Novelis
5 stories
Lecturer Paling 'Hot'  by applenuts
applenuts
  • WpView
    Reads 2,257,147
  • WpVote
    Votes 84,219
  • WpPart
    Parts 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak penting untuk si gadis bernama Nura Ariana. 'Hot' macam mana pun ada dia kesah? Dah lah kuat perasan, tak habis-habis nak menyakat aku. Benci! "Nura?" "Ye, Dr.?" "Kenapa awak tenung saya macam nak makan?" Tergamam aku. Alamak! Dia perasan rupanya aku tengah tenung muka dia. Terus mukaku membahang. Ah, malunya! "Ye ke saya pandang? Hahaha, perasaan Dr. aje kut!" Aku gelak tak ikhlas. Auta aje lebih. Seratus peratus dia tak percaya dengan apa yang aku cakap tadi. Dr. Kimi tarik senyuman senget. Maksudnya, ada lah tu benda yang dia bakal cakap dengan aku. Satu saat.. dua saat.. tiga saat.. "Tak payah nak selindung lagi. Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Jelas yang awak tengah tenung muka saya yang kacak ni, cakap ajelah yang awak dah suka dekat saya. Tak payah ragu-ragu. Saya akan terima awak." Ternganga aku dengan kata-kata tak diundang dia itu. Suka dia? Itu gila namanya. Aku dah bertunang nak suka laki orang? Huh. ---- ( Highest ranking #3 in Teen Fiction ) 23/4/17 [ Malay Novel ] 15+ Copyright © 2016 (anaizz) ✔ sᴛᴀᴛᴜs : ᴏɴ ɢᴏɪɴɢ
KERANA DIA LELAKI ITU!  by Reyshaaziz
Reyshaaziz
  • WpView
    Reads 170,053
  • WpVote
    Votes 6,707
  • WpPart
    Parts 52
Cinta hati sendiri jadi adik beradik? Boleh terima dek akal atau tidak? Itulah kisah Hilman Safwan dengan Hani Antasya. Berkenalan, jatuh suka dan bercinta. Bila dah tangkap leleh rupa rupanya bakal jadi adik beradik. Akhirnya cinta itu putus di tengah jalan. Paling mengharukan bila si gadis tak jemu jemu buat pick up line, sedangkan si teruna ego menidakkan kata hati. Katanya adik beradik tetap adik beradik. Sudahnya si gadis putus asa dan membawa diri. Tiada lagi ayat pickup line, usik mengusik, scene romantik kalah movie hindustan. Si teruna sepi sendiri. Nak tahu lagi kenalah baca ye. Sorry tak reti nak buat sinopsis semua.
(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLIS by Reyshaaziz
Reyshaaziz
  • WpView
    Reads 571,705
  • WpVote
    Votes 19,589
  • WpPart
    Parts 62
100% idea asal author! -NO PLAGIARISM- Benarlah kata yang diri dia itu umpama jatuh di timpa tangga. Kehilangan keluarga yang di kasihi. Cinta pulak macam main tarik tali. Bercinta tapi kena tinggal. Dah ready nak move on dia muncul semula. Inai kat jari masih merah terpaksa berpisah balik. Katanya ada misi rahsia. Lepas tu boleh pulak dari polis jadinya CEO? Aii Maira pening. Ray ni manusia ke jembalang. Tak habis habis nak huru harakan hidup dia.
