‹‹❛❀﹏ ℜ.𝐟𝐚𝐯𝐬𝐛𝐯𝐤 ⿻ ─ ❨
7 stories
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,104,203
  • WpVote
    Votes 354,114
  • WpPart
    Parts 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 2,530,430
  • WpVote
    Votes 140,221
  • WpPart
    Parts 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.
Kerana Adam Iskandar by jojobentelis
jojobentelis
  • WpView
    Reads 2,747,095
  • WpVote
    Votes 89,767
  • WpPart
    Parts 83
Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik sekolah dengan Ilmu, tidak pula pada Hariz yang pulang dengan surat gantung sekolah. ----- Alya pengawas yang ayu. tapi Inside out dia sangatlah lain. Inside dia seperti kucing yang berang apabila ditarik ekornya. ( peribahasa sendiri) akibat itu, Alya dibenci semua pelajar yang pernah terkantoi beberapa kali oleh cikgu semuanya disebabkan Alya. Carta list murid yang benci Alya termasuklah Athirah , kekasih Hariz. ---- Akhirnya dendam Athirah berbalas apabila Alya terjerat dalam perangkapnya. Tetapi jerat itu juga telah memakan dirinya apabila Hariz terbabit.
Terkecuali : Mikael by ordinary_girl98
ordinary_girl98
  • WpView
    Reads 898,354
  • WpVote
    Votes 63,536
  • WpPart
    Parts 44
"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." // "Let my box be empty.Don't full it with shit and lies." Katanya dengan nada yang dingin dan serius membuatkan aku terkedu. **** Sara,seorang remaja yang matang namun takut untuk menerima realiti.Sepanjang hidupnya,hanya satu perkara yang mungkin dapat mengubah seluruh hidupnya yang suram kepada lebih teruk.Iaitu penyakit ibunya yang tak dapat disembuhkan,dan itulah ketabahan yang dia cuba perjuangkan. Bertentangan dengan Mikael,seorang remaja yang amat tertekan kerana satu peristiwa yang telah memberi impak dalam hidupnya.Kehilangan orang yang tersayang dalam cara yang teruk bukanlah perkara yang akan membuat hidupnya lebih baik.Malah perubahan sikapnya kepada ganas,bermasalah di sekolah dan gemar berseorangan mula mendapat perhatian orang sekelilingnya.Sebab itulah dalam akalnya,tiada penyelesaian dalam derita kecuali bunuh diri. Tanpa Sara sedar,kehadiran Mikael memberikan sedikit keberanian dalam dirinya.Kejadian bodoh yang Sara terlibat dengan Mikael di sekolah seperti menjadi penarik diantara kedua-dua remaja ini.Dan tanpa Mikael sedar juga,kehadiran Sara memberi ketabahan dan cahaya baru dalam hidupnya. Mungkin lebih dari itu. **** "Beritahu Sara..Keputusan apa yang paling berani abang pernah buat?" Aku tidak tahu macam mana soalan itu boleh terkeluar daripada mulutku. "Keluar daripada kegelapan.Dan pergi kepada Sara." Balasnya membuatkan mataku tidak berkedip merenung ke dalam mata hazel Mikael.
