π‘Ÿπ‘œπ‘’π‘₯'𝑠 π‘“π‘Žπ‘£π‘œπ‘Ÿπ‘–π‘‘π‘’π‘  ✧
23 stories
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 306,136
  • WpVote
    Votes 18,264
  • WpPart
    Parts 45
πŸ“Œ Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?
The Love Sets by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 1,003,977
  • WpVote
    Votes 42,972
  • WpPart
    Parts 64
STAND-ALONE β‹†Ν›οΈŽ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Kebahagiaannya pernah dirampas saat menyaksikan teman lelakinya mendirikan rumah tangga bersama sepupu sendiri. Dia rasa dikhianati sehingga tekad untuk mengunci rapat pintu hatinya. "Kenapa aku?" "Sebab saya dah jual nama encik." Kerana ingin membuktikan dia tak terkesan dengan berita itu, Della meminta pertolongan Reis untuk menghadiri majlis perkahwinan itu bersamanya. Kekasih palsu. Hubungan dan lakonan yang dibuat-buat akibat keterlanjuran mulut Della. Dan setelah semua itu berakhir, Reis seakan-akan menjauhkan diri daripada Della sehingga mereka bertemu semula. "Aku tak nak berlakon lagi." Reis serius mahu menjalinkan hubungan sebenar. Sejauh mana Della menolak, Reis pasti mendekat. Selagi cinta Della mampu diraih, Reis tak mengalah. Segalanya dia lakukan untuk menakluki hati Della.
Threads of Destiny (COMPLETED) by misryrah
misryrah
  • WpView
    Reads 15,549
  • WpVote
    Votes 738
  • WpPart
    Parts 51
A SPORT ROMANCE #1 [ Adryan hernandez | Zyra caterina ] Zyra Caterina menyimpan perasaan terhadap Adryan Hernandez sejak zaman persekolahan lagi. Namun, cinta itu pernah ditolak dingin, tanpa sebarang alasan. Luka itu membekas lama dalam hati Zyra, sehingga dia belajar untuk berdiri sendiri dan membinaa namanya dalam dunia fesyen. Lima tahun kemudian, takdir menemukan mereka semula di sebuah majlis eksklusif yang menghimpunkan para usahawan ternama. Namun, pertemuan itu tidak seindah kenangan lama lebih-lebih lagi dengan kehadiran Anaryn Jasmie, sahabat rapat Adryan yang digelar sebagai "teman tapi mesra." Dalam dunia yang dilingkari status, reputasi dan ego, adakah Adryan mampu menebus kesilapan lalu dan mendapatkan kembali hati wanita yang pernah dia tolak dahulu? Atau segalanya sudah terlalu lewat untuk cinta yang terjalin semula di antara dua jiwa yang pernah terpisah oleh takdir? "So you still remember." ZYRA CATERINA.
His Daisy | Complete by Hergatd
Hergatd
  • WpView
    Reads 57,037
  • WpVote
    Votes 1,765
  • WpPart
    Parts 36
"Takdir yang berlaku antara kita." Jika diberi pilihan untuk berkahwin, mesti kita mencari jodoh yang sesuai. Tapi apa pula rasa apabila jodoh itu bukan dicari tapi diberi? Start:17 July 2024 End:25 December 2024 Dilarang sekeras-kerasnya menciplak karya ini.
