niinn011's Reading List
200 stories
Loveless Vows by Nrazfahrin
Nrazfahrin
  • WpView
    Reads 1,831
  • WpVote
    Votes 138
  • WpPart
    Parts 17
Nuuha Aralyn telah mencintai kayf Maleeq dalam diam selama empat tahun.Setiap hari disekolah hatinya berdebar untuk berjumpa dengan Kayf tetapi dia hanya mampu berdiam kerana Kayf menyukai orang lain.Empat tahun berlalu dengan penuh rahsia yang tak pernah terluah ...hingga takdir memisahkan mereka apabila Nuuha terpaksa berpindah sekolah di Kuala Lumpur kerana Ayah mendapat tawaran kerja disana . Lapan Tahun kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di lampu isyarat .Kayf yang ketika itu sedang memandu kereta terpaku melihat seorang perempuan yang menaiki superbike .Pada waktu itu Hati mereka berdegup kencang . Namun satu trajedi yang tidak dijangka berlaku yang membuatkan mereka berkahwin. ''Ini semua rancangan kau kan ?''- Kayf Maleeq ''Aku ?Eh bila masa ?kau ingat aku desprate sangat ke ''-Nuuha Aralyn Adakah Kayf akan membuka hatinya untuk mencintai Nuuha ?Dan mampukah Nuuha bersabar menunggu lelaki yang pernah dia cintai dalam diam itu menyedari cintanya ?.
Cinta Si Perempuan Gila (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 265,909
  • WpVote
    Votes 11,201
  • WpPart
    Parts 60
Perkahwinan Helena dan Umar yang terjalin selama 20 tahun hancur lebur sebaik saja Umar bertemu semula dengan kekasih lamanya iaitu Zara di sebuah majlis reunion universiti. Zara menggoda dan merampas Umar hingga menyebabkan Helena diceraikan. Enam bulan hidup Helena jadi terumbang ambing. Menangis, mengamuk, berkurung, murung bagai si gila sementara Zara bersenang lenang dengan Umar sebagai suami baharu. "Bukan salah aku sorang aje. Kalau kau pandai sangat jaga laki, laki kau takkan cari aku."- ZARA. "Abang minta maaf. Abang pilih Zara." - UMAR Dek kerana dendam yang membara, Helena tekad buat kerja gila. Dia berjanji bahawa Zara dan Umar akan dapat balasan yang setimpal atas pengkhianatan mereka. Oleh itu, dia sanggup menggoda Tan Sri Emran, ayah kepada Zara, yang juga seorang duda kaya kematian isteri. Walaupun jurang usia Tan Sri Emran dengan Helana amat ketara, mereka berkahwin juga. "Meet my new beloved wife and your beloved stepmother, Puan Sri Helena." - TAN SRI EMRAN "Kau rampas suami aku... aku rampas bapak kau. Fair and square, right?" - HELENA Sebab itu mereka sering berkata, jangan main gila dengan perempuan gila. CINTA SI PEREMPUAN GILA
Raqib's Lawful Obsession [OG] by nurna366
nurna366
  • WpView
    Reads 1,644
  • WpVote
    Votes 101
  • WpPart
    Parts 23
Dua dunia yang berbeza. Satu dunia penuh angka, kontrak dan kuasa dunia korporat milik Raqib Altaf. Seorang ahli perniagaan berjaya, bergelar duda dengan seorang anak. Perceraian lamanya bukan sekadar kegagalan rumah tangga, tetapi sejarah hitam yang hampir mematikan kepercayaannya terhadap cinta. Satu lagi dunia penuh cahaya, kamera dan pentas peragaan dunia glamor milik Qasrina Amelia. Seorang model yang berdiri atas nama sendiri. Takdir menemukan mereka dalam keadaan yang tidak dirancang. Seorang lelaki yang sudah berhenti berharap. Seorang wanita yang takut untuk berharap lagi. Dalam pertemuan dua dunia ini, siapakah yang sebenarnya menyelamatkan siapa? Bunyi hon bersahut-sahutan di persimpangan. "Oi pak cik! Signal tu buat hiasan ke?!" jerkah Amelia dari dalam keretanya. Memang pantang betul kalau orang tak bagi signal. Harap sahaja pakai kereta jenama mahal. Memandu macam tak pernah belajar undang-undang! Tak pernah. Tak pernah dalam hidupnya orang berani panggil dia pak cik. "Awak yang hon macam nak runtuh dunia kenapa?" suara lelaki itu rendah, tenang... tapi cukup untuk buat darah Amelia menyirap. "Encik tak bagi signal!" "Saya bagi." "Tak ada!" Mata mereka bertaut beberapa saat. Sama-sama tak puas hati. Sama-sama tak mahu mengalah. Lampu bertukar hijau. Mereka berpisah dengan renungan yang masih berasap. Tak sangka itu bukan pertemuan terakhir. Beberapa hari kemudian. "Bibik, boleh buatkan saya air susu? Saya tak minum kopi." Sunyi. Bibik? Amelia kaku beberapa saat sebelum wajahnya berubah merah. Bibik?! Aku punya cantik dia kata bibik?! Dasar orang tua nyanyuk! Amelia melangkah mendekat. "Encik nampak saya ni macam bibik ke?" Baru lelaki itu benar-benar memandangnya. Dan untuk pertama kali... dia terdiam. Rupa-rupanya perempuan yang dia anggap pembantu rumah itu adalah perempuan yang memanggilnya pak cik di tengah jalan tempoh hari. Dan dari situlah... perang kecil mereka bermula.
