We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
AliesyaKaisara's Reading List
2 stories
KESEMPATAN KEDUA by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 302,243
  • WpVote
    Votes 27,963
  • WpPart
    Parts 60
(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.
Haizel: Ms Astrophile by AshyikinHelvins
AshyikinHelvins
  • WpView
    Reads 1,063,207
  • WpVote
    Votes 38,171
  • WpPart
    Parts 68
#not edited 𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Widelia Haizel hanya mencari ketenangan di pantai, tetapi bertemu dengan Raja Luth Hayyan-seorang lelaki yang tersilap sangka dia sedang merancang untuk membunuh diri. Pertemuan pertama mereka penuh dengan ketegangan dan kata-kata pedas, memulakan hubungan yang tidak seperti biasa. Apabila mereka bertemu semula sebagai bos dan pekerja, ketegangan mereka semakin memuncak hingga Raja Luth terpaksa membuat tawaran yang tidak masuk akal: melamarnya sebagai isteri untuk melarikan diri dari masalah peribadinya sendiri. "Haizel, kahwin dengan aku." -Raja Luth Hayyan. "Saya tak nak kahwin dengan bos. Kalau di takdirkan semua lelaki di dalam dunia ni dah pupus dan bos seorang je yang ada dalam dunia ni, saya tetap tak nak kahwin dengan bos." -Widelia Haizel. Widelia, yang awalnya menolak tawaran tersebut, akhirnya terdesak untuk menerima lamaran itu sebagai jalan keluar dari bekas tunangnya yang terus mengganggu. "Tentang lamaran hari tu masih available lagi ke bos?" tanya Widelia dengan wajah menahan malu. "Kenapa? Kau berminat ke? Dah tukar fikiran?" "Saya setuju bos!" ujar Widelia dengan yakin. Dari perkahwinan yang tidak berdasarkan cinta tetapi atas alasan pelik, Raja Luth dan Widelia mendapati diri mereka terperangkap dalam sebuah hubungan yang penuh dengan konflik, namun penuh juga dengan penemuan diri dan perasaan yang tidak dijangka. Dalam perjalanan ini, mereka mungkin menemui bahawa cinta sebenar tidak selalu datang dalam bentuk yang kita jangkakan. Allah is the best planner. Perkara jodoh itu macam 'Alif Lam Mim' surah Al-Baqarah. Maksudnya, hanya Allah yang tahu.