zeranrose's Reading List
3 stories
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,936,155
  • WpVote
    Votes 1,985
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
Beautiful Suffering by laraauroraa
laraauroraa
  • WpView
    Reads 471,709
  • WpVote
    Votes 12,155
  • WpPart
    Parts 96
Beautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila ayahnya, Qamal berkahwin dengn Rashida. Perempuan yang berpura-pura baik didepan Qamal tetapi dibelakangnya Ellysha dan adiknya, Errysha, dipukul, didera, dicaci dan dihina. Suatu kejadian telah berlaku . "Jangan panggil aku ayah! Korang berambus dari rumah aku. Aku haramkan korang jejak kaki!" - Qamal Mereka hampir diperkosa pada malam itu, tiba-tiba muncul seseorang menyelamatkan mereka. "Ikut pakcik balik ya" - Tan Sri Amar Kehadiran Ellysha dan Errysha dapat diterima oleh isterinya tetapi tidak pada anak sulong mereka. "Aku tengok muka kau pun aku dah benci" - Aryan "Kau siapa bodoh nak hina aku macam kau kenal sangat siapa aku?" - Ellysha Demi keinginan mama tersayang. "Jom kahwin, sayang" - Aryan "Malang betul siapa yg jadi isteri kau nanti sebab dapat bekas betina lain" - Ellysha "Kau la yang malang.." - Aryan Tetapi ada seorang yang menyukai Ellysha separuh mati "Tiada sesiapa pun yang boleh dapatkan kau, sweetheart. Kau milik aku selamanya !" - Harris Nak taknak disebabkan tindakan Aryan terburu-buru. Ellysha terpaksa menerima lelaki itu sebagai suami dengan hati yang terluka. "Aku nk kau ceraikan aku suatu hari nanti!" - Ellysha Apabila kebahagiaan mula hadir . "Sanggup kau tipu aku, Ellysha Qaisara!" - Aryan "Abang.. Ell boleh explain..." - Ellysha "Aku benci penipu . Aku menyesal dan jijik memperisterikan kaki penipu macam kau!" - Aryan Kerana ego yang menguasai diri. Ellysha diabai. "Ini ke balasan kau terhadap aku? Bila Harris culik aku dan apa-apakan aku. Aku seru nama kau, aku perlukan kau. Aku call kau tapi kau sengaja tak angkat" - Ellysha. "Maafkan abang, sayang" - Aryan "Kata-kata kau selama ni dah jadi kenyataan. Tak mustahil anak dalam kandungan ni, anak Harris!" - Ellysha . Dapatkah kebahagiaan itu kembali semula? BEAUTIFUL SUFFERING !
Dia Ustazku. [C]. by ejaroses
ejaroses
  • WpView
    Reads 1,865,155
  • WpVote
    Votes 60,458
  • WpPart
    Parts 1
Tingkah Zara Azzalea Yang suka keluar malam berfoya-foya dengan teman-temannya. Menimbulkan kerisauan di hati ibubapanya Tan Sri Rahmat Dan Puan Sri Mariam. Berbagai cara mereka lakukan untuk mengubah anak tunggal mereka itu. Benarlah kata orang. Nak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. *** Keputusan Daddy Muktamad. You have to follow us. - Tan Sri Rahmat. _ Stressnya!!!!. - Zara Azzalea. _ Saya akan tunggu ustaz. - Ainul Mardhiah. Saya janji. Saya akan nikahi awak bila saya balik nanti. - Muhammad Yahya Lim. _ Benci i tengok ustaz itu. Poyo! Bajet Alim!. - Zara Azzalea. Goda Ustaz itu. Kita orang cabar kau! - Melly. *** Cabaran yang di sahut Zara untuk menggoda Ustaz Yahya. Ustaz yang menjadi mutawwif untuk jemaahnya. Tanpa di sengaja telah menjerat dirinya sendiri. Apabila dia tertangkap di dalam bilik hotel di mekkah berduaan dengan Ustaz Yahya. Orangtuanya yang begitu merisaukannya bersyukur apabila melihat keadaan itu. Dan menjadikan alasan itu agar Ustaz Yahya mengahwini anak gadis mereka. Meskipun mereka tahu Ustaz Yahya tidak bersalah. Zara Azzalea Tidak mampu berkata apa-apa. Dia sudah tiada pilihan lagi. Bagai di telan, mati Ibu. Di luah, mati Bapa. Hendak jujur. Keluarganya bakal mendapat malu. Kerana dia menggoda Ustaz Yahya. Tidak jujur. Juga mendapat malu. Namun tiada siapa tahu dia yang menggoda Ustaz Yahya. Dan bagaimana pula Muhammad Yahya Yang hanya mengharapkan Zara Menceritakan kisah sebenar saat itu. Bagaimana pula janjinya kepada Ainul Mardhiah?. Jika Zara Azzalea Tidak menceritakan hal sebenar. PS: Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "She she" "Wo Ai Ni". Start [080917] End [171217]