Roi et Reine : Their Story | HOLD by quinnuaz
quinnuaz
  • WpView
    Reads 856
  • WpVote
    Votes 49
  • WpPart
    Parts 4
Sequel Mon Roi | Mon Reine [ROYAL INSPIRE PHEONIX R.I.P SERIES] Franc mafia~ Ku Ethan Aliff x Nik Aryna Healyn Siapa sangka selepas 20 tahun mereka berpisah, kini bertemu semula? Siapa juga sangka wanita itu kembali dengan 'versi' yg baru. Ku Ethan Aliff seorang jejaka tinggi lampai dan berwajah tampan yang berumur 35 tahun. Dia juga seorang dingin seperti ais batu. Sangat serius dalam pekerjaannya. Dia bekerja sebagai Leftenan Unit Khas. Kerja kedua dia pula Ceo di KEA company. Jika dia sedang betugas, kawannya yang akan menjaga syarikat itu. Dia juga mempunya kerja ketiga iaitu Ketua mafia group Royal Platinum. Nik Aryna Haelyn seorang wanita cantik dan lemah lembut yang berumur 25 tahun. Murah dengan senyuman dan rendah diri. Tetapi di sebalik senyuman itu ada pelbagai kisah perit yg dilaluinya. Dia tidak pernah tunjukkan rasa takut atau sedih di hadapan orang lain. Dia berkerja sebagai Doktor. Dia juga mempunyai kerja kedua iaitu Ketua mafia group Royal Gold. "Who are you?" - Nik Aryna Healyn "You will know soon" - Ku Ethan Aliff Sesuatu yang terjadi pada Aryna yg buat ia tidak dapat mengenali jejaka itu. Dia sangat 'familiar' melihat jejaka itu tapi dia tidak dapat mengingati masa lalunya. "Just you can be my partner and my queen" - Ku Ethan Aliff Mampukah Aryna mengingati masa lalunya? Mampukah mereka bersama selamanya apabila musuh di keliling pinggang? #Mafia #Trauma #Romance
[ C ] Mr Cold Bodyguard  by Xanderalqis
Xanderalqis
  • WpView
    Reads 48,475
  • WpVote
    Votes 3,438
  • WpPart
    Parts 43
Jatuh cinta dengan bodyguard sendiri? Betul, itu yang berlaku dalam hidup Halwa Liyana Dia telah jatuh cinta pada salah seorang bodyguard ayahnya sendiri iaitu Khalid Al-Fateh. Namun mampukah dia cairkan hati beku lelaki itu?
