SCI-FI / Thriller
3 stories
24. The Grimm Reaper by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 149,051
  • WpVote
    Votes 13,367
  • WpPart
    Parts 50
Awalnya Serigala dan Rusa berfikir hanya mereka sahaja yang mempunyai kutukan ini. Mereka fikir selama ini tiada siapa selain mereka yang dapat melihat wajah mereka tanpa meragut nyawa seseorang itu. Siapa sangka pertemuan Beruang, Kucing dan Musang Bersama Serigala serta Rusa di suatu malam membawa mereka kepada pertemuan bahawasanya, terdapat seseorang yang tidak akan mati jika melihat wajah mereka berlima. Diberi sebuah sumpahan dimana sesiapa melihat wajah mereka orang itu akan mati, lima lelaki hidup dalam persembunyian dan bertopeng muka haiwan. Semua orang menggelar mereka sebagai The Grimm Reaper. Si manusia yang disumpah memilik rupaparas yang rupawan tetapi mematikan. Tiada sesiapa mengetahui rupa sebenarnya mereka sehingga bertembungnya mereka dengan seorang Pemposyen Bernama Edith Winter. Serigala memburu Guardian dia. Rusa memburu batu yang diculik dari mereka. Beruang, Kucing dan Musang terdesak hendak melepaskan diri cari cengkaman kekejaman Raja Aragog si pemerintah kejam. Bagaimana perjalanan The Grimms Reaper nanti?Dapat ke mereka menuntut semula kebebasan di atas sumpah yang menimpa mereka? November 2020 Mula 29/10 Tamat 3/11
LAST HUNTER : DISTOPIA by mynameismas
mynameismas
  • WpView
    Reads 27,190
  • WpVote
    Votes 2,455
  • WpPart
    Parts 77
Kitab Mirria. Kitab itu kitab terkutuk dan sangat tabu .Dalam masa yang sama, kemunculan seorang pemuda membuatkan Ara kembali lagi terjebak ke dalam pertualangan mistik dan berbahaya tanpa dia ketahui ada suatu kejahatan yang mengintai. Sementara Kitab Mirria ialah kitab pembawa sumpahan, Ara pula memerlukannya demi memastikan seluruh Rumah Agam dan lapan saudaranya itu tidak diapa-apakan.
Arc Chemist by KarboniKTales
KarboniKTales
  • WpView
    Reads 87,563
  • WpVote
    Votes 8,197
  • WpPart
    Parts 32
Azim, seorang saintis muda Malaysia yang tidak percayakan unsur magik disahkan mati akibat bebanan kerja. Namun, takdir menentukan segalanya. Dia secara tiba-tiba tersedar semula ke dunia asing berlatarbelakangkan abad ke-17 Eropah. Menambahkan lagi kecelaruan, Azim menyedari bahawa jasad yang diduduki sekarang bukanlah hak miliknya, sebaliknya jasad ini adalah milik seorang pemuda aristokrat Kaukasian yang bernama Kleim Dy Rosso, yang pada masa yang sama telah disambar petir. Arc Chemist, oleh KarboniKTales adalah sebuah karya sains fiksyen yang bertemakan pengetahuan sains (kimia) dan alchemy (alkimia). ++++++++++ -Akan diupdate dan dipinda jika terdapat kesalahan dari segi tatabahasa dan jalan cerita. -Saya mengalu-alukan komen-komen positif dan membina. Juga, kritikan terhadap karya saya juga diterima untuk memperbaiki kesilapan diri. Follow | Comment | Vote| Share Terima kasih!