TOUCHLIGHT [𝐂] by louisays
louisays
  • WpView
    Reads 22,466
  • WpVote
    Votes 1,861
  • WpPart
    Parts 45
Touchlight not Torchlight. Sejak kehilangan penglihatan, dunia Tasneem terasa semakin sempit. Setiap langkah perlu berhati-hati, setiap keputusan penuh keraguan. Dia tak pernah sangka hidupnya akan berubah sekelip mata. "Saya minta maaf... saya asyik menyusahkan awak." "Tak pernah sekali pun aku anggap kau beban, Tasneem." Bagi Ukail, membantu Tasneem bukan satu tanggungjawab. Ia sesuatu yang dia lakukan dengan rela hati, tanpa mengeluh, tanpa meminta balasan. Dia yang sentiasa ada ketika Tasneem hampir jatuh. Dia yang mengingatkan setiap langkah. Dan dia juga yang perlahan-lahan mengajar Tasneem untuk percaya semula pada dirinya sendiri. "Pelan-pelan Tasneem.... ikut suara aku. Aku ada dekat sini." Namun bagi Tasneem, kehadiran Ukail kadang-kadang terasa seperti hutang yang tak mampu dibayar. Semakin dia bergantung, semakin dia takut satu hari nanti... lelaki itu akan pergi. "Saya cuma takut... satu hari nanti awak penat dengan saya." Kisah dua insan yang dipertemukan dalam keadaan yang tak sempurna. Seorang yang sentiasa memberi tanpa mengira apa yang dia simpan sendiri. Dan seorang lagi yang belajar bangkit, walaupun hatinya penuh luka. Kadang-kadang, orang yang paling kita harapkan... juga orang yang paling kita tak sanggup kehilangan. "Kalau kau jumpa cahaya nanti, jangan cari aku di situ. Aku ada dalam cara kau melihat dunia." 🌠🌠🌠 To my consistent voters... i see you & i appreciate you so much 🫢🏻 [DON'T COPY OR PLAGIARIZE MY WORK 😠]
PLAYBOY PALING SWEET [C] by theycallmeAzaleaRose
theycallmeAzaleaRose
  • WpView
    Reads 713,858
  • WpVote
    Votes 24,488
  • WpPart
    Parts 43
Characteristics of a PLAYBOY 1. Have many women friends. 2. Smart stringing words 3. Highly confident. 4. Chameleon boy. 5. Broken promise. 6. Mr. Future. Hmmm, memang kena sangatlah characteristics itu dengan seorang lelaki yang bernama Eshan Mikhael. Bak kata Maryam Almassyifa, dasar buaya darat tembaga tua! Semua perempuan ingin disapunya. Dijodohkan oleh keluarga, membuatkan mereka berdua tidak henti-henti bertikam lidah. Lagi-lagi si gadis itu ialah Maryam Almassyifa, jangan haraplah dia mahu menyerah kalah. "Apa main pegang-pegang tangan orang ni? Saya tak suka buaya darat tembaga macam awak sentuh-sentuh saya. Sila berdiri lima meter jauh dari saya. Kalau nak jauh lagi, satu kilometer." Kena pula dengan calon ayahnya, si Eshan Mikhael, typical international playboy. Pervert! "Kau hak aku dan kau milik aku. Jadi apa masalahnya? Aku nak peluk kau ke, cium kau ke, suka hati akulah. Lebih daripada tu aku boleh buat sebab kau isteri aku yang sah." Perkahwinan tanpa cinta, bertahankah?
Edge Of The Circuit Vol 1 by thelunarelle
thelunarelle
  • WpView
    Reads 2,749
  • WpVote
    Votes 162
  • WpPart
    Parts 30
Takdir mempertemukan mereka semula di bawah cahaya terang Las Vegas, di mana api yang lama telah mula menyala semula... tetapi begitu juga rahsia gelap yang mampu memusnahkan mereka berdua. Dalam dunia ini di mana kelajuan adalah segalanya, kepercayaan semakin sukar dicari. Sejauh manakah dia sanggup berlumba demi cinta atau maruah? "You're really going to help me fix this mess?" - π‹π„π€ππƒπ‘πŽ 𝐕𝐀𝐒𝐐𝐔𝐄𝐙 "Don't flatter yourself. I'm just here to make sure that you don't embarrass yourself on the track." - π„π‹π•πˆππ€ π™π€π‘πˆπ„π‹π‹π„ "That quite harsh, but still you're the one who knows how to make this beast roar." - π‹π„π€ππƒπ‘πŽ 𝐕𝐀𝐒𝐐𝐔𝐄𝐙 ''That's because I'm the one who handle it. Don't you remember?" - π„π‹π•πˆππ€ π™π€π‘πˆπ„π‹π‹π„ "Yeah... I remember every single it. And maybe that's why I never stop hoping you'd come back." - π‹π„π€ππƒπ‘πŽ 𝐕𝐀𝐒𝐐𝐔𝐄𝐙 π‡π’π π‘πžπ¬π­ π‘πšπ§π€π’π§π  : #1 in sports 🎡 - Somebody Else by The 1975 All Rights Reserve @thelunarelle @THELUNARELLE, 2025
