dia hanya menganggap bahawa jejaka dihadapannya itu ada seorang lelaki asing baginya, Mampukah Hazel untuk mengenalinya jejaka dihapannya itu semula?
DANGEROUSLY YOURS by Mrs_Qib
Mrs_Qib
  • WpView
    Reads 26,658
  • WpVote
    Votes 1,220
  • WpPart
    Parts 24
Tengku Mikael Ardyn - lelaki berusia 36 tahun yang memiliki segalanya. Kekayaan, kuasa, wajah sempurna, dan hati yang terlalu dingin untuk mengenal cinta. Dalam hidupnya, semua boleh dibeli... termasuk manusia. Namun hidupnya berubah apabila dia dipertemukan dengan Safiya Nayra, gadis muda berusia 22 tahun yang terkenal dengan sikap boros, liar, dan sukar dikawal. Duit bagi Safiya hanyalah permainan. Dia hidup sesuka hati, menghabiskan harta papanya tanpa peduli masa depan. Segalanya menjadi lebih rumit apabila keluarga mereka mengambil keputusan untuk menjodohkan mereka. Bagi Safiya, Mikael ialah lelaki obsesif yang mahu mengawal hidupnya. Bagi Mikael pula, Safiya ialah kekacauan yang perlahan-lahan mencuri seluruh kewarasannya. "5 minit untuk kau habiskan duit dalam card ni... kalau berjaya, kau layak jadi isteri aku." Apa yang bermula sebagai permainan ego dan kuasa, bertukar menjadi hubungan yang dipenuhi luka, obsession, kemarahan, dan rasa memiliki yang berbahaya. Safiya cuba melarikan diri dengan menghabiskan berjuta-juta wang Mikael, malah membeli banglo mewah di Bali semata-mata berharap lelaki itu akan melepaskannya. Namun Mikael hanya berkata- "Aku tak kisah kau hancurkan duit aku... asalkan kau masih ada dengan aku." Dalam dunia gelap Tengku Mikael Ardyn, cinta bukan tentang kebebasan... tetapi tentang siapa yang sanggup tinggal walaupun terluka. Mampukah Safiya bertahan dengan lelaki yang terlalu obses terhadapnya? Atau akhirnya dia sendiri akan jatuh cinta kepada penjara yang bernama Mikael Ardyn?
Antara Kita (hiatus) by hani_j29
hani_j29
  • WpView
    Reads 8,796
  • WpVote
    Votes 404
  • WpPart
    Parts 17
"Sampai bila-bila pun Tia takkan setuju mama kahwin lain!" Bermula perubahan dalam hidupnya sejak mamanya berkahwin selepas setahun ayahnya meninggal dunia. Itulah salah satu perkara yang sangat sukar untuk Tiara terima. Ayahnya baru saja meninggal setahun yang lepas. Sampai hati mamanya. Namun, tak disangka ayah tirinya mempunyai anak lelaki. "Aku tak tahu pula bapak ada anak tiri perempuan" Makin bertambah marahlah Tiara kerana tambah orang baru dalam hidupnya. Jadi, Tiara ambil keputusan untuk jauh dari rumah. Dia pergi ke luar negara untuk sambung belajar. Balik saja ke Malaysia, hidupnya kembali huru-hara. "Siapa kau?" "Dah lupa ke" Harraz Elyas selalu mengganggu ketenangannya. Selagi dia tak bosan, dia akan terus kacau Tiara Jasmine. Namun akan ada satu kejadian yang mengubah hidup mereka "Tak pernah satu detik pun aku fikir akan jadi macam ni.." START: 22/10/2025 END: #1 in lovestory