𝕄𝕪 𝔹𝕒𝕓𝕚𝕖𝕤 🐥
3 stories
Hati Seorang Abang ✓ by sweetie_snow
sweetie_snow
  • WpView
    Reads 50,779
  • WpVote
    Votes 4,136
  • WpPart
    Parts 29
ᴅɪᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴇᴍᴀʜᴀᴍɪ. ᴅɪᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴇɴʏᴀʏᴀɴɢɪ. ᴅɪᴀʟᴀʜ ABANG... Menceritakan tentang kehidupan seorang lelaki yang selalu ditindas dan dizalimi oleh adik-adik dan abang-abang kembarnya. Dipukul, diseksa dan dihina. Itu sahaja kehidupannya sebagai seorang manusia. Kadangkala dia tertanya sendiri... "Apa dosa aku? Apa guna hidup aku kalau asyik disakiti?" Dia hanya mampu pendam. Nak luah, luah pada siapa? Tiada sesiapa yang akan memahaminya! Dialah Ais. Insan yang disakiti. Insan yang dizalimi. Oleh... Darah daging sendiri. Ais hampir kemurungan. Dia mahukan seseorang yang memahami. Dia mahukan seseorang yang menyayangi. Ais melarikan dirinya ke dalam lorong terbiar yang sunyi dan gelap. Dia sudah penat! Penat untuk diseksa... Penat untuk dipukul... Penat untuk dibenci... Baginya, hidup tiada makna. Baik mati, tidak menyusahkan orang. Tetapi, kehadiran seseorang di lorong itu telah menjawab soalan yang sering menghantui fikirannya. "Kau tak ada salah. Diorang tu yang bermasalah menindas orang yang tidak bersalah. Hidup kau berharga. Terlalu berharga. Apa kata kau tinggal dengan aku? Aku pun tinggal seorang diri je. Jangan risau, aku janji takkan ada niat jahat dekat kau. Aku nak bantu," Ais terpana dengan lelaki tersebut. Dia tidak sangka... Mereka memiliki muka yang seiras! "Aku peliklah. Mana kau dapat topi tu?" -Ais "Aku sayang kau lebih dari nyawa aku sendiri," Ais cuba merungkai segala misteri. Macam mana rupa mereka boleh sama, bagaimana lelaki misteri itu boleh ada topi yang hampir sama dengan dia, dan kenapa hatinya terlalu mudah mempercayai dengan si dia walaupun baru kenal tidak sampai satu hari. Mampukah dia merungkai? Apakah hubungan lelaki misteri itu dengan dia? Mengapakah dia sering dibenci oleh kembarnya yang lain? Jawapannya di dalam cerita ini! >>>Watak milik Monsta. Saya hanya meminjam<<< >>>No copyright<<<
Best Ke Jadi Meow? 💀 by sweetie_snow
sweetie_snow
  • WpView
    Reads 18,453
  • WpVote
    Votes 2,023
  • WpPart
    Parts 21
Best ke jadi meow? Siapa yang tidak kenal Solar? Seorang lelaki yang berotak 'Sains' dan suka melakukan eksperimen serta mengkaji perkara yang baru. Pada suatu hari, dia berjaya menyiapkan satu ramuan setelah bertungkus-lumus mengambil masa selama sebulan lebih. Sebelum dia mencuba ramuan itu, seseorang telah terteguknya tanpa sengaja. "Weh, kenapa korang masuk makmal aku?!" "Eh? Apa jadi kat aku ni? Tolong!" Apa yang terjadi? Siapakah mangsa bahan eksperimen lelaki itu? Segala-galanya akan terjawab di dalam cerita ini! •Characters : 100% Monsta •Idea : 100% mine •No plagiat, please •Terlalu banyak kemerapuan
Kerana Mereka (👀) by sweetie_snow
sweetie_snow
  • WpView
    Reads 26,009
  • WpVote
    Votes 2,166
  • WpPart
    Parts 35
Mengisahkan tentang perjuangan seorang lelaki yang sentiasa mahu menjadi yang terbaik buat adik-adiknya. Penyayang, bertanggungjawab dan tolenrasi, itulah dia. Bagi dia, adik-adiknya sangat penting buat dirinya. Segala penat dan lelah, hilang begitu sahaja tatkala melihat karenah mereka. Tetapi... Segala-galanya berubah 360° apabila telah berlaku satu konflik yang mengakibatkan runtuhnya hubungan kekeluargaan mereka yang utuh dulu. Dia kecewa. Dalam masa yang sama tanpa kemahuannya, dia mendapat tahu bahawa dirinya disahkan menghidap satu penyakit serius yang boleh merbahayakan nyawa dan membawa kepada kematian. Hatinya bagaikan renyuk. Dia tahu, bila-bila sahaja nyawanya boleh diambil Tuhan. "Takpelah, selagi aku masih hidup, aku janji aku akan jaga korang. Sakit manapun aku, aku tetap sayang korang. Sebab koranglah... Jiwa aku," Seorang demi seorang pergi meninggalkannya sendiri. Tanpa mengetahui tentang penyakit yang dihidapi olehnya, mereka bertekad mahu mempertahankan ego masing-masing. Setelah rayuan demi rayuan dan pujukan demi pujukan dibuat, mereka masih tetap dengan pendirian untuk hidup berasingan dan berpuak-puak. "Tolonglah, Hali... Aku merayu sangat... Hentikanlah pergaduhan ni..," "Kau jangan masuk campur. Ini urusan aku dengan dia!" "Kau pergilah. Sakit mata aku tengok," "Aku taktau bila kali terakhir kita akan berjumpa... Aku cuma takut kalau aku pun kena tinggalkan korang semua untuk selamanya..," Dengan dua ujian yang menimpa dalam suatu masa yang sama, dia buntu. Sehari demi sehari, tahap kesihatannya semakin merosot. Dia turut menghadapi tekanan perasaan yang hebat hingga menyebabkan dia kemurungan. Dia putus asa. "Maafkan aku, semua... Aku tak dapat jadi abang yang terbaik..," . . . "G... Gempa..," 𝔸𝕣𝕥 𝕔𝕠𝕧𝕖𝕣 : 𝕔𝕣𝕖𝕕𝕚𝕥𝕖𝕕 𝕥𝕠 𝕠𝕨𝕟𝕖𝕣