𝐇𝐋𝐆│Cousin Or Husband? βœ” by lazysya
lazysya
  • WpView
    Reads 555,418
  • WpVote
    Votes 12,635
  • WpPart
    Parts 51
π“Šˆπ’†œπ•³π–šπ–˜π–‡π–†π–“π–‰ π•Ύπ–Šπ–—π–Žπ–Šπ–˜ 𝐕𝐨π₯ πŸπ’†œπ“Š‰ (Vol 1 & 3 finished!!) 𝐇𝐒𝐬 𝐋𝐒𝐭𝐭π₯𝐞 𝐆𝐒𝐫π₯ "𝐈𝐟 𝐒𝐭'𝐬 𝐦𝐞𝐚𝐧𝐭 𝐭𝐨 π›πž, 𝐒𝐭'π₯π₯ π›πž" Their story without your vote is Nothing --- Kisah di antara 𝐌𝐒π₯𝐚𝐬𝐑 𝐇𝐲𝐝𝐒𝐫 dan π•π’π¬πžπ«π«πš π‘π‘πšπžπ§π²π¬. Persahabatan, kebencian, dan cinta yang perlahan-lahan tumbuh di antara dua jiwa yang berbeza. Setelah bertahun-tahun menimba ilmu di Jepun, Serra pulang ke tanah airnya-tanpa menduga bahawa dia akan menumpang di rumah maksunya buat sementara waktu. Masalahnya? Abang sepupu yang pernah menjadi 'musuh ketatnya', Milash Hydir. Serra fikir Milash masih seperti dulu: dingin, menyakitkan hati, dan suka mencari pasal. Tapi kali ini... pelik. Milash tak layan dia macam dulu. Malah, dia nampak lebih matang-lebih... tenang. Serra terkejut, sampai terkentut (oops!) bila Milash langsung tak kisah dengan kehadirannya. Tapi hati ini, walau keras macam ais, boleh juga cair bila dipanaskan lama-lama. Dan hati beku Milash akhirnya goyah, sedikit demi sedikit, pada gadis kecil yang dulu pernah dia benci. Serra pula? Dia masih dihantui cinta masa lalu. Tapi prinsip Milash tetap satu: "I want it? It's already mine." Bila cinta dan benci bertukar tempat... siapa yang akan tersungkur dahulu? --- ~sequel brother or husband. ~read with your own risk. ~dont plagiat (a lot of kesalahan tatabahasa and grammar) Start : 17092023 End : 01102023
𝐇𝐂│Brother Or Husband? ©️ by lazysya
lazysya
  • WpView
    Reads 652,562
  • WpVote
    Votes 16,983
  • WpPart
    Parts 51
π“Šˆπ’†œπ•³π–šπ–˜π–‡π–†π–“π–‰ π•Ύπ–Šπ–—π–Žπ–Šπ–˜ 𝐕𝐨π₯ πŸπ’†œπ“Š‰ (Vol 2 & 3 finished!!) γ€Œπ‡πˆπ’ π‚π”π“πˆπ„γ€ My first story. Dipersilakan membaca kebosanan saya di sini. Ditulis semasa umur masih 13 tahun harap maklum. Dah tahap muak dah nak edit cerita ni. ─ .β‹… β™« β‹….─ 𝐍𝐚𝐬𝐑 π‡π²ππžπ« Hate to love brother 𝐌𝐚π₯𝐒𝐀𝐑𝐚 π’π­πžπ₯π₯𝐒𝐚 Unexpected little sister --- Pada mulanya, Nash Hyder menganggap kehadiran Malikha Stellia hanyalah beban dalam hidupnya-seorang adik angkat yang tidak diundang dan merosakkan rutin sempurnanya. Namun, perlahan-lahan, rasa benci itu berubah menjadi ketertarikan yang mengganggu fikirannya. Obsesinya terhadap Malikha makin kuat, hingga dia sanggup menyingkirkan sesiapa saja yang cuba merenggangkan mereka. Tapi apa yang berlaku bila Malikha sendiri yang menjadi tembok utama antara mereka? --- Nash Hyder: "The moon is beautiful, isn't it?" Malikha Stellia: "No. The sunset is obviously more beautiful." Malikha Stellia: "I'm sorry, Nash. But you're wrong." ──────── ‼️don't plagiat please don't be a silent reader... Vote please (Cringe tahap gila bab1!) START : 20 JULY 2022 END : 18 FEB 2023
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 723,006
  • WpVote
    Votes 58,050
  • WpPart
    Parts 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.