MISS SPY, I LOVE YOU | S L O W U P D A T E by nisaamuttalib
nisaamuttalib
  • WpView
    Reads 25,343
  • WpVote
    Votes 2,946
  • WpPart
    Parts 19
| AKU ATAU DIA? | Tengku Raiq Hatta - Jejaka yang bijak dalam dunia busines. Sentiasa memonopoli setiap projek besar dan membuatkan ada yang berasa iri hati. Membuatkan Raiq Hatta sering berada dalam bahaya. Namun, Raiq Hatta tidak gentar mahupun berasa takut. Kerana, dia sudah mengupah berpuluh bodyguards untuk menjaganya. Dia tidak sedar, bahawa dalam diam seseorang menjaganya atas arahan ayahandanya sendiri, Tengku Qaisar. Dalam diam, dia mengupah seorang spy untuk memerhati dan menjaga anaknya dari jauh. "My son, Tengku Raiq Hatta. He is in danger. I need your help to protect him. Saya akan bayar dua kali ganda gaji kamu yang sekarang..." - Tengku Qaisar. "I feel something fishy here. Kenapa dah tak ada orang serang aku? Tak ada orang, kacau aku? Ugut aku? Ayahanda masuk campur urusan aku lagi ke?" - Tengku Raiq Hatta. Seorang spy dipilih oleh Tengku Qaisar. Dia percayakan pilihannya sangat tepat untuk menjaga Tengku Raiq Hatta. Ice - Seorang gadis moden yang hidup dalam dunianya sendiri. Berwajah dingin dan tidak banyak bercakap. Dia sering menghabiskan masa di tempat-tempat yang bukan sesuai untuk seorang gadis. Ice, dia tidak ramai kawan, tetapi dia memiliki ramai musuh yang menginginkan nyawanya. "You step closer, I shoot you with no any single words! Mark my word, idiot!" - Ice "I am so sorry Jeneral. My rules is not with man. I terpaksa tolak tawaran Jeneral..." - Ice. Tengku Raiq Hatta jejaka idaman wanita. Ice gadis yang berwajah sombong dan dingin. Mereka berdua dipertemukan bukan dalam keadaan romantik. Mereka berdua mempunyai matlamat yang sama. Menghapuskan musuh di sekeliling mereka dan mengimpikan hari kebebasan mereka. Tengku Raiq Hatta vs Ice. Dapatkah mereka mengharunginya bersama? "Aku atau dia? You choose between me or her!"
JODOH ATAU BODOH | C | S S •1• by nisaamuttalib
nisaamuttalib
  • WpView
    Reads 315,295
  • WpVote
    Votes 15,813
  • WpPart
    Parts 23
[ S H O R T S T O R Y ] - 1st | ROMANCE SERIES | [ Sejauh manapun kau berlari , kau akan tetapku kejar . ] Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Orked Diana yang ingin menjayakan misi dia dalam memikat hati seorang lelaki . Pelbagai cara , pelbagai rencah dia guna untuk menjinakkan si lelaki itu . Yang dia tahu , lelaki itu harus pandang dia seorang saja ! Tak boleh pandang perempuan lain ! Orked Diana tidak kisah , apapun tanggapan orang terhadap dirinya , yang penting misi dia berjaya ! " Cara pertama tak jalan , kita guna cara yang kedua . Kalau kau tak jinak juga , aku akan guna cara halus untuk dapatkan kau wahai encik jodoh " - Orked Diana . Dia Megat Faez Shah . Seorang jejaka yang memiliki rupa paras yang menjadi idaman setiap gadis . Ditambah kerjaya sebagai seorang doktor pakar , membuatkan ramai hati tertawan . Tetapi sayang , dia sudah menjadi tunangan orang . Mematahkan beribu hati diluar sana . " Awak ni bodoh ke apa ? Saya tak sukakan awak , that's mean memang saya tak suka ! Jauh sekali saya nak jatuh cinta pada awak ! Mark my words , idiot ! " - Megat Faez Shah . Kalau dah namanya Orked Diana , dia memang tak tahu malu . Sanggup memalukan nama baik keluarga dia demi untuk mencapai misi dia yang satu itu ! " Ya , saya memang bodoh sebab cintakan awak . Mungkin kebodohan saya ni saja awak nampak , awak tak pernah nak balas cinta saya . Saya faham , selama ni saya hanya bertepuk sebelah tangan " - Orked Diana . " Maafkan abang sayang , abang salah . Abang telah lukakan hati sayang . Kali ini tolong ... tolong berikan peluang untuk abang tebus kesalahan abang pada sayang " - Megat Faez Shah . Adakah sudah terlambat untuk Megat Faez Shah meminta peluang ? Pemergian Orked Diana telah membuka mata dia , bahkan hati dia . Satu persatu rahsia terungkap , yang membuatkan dia semakin rasa bersalah dan kesal . Kerana telah mensia-siakan cinta seorang wanita yang tulus mencintainya .