MUDZAQIS's Reading List
46 stories
SAYF AYDEN ||© by laurentjoon
laurentjoon
  • WpView
    Reads 48,619
  • WpVote
    Votes 2,798
  • WpPart
    Parts 55
Leila Cahaya April Sayf Ayden Mecca The tensest love story I have ever written. Berkawan daripada kecil bukan lah sesuatu yang boleh membuatkan mereka berdua mesra atau dekat dengan kata itu. Mecca masih juga tidak menggemari April walaupun mereka berdua sudah meningkat dewasa. Bagi April pula, kalau orang dah tak sudi, buat apa nak terhegeh-hegeh lagi kan? Eh tapi, iya ke Mecca tidak suka akan April? "After years, the signs come again. Poor you, Miss Light. I hope I can make you feel better". - Sayf Ayden Mecca Satu kejadian pembunuhan besar di SN Forever Hotel menemukan mereka berdua kembali. Kejadian itu sampai ke pihak polis, maka April harus terlibat sama. "Kenalkan. Saya, Inspektor April". - Leila Cahaya April "Tak perlu perkenalkan diri. Aku dah kenal kau". - Sayf Ayden Mecca Mereka mulai bekerjasama dalam mencari si pembunuh di hotel tersebut walau pelbagai badai yang melanda, walau ada banyak rahsia yang mulai terbongkar. "Sejarah masa silam awak membuatkan bukti yang saya ada menjadi lebih kuat!". - Leila Cahaya April. "Aku dah tahu semuanya sejak daripada 22 tahun yang lepas". - Sayf Ayden Mecca Apakah sejarah masa silam yang dimaksudkan April? Apakah yang diketahui oleh Mecca? Siapakah pembunuh di SN Forever Hotel? Adakah akan ada kisah cinta yang terlakar antara Mecca dan April? ⚠️ Genre: Romance, Thriller ⚠️Akan melibatkan mafia tetapi BUKAN cerita cinta mafia, okay? Hehe :D ⚠️ Sayf Ayden Mecca ni anak lelaki Sayf Maleeq and Leila Cahaya April ni anak perempuan kepada Cahaya Seroja. Jadi, cerita ni semacam spin-off untuk kedua cerita tersebut. Theme songs: - The Machine by Reed Wonder ft. Aurora Olivas -Bad by Wave to Earth
C | mimpi indah by LunaLavella
LunaLavella
  • WpView
    Reads 1,139,972
  • WpVote
    Votes 89,593
  • WpPart
    Parts 70
Melissa Adeera, trauma yang datangnya dari insan bergelar lelaki telah menghadirkan sebuah mimpi buruk padanya setiap hari. Setiap malam. Setiap waktu. Setiap saat. Masa lalu itu... menyakitkan. Akibat insiden yang lepas, dia berhenti mempercayai lelaki. Kaum adam itu ibarat musuh baginya. Hanya bertuhankan syaitan dan nafsu semata! Sebuah kehilangan telah menghadirkan seorang jejaka yang bersumpah ingin melindunginya. Khairul Hayyan, janji terikat utuh buat Melissa tatkala hadirnya satu rasa aneh di sudut hatinya. Pada awalnya semuanya sekadar di atas belas kasihan semata, namun siapa sangka hati bekunya terbuka ingin mencintai semula? Mereka, dua insan yang dikhianati dan disakiti. Rapuh dalam percintaan apatah lagi kepercayaan. Namun, aturan Tuhan itu maha hebat. Dua hati yang bersumpah untuk berhenti mencintai akhirnya terbuka semula untuk menerima sesama sendiri. Di saat nyawa Melissa menjadi taruhan, saat itu jugalah sisi charming Khairul muncul. Dia mahu melindungi Melissa ibarat nyawanya dan mencintai gadis itu sehingga ke hari tua. "Aku akan jaga kau, sampai mati." -KHAIRUL HAYYAN Dia, Khairul Hayyan akan menjadi pelindung untuk Melissa Adeera. Mimpi buruk yang selalu hadir dalam tidur Melissa akhirnya berubah menjadi mimpi indah yang selalu dia dambakan dengan kehadiran lelaki itu. Dalam sembunyi rahsia cinta mereka dijalin dan ketika mereka bersedia ingin membongkarkan segalanya, satu lagi badai datang menjelma. Trauma itu datang lagi. Menyerang dan membunuh dari dalam. Mengakibatkan hidup Melissa kembali kucar kacir tanpa bayang penyelesaian. Kepercayaannya musnah. Jiwanya hancur. 2022 © By lunalavella all rights reserved. (completed) started : 1 Sep 2021 ended : 17 Jan 2022
COAST GUARD : Lieutenant Nadhif by yourstrulysal
yourstrulysal
  • WpView
    Reads 384,001
  • WpVote
    Votes 13,113
  • WpPart
    Parts 69
(complete) ⁺✧ - COAST GUARD SERIES #1 blurb can be found in the first chapter of the book.