His : Haninda Amara [OG] by lyaamysarah
lyaamysarah
  • WpView
    Reads 20,476
  • WpVote
    Votes 1,699
  • WpPart
    Parts 27
[FIRST STORY➴] - SLOW UPDATE 「 𝑻𝒘𝒐 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒔, 𝑶𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 」 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 | 𝐍𝐮𝐫 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚 𝐍𝐮𝐫 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚, gadis yang tak lekang dengan senyuman, bukan kerana bahagia tetapi untuk menutup luka lama yang pernah meragut sebahagian hidupnya. Tragedi silam itu meninggalkan trauma yang perlahan-lahan menuntut penyembuhan. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 membina hidupnya dengan satu tujuan, iaitu menjadi yang terbaik demi ibunya. Di sebalik kehidupannya yang tampak sempurna dari luaran, dalam diam Qays dihantui dengan bayangan silam yang pernah menghancurkan dirinya sejak kecil lagi. Dua jiwa yang terluka ini disatukan dalam sebuah ikatan yang lebih mulia daripada sekadar cinta. Saat bahagia menyapa, Amara mula percaya bahawa luka lama, walau sedalam mana sekalipun, mampu disembuhkan... selagi mereka saling ada. "Hubby sayangkan sayang sampai bila-bila..." -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 Namun di sebalik senyuman dan janji setia, terselit seribu satu rahsia lama yang menuntut kebenaran. Sedikit demi sedikit, kepercayaan dan kesetiaan cinta mereka diuji oleh dugaan yang tidak terduga, sehingga hati yang pernah sembuh kembali runtuh. "Sampai bila lagi? Saya dah penat, Qays!" -𝐍𝐮𝐫 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚 Mampukah Amara mengecapi bahagia untuk kesekian kalinya? Dan mampukah Qays mengembalikan cahaya dalam hidup Amara, tanpa melepaskan cinta yang mereka bina? "Even in a thousand lifetimes, my heart will choose you, Nur Haninda Amara." © lyaamysarah 2025 ⚠️100% MY OWN IDEAS‼️ 🚫 NO PLAGRISM ALLOWED‼️ [COPYING MY WORK IS STRICTLY FORBIDDEN!!!] START : 30 NOVEMBER 2025 END : ? [after complete, saya akan start revamp ^^]
𝐌𝐑𝐒 𝐇𝐀𝐈𝐑𝐈𝐙 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 || 𝐒𝐔 by flovverzaa
flovverzaa
  • WpView
    Reads 31,177
  • WpVote
    Votes 1,511
  • WpPart
    Parts 16
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐯𝐨𝐥 𝟐 || 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟐 Hairiz Mikael adalah seorang lelaki yang dingin sama seperti ayahnya Haikal Rafael. Bertubuh tegap serta memiliki personalitinya jauh lebih berbeza dari Haikal. Hatinya yang beku itu mampu cair kerana seorang gadis kampung bernama Haliza. Nuraliza seorang gadis yang miskin terpaksa bergantung hidup pada abang kandungnya Laith yang dulunya bersikap baik terhadapnya. Akibat sesuatu peristiwa, hidup Haliza berubah apabila dia di tuduh pembunuh oleh abang kandungnya sendiri kerana dia penyebab mama kandung mereka mati sampai sanggup menjualnya di kelab malam. Siapa sangka disebalik kejadian kecil itu mampu mengubah nasib Nuraliza kerana dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang sanggup menyelamatkannya. "Tolong saya encik." - Nuraliza "Aku beli dia." - Hairiz Mikael ⚠️ No plagiat, karya ini adalah hasil dari idea saya sendiri.
The Husband I Hired (CS) by flwershaee
flwershaee
  • WpView
    Reads 10,355
  • WpVote
    Votes 55
  • WpPart
    Parts 1
Darla tidak pernah menyangka hidupnya akan sampai ke tahap di mana dia terpaksa mengupah seorang lelaki untuk menjadi suaminya. Namun, apabila satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalahnya adalah dengan memiliki seorang suami palsu, Darla nekad membuat keputusan gila itu. Dan lelaki yang dipilihnya? Hendrico Caesar. Lelaki itu bersetuju menjadi suaminya atas satu syarat iaitu jangan jatuh cinta. "Why are you acting so shy with me, Darla? Don't tell me I make your heart race?" - HENDRICO CAESAR "Jangan nak perasan!" - DARLA ERMINA Tetapi semakin lama mereka hidup sebagai suami isteri, semakin sukar untuk Darla membezakan antara lakonan dan perasaan yang sebenar. Kerana Hendrico yang bertindak seperti suami sebenar. Dia melindungi Darla dan mengambil berat tentangnya. "Kau ni dah kenapa? Tiba-tiba je selamatkan aku. Apa yang kau nak sebenarnya?" - DARLA ERMINA "I'm just doing what a husband is supposed to do." - HENDRICO CAESAR Dan tanpa Darla sedari, lelaki yang pada awalnya hanya diupah untuk menjadi suaminya perlahan-lahan menjadi lelaki yang paling dia takut kehilangan. Namun, Darla tidak tahu satu perkara. Sejak awal lagi, ada sebab mengapa Hendrico bersetuju dengan kontrak itu. Apakah sebenarnya yang Hendrico mahukan daripada Darla?