 FATIHAH : MAHFUZ ✓ [C]  by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 163,271
  • WpVote
    Votes 11,677
  • WpPart
    Parts 30
Sekuel Luth Mahfuz & Luth Hentian Akhir . BOOK #6 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Chicklit ft. Tarbiyah [ Bahan bacaan 15+ tahun ke atas] Cover & banner novel atas ihsan @the_nismicha . بسم الله الرحمن الرحيم Layakkah gadis yang jijik untuk memiliki syurga? Nur Fatihah, menjadi mangsa sexual harassment di sekolah rendah yang terus mendekatkan dia ke jalan zina. Nafsunya dijinakkan dengan kemaksiatan hingga ke alam dewasa. Di kala takdir menukarkan keseronokan sementara itu kepada kesengsaraan, akhirnya dia terduduk. Teman lelakinya yang telah menjalinkan hubungan peneman seks selama 8 tahun tidak akan sesekali melepaskan gadis jelita ini. Fatihah benar-benar mahu berubah. Namun, dia tidak tahu harus bermula dengan apa. Perjalanan hidupnya yang malang dibawakan pula tuk bertemu Mahfuz, seorang anak ustaz merangkap graduan Mesir. Pertemuan pertama mereka di kaunter stesen minyak, hadirlah rasa yang dikira itu kasih. Beberapa ujian melanda sejak mereka bersatu. Fatihah bukanlah perawan, maka ada satu tempoh yang telah ditetapkan bonda Mahfuz sebelum boleh digauli lelaki itu. Ketagihan maksiat Nur Fatihah tidak juga menghilang walau selepas bergelar isteri kepada ustaz Mahfuz. Di tambah pula dengan bekas teman lelaki lama yang tak jemu memburu layanannya. Mahfuz umpama satu pelindung pada hati rapuh si gadis. Namun, lama manakah lelaki ini akan bertahan dan terus membantu isterinya dalam mujahadah menentang nafsu? "Saya cintakan abang kerana Allah. Terima kasih sebab terima saya dalam hidup abang." - Nur Fatihah "Abang akan bantu selagi abang boleh." -Mahfuz . Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS. Al-Isra: 32). . . Disclaimers: Buku ini mengandungi sex education purpose kepada remaja. Bahasa-bahasa yang digunakan ditapis dengan baik dan tidak menimbulkan apa-apa. Ramai yang tidak tahu apa itu tanda-tanda ke arah maksiat yang
Hai Encik Lanun [C] by PuteriiKayangan
PuteriiKayangan
  • WpView
    Reads 1,305,194
  • WpVote
    Votes 95,421
  • WpPart
    Parts 61
Tengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula apabila Harraz mencuba untuk membeli tanah resort milik ayah kepada Hannah Sufiya. Penolakan tawaran Harraz Rizqi membuatkan lelaki itu rasa tercabar. Dia bertekad untuk mendapatkan tanah resort itu dengan apa cara sekalipun. Pulau Langkawi menjadi huru-hara gara-gara Harraz dan Sufiya. Setiap hari ada saja perkara yang ingin dibuat sebagai bahan bergaduh. Tanpa diduga perasaan benci mula bertukar menjadi cinta yang hadir dalam diri masing-masing. Hubungan kasih yang ingin dibina namun tidak berjaya kerana banyak halangan yang menyekat mereka berdua. "Apa masalah encik ya? Ke encik ni tak faham bahasa Melayu? Semalam saya dah bagitahu yang saya tak akan jual tanah resort ni. Itu pun tak boleh faham ke?" "Buat apa kau simpan lagi tanah resort ni Sufiya? Bukannya ada orang yang berkunjung pun ke sini. Lebih baik kau jualkan tanah ni pada aku dan kau akan dapat keuntungan yang lebih lumayan" "Tak kisahlah kalau saya rugi sekalipun, yang penting saya tak akan jual tanah ni. Jadi tolong jangan datang ke sini lagi kalau encik nak desak saya pasal benda ni. Buang masa saya je" "Degil betul kau ni Sufiya. Siapalah yang malang jadi suami kau nanti" "Suka hati saya lah! Nak degil ke apa ke! Daripada encik tu, miang macam daun keladi! Lepastu dingin! Macam ais batu!" All Right Reserve © PuteriiKayangan ⚠️Segala watak, jalan cerita dan seumpamanya adalah dari benak fikiran saya sendiri. Dilarang sama sekali menciplak mana-mana bahagian di dalam cerita saya ini⚠️ Start : 4 September 2021 End : 30 January 2022 Status : Complete ✨
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,556,337
  • WpVote
    Votes 340,736
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