🤷🏻‍♀️
18 stories
𝐂𝐡𝐨𝐬𝐞𝐧 𝐆𝐞𝐧𝐭𝐥𝐲 | 𝐂 by Liohayes
Liohayes
  • WpView
    Reads 381,841
  • WpVote
    Votes 23,553
  • WpPart
    Parts 36
Iris Jasmina. Dirinya dibenci ibu dan adik perempuannya tanpa sebab. Mungkin kerana pendidikannya tidak seperti adiknya, Puteri Qalisya yang bijak pandai. Namun di sebalik ketidakpandaiannya, Iris mampu berdikari sendiri. Keputusan Tan Sri Rahman untuk kahwinkan Puteri dengan pilihannya gagal saat Puteri bantah sekeras-kerasnya kerana dia masih punya dunia sendiri. Malah takut juga jika pilihan Tan Sri Rahman bukan seperti apa dia mahu. Kerana penolakan itu, Tan Sri Rahman mengutuskan untuk kahwinkah Iris dengan calon pilihannya. Mampukah Iris menolak? Apatah lagi bertemu dengan calon pilihan ayahnya yang ternyata... "Iffat. Dato' Iffat Hezryn. You can call me Iffat." Seorang Dato'?! Sukar untuk Iris percayai. Bagaimana pun, Iris dan Iffat menjalinkan hubungan suami isteri seperti biasa. Iffat yang tenang dan Iris yang lemah lembut. Adakah rumah tangga yang terbina kerana keluarga, akan bertahan sampai bila-bila? "Yes, she's nothing to you but she's my wife." -Dato' Iffat Hezryn.
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐣𝐚𝐠𝐚 by Liohayes
Liohayes
  • WpView
    Reads 1,280
  • WpVote
    Votes 173
  • WpPart
    Parts 4
Mereka pernah saling mencintai. Namun... cinta itu tersasar dari jalannya. Dalam ketelanjuran yang diselindungi rasa, mereka tersilap memilih bahagia. Hingga satu hari, hati leaki itu tidak lagi tenang. Dosa yang dipendam menjadi berat dan cinta yang selama ini terasa indah, mula terasa silap. "Maira, andai kita berhenti di sini saja, boleh ke?" -Zarith Hawwas. "Maksud abang? Abang nak berpisah?" -Humaira Zuhra. Bertahun sudah berlalu, masing-masing sudah belajar memaafkan diri, memperbaiki diri dan mengenal erti redha. Tetapi, Humaira masih berkeras dengan perasaannya kerana sakit berpisah dengan lelaki itu, sangat luar biasa. Saat takdir menemukan mereka kembali dalam versi yang lebih tenang, lebih matang dan lebih berhati-hati, hati Zarith terjentik semula untuk menghalalkan Humaira dengan cara yang diredhai. "Awak masih tunggu saya?" -Zarith Hawwas. "Saya selalu tunggu abang. Sehingga kini. Hati saya tak pernah mati untuk abang." -Humaira Zuhra. Luka masih berbekas, rindu masih bersisa dan cinta lama mengetuk perlahan. Kali ini, dengan harapan lebih suci. "Cinta kita dulu mungkin terpesong jauh tapi sekarang, saya akan bimbing awak dengan cara yang paling Allah redhai." Ini bukan kisah cinta yang sempurna... Tapi, ia kisah tentang tersalah langkah, tentang pergi untuk kembali kepada-Nya dan tentang hati yang akhirnya belajar mencintai dengan benar.
C| MANUSKRIP by Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    Reads 412,760
  • WpVote
    Votes 20,660
  • WpPart
    Parts 54
Unedited version (may contain typos, repetition, and messy structure 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐢𝐲𝐚𝐳 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟 [PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] "Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku ambil. Kelak kau akan menyesal." Mula: 01/01/2024 Tamat: 28/09/2024
The Last One  by faakasy
faakasy
  • WpView
    Reads 55,036
  • WpVote
    Votes 3,185
  • WpPart
    Parts 23
Slow Update new update🦋
Cinta Disebalik Awan: Seribu Makna by faedyo
faedyo
  • WpView
    Reads 367,068
  • WpVote
    Votes 12,072
  • WpPart
    Parts 50
[Completed] AIDA ARIFF, seorang wanita yang tidak mendambakan perkahwinan tetapi mengidamkan zuriat dari rahimnya sendiri. Baginya, lelaki semua sama sahaja, tidak ada yang setia, termasuk bapa dan abangnya sendiri. "Kau nak kahwin dengan aku?" - AIDA ARIFF AISY IMRAN, seorang jejaka berkelulusan tinggi yang punya angan-angan sendiri. Tidak mendambakan keluarga kecilnya sendiri, baginya sudah cukup hidup seorang diri, tidak perlu komitmen, tidak perlu menyusahkan diri. "Hah, kahwin? apa plan kau?" - AISY IMRAN Dari seseorang yang langsung tidak dikenali, kini mereka bergelar suami isteri yang diikat tanpa kasih, juga terikat dengan perjanjian demi mencapai matlamat hidup masing-masing. Apabila bibit bibit cinta mula hadir, muncul lah yang ketiga membuatkan hubungan mereka kucar-kacir. "Lelaki memang semua sama! termasuk kau Aisy Imran!" - AIDA ARIFF "Aku takkan ceraikan kau! Kau boleh terus jadi perempuan murahan!" - AISY IMRAN Dapatkah mereka berpegang pada rancangan asal dan mencapai kepentingan masing-masing? Segalanya akan terungkai dalam penulisan ini, karya Faye D. bertajuk Cinta Disebalik Awan:Seribu Makna Tarikh mula: 11/08/2023 Tarikh Tamat: 23/09/2023 ❌ No overly explicit mature content ⚠️ Konflik yang tak ringan & tak berat dan agak cliché bagi saya ⚠️ Heavily used english terms & dialogue ⚠️ 10 Bab yang pertama agak slow sebab perlukan pengenalan yang agak panjang ⚠️Sorry kalau ada typo or ayat/tatabahasa/grammar yang tak betul - boleh leave comments nanti saya betulkan ❤️
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,826,852
  • WpVote
    Votes 412,362
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
𝐃𝐢𝐚, 𝐋𝐚𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝗘𝗕𝗢𝗢𝗞 by Liohayes_
Liohayes_
  • WpView
    Reads 632,924
  • WpVote
    Votes 13,062
  • WpPart
    Parts 6
𝑴𝒊𝒙 𝑳𝒂𝒏𝒈𝒖𝒂𝒈𝒆 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 / 𝑰𝒏𝒅𝒐𝒏𝒆𝒔𝒊𝒂 Ketika masa sudah berubah Ketika Tuhan sudah memperbaiki segalanya Ketika dosa berat yang dilakukan sudah terampuni Ketika semuanya kembali seperti sediakala Ketika Tuhan mengatakan bahawa ujian mereka akan berat Akankah mereka, si pendosa besar akan berjaya tempuhi segala ujian saat cuba jalan ke arah kebaikan dan terima segala tohmahan orang sekeliling kerana masa silam? Ini kisah Akania Mayis Qiftah dan Ameer Behzad El Fath yang disatukan oleh orang tua mereka. Mereka terima seikhlas hati. Hidup bahagia seperti pasangan yang lain. Akania, perempuan yang tinggi akhlaknya, tidak pernah bercinta, menjaga ikhtilat, malunya sebesar gunung, tahu hormat dan semuanyalah. Serba sempurna! Ameer, jejaka yang juga tak pernah bercinta, sentiasa dekatkan diri dengan Allah, tidak membuang masa dengan perkara yang tidak faedah, hidupnya sederhana, tahu menjaga batas lelaki dan perempuan dan seumpamanya. Sempurna! Namun, siapa sangka disebalik diri mereka yang cukup sempurna ini ada tercalit satu kekurangan yang besar dalam diri mereka. Yang tak akan pernah hilang dalam fikiran mereka. Menangis penuh kesal setiap kali mengingatnya. "Maafkan abang, Qif..." "Kenapa... Kenapa Qif takut dengan abang? Qif benci perasaan ini, abang! Qif benci!" Apa kekurangan mereka sehingga mampu menggoncang tiang rumah tangga mereka? Mereka sebenarnya... Pendosa yang ingin mencari jalan Allah "Ya Allah, dia adalah lakaran yang paling indah buatku." - Ameer Behzad El Fath ⚠️No plagiat! Rank🏅 #3 Fiksi (22/11/2022) #2 Fiksi (23/11/2022) #1 Fiksi (24/11/2022) #1 Fiksi (24/11/2022) #2 Fiksi (27/11/2022) #3 Fiksi (4/12/2022) #1 Halal (8/12/2022) #1 Halal (16/12/22) #1 Halal (18/12/22) #1 Halal (21/12/22) #1 Islamik (4/1/2023) #1 Islamik (15/1/2023) #2 Islamik (27/1/2023) #1 Islamik (31/1/2023) #2 Fiksi (23/3/2023)
C | Love, Ariq Farhan by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 687,167
  • WpVote
    Votes 48,582
  • WpPart
    Parts 62
2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau nak jumpa aku kan?" -ARIQ FARHAN "Haah sebab aku nak pikat kau dengan masakan aku!" -QISYA RIHANA Hubungan mereka semakin rapat sehingga mereka memilih untuk berkahwin. Meskipun Qisya kuat berahsia dan suka menipu Ariq, Ariq tetap menerima isterinya itu seadanya. Ketika rumah tangga terasa indah, kebenaran mula terbongkar satu persatu yang mengakibatkan rumah tangga mereka retak. Kepercayaan Ariq terhadap Qisya mula hancur. "Izinkan aku jadi isteri yang baik untuk kau sebelum kita berpisah." -QISYA RIHANA Penyesalan dirasakan oleh si isteri namun dia terlambat. Lalu, benarkah perpisahan adalah pilihan terbaik untuk mereka berdua? DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 2,541,382
  • WpVote
    Votes 140,423
  • WpPart
    Parts 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.