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,190,897
  • WpVote
    Votes 93,415
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
FIGHT FOR LOVE [TERBIT] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 1,907,196
  • WpVote
    Votes 19,407
  • WpPart
    Parts 11
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025
Thriller : Wais Ayden ✓ by dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    Reads 587,616
  • WpVote
    Votes 42,800
  • WpPart
    Parts 57
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagakan manusia, Untuk jatuh ke tangannya. *** "Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar. Butang blazer dibuka, lalu punggung dilabuhkan di atas sofa berjenama itu. "Aku tak terima tawaran membunuh yang biasa-biasa." Cermin mata hitam dibuka, jelas matanya yang berwarna itu menampakkan lagi wajah kacukan yang dimiliki. *** "Saya Siti Marwah, anak ustaz Malik. Salam kenal ya?" Ini tawaran membunuh yang menyeksa diri, terpaksa berlakon menjadi orang islam, terpaksa solat dan mengaji, bahkan terpaksa berpuasa demi mengaburkan pandangan ustaz Malik. Siapa ustaz Malik? Lelaki yang bakal menjadi mangsa pembunuhannya. *** "Kau penipu! Aku bersumpah, tuhan akan jatuhkan hukuman setimpal kerana kau mempersendakan agama kami!" *** "أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله" "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." *** Masih ada jalan buat Ayden? Agama menjadi pegangan atau kerjaya? Mana satu yang akan menjadi pilihan? Semuanya bakal terbongkar dalam Karya Wais Ayden. *** Start : 2/2/2021 End : 6/8/2021 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART by easyizzy
easyizzy
  • WpView
    Reads 5,238,488
  • WpVote
    Votes 272,486
  • WpPart
    Parts 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka itu mendirikan syarikatnya sendiri membuatkan dirinya lebih terkenal dan dihormati ramai.Tidak kira tua atau muda, semua perkataan lelaki tersebut pasti akan dituruti tanpa sebarang bantahan. Namun, disebalik bersinarnya lelaki itu dimata dunia, masih ada sisi lain yang disembunyikan.Tiada siapa yang tahu selain kawan rapatnya.Bahkan, keluarganya sendiri tidak tahu sisi tersebut! Dia kejam. Dia psiko. Dia gila. Apabila dirinya sudah bertukar ke sisi gelap itu, maka tiada siapa yang dapat menghentikannya.Segala kekejaman dan kesakitan yang diberikan olehnya bukanlah sesuatu yang boleh diambil remeh. Silap sedikit, lenyap! "Awak, jangan marah - marah lagi tau?" Bertemu dengan ARIN MIKAELA, umpama jejaka bermata hitam gelap itu telah menjumpai painkillers nya.Melihat saja wajah polos gadis itu, dirinya yang tidak terkawal dapat kembali normal.Dan.. Hanya Arin Mikaela saja yang dapat mengawal dirinya. *** [Action × romance] [Nashadrian × Arinmikaela] Start : 8 Sept 2021 Status : completed
20. EXIT by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 112,504
  • WpVote
    Votes 8,409
  • WpPart
    Parts 64
Hidup terpenjara seperti banduan. Seperti sebuah Gotham City, di mana jenayah berleluasa, begitu la kehidupan manusia di sini. Hidup bergantung pada jenayah demi kelangsungan hidup. Dirantai dengan satu janji namun di bebaskan kerana setitis darah. Thalia tidak tahu keputusan dia pada malam itu akan mengubah hidupnya hingga ke akhir hayat. Disakiti oleh abang kandung sendiri seperti hamba, menjadi keldai dadah, di terrorize tanpa henti seperti anjing jalanan. Thalia nekad hendak keluar dari bandar 'Gotham City' ini. Tetapi tersandung di jalan sama yang dilalui oleh sang mafia. Yang buatkan dia menyesal tidak kesudah. Bagaimana pengakhiran Thalia? Dapat ke dia keluar dari rantaian yang memenjarakan kebebasan dia selama ini? Atau terperangkap selamanya? September 2020
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,563,466
  • WpVote
    Votes 341,077
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘
Aku bukan Nain✓  (new story + OG)  by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 30,567
  • WpVote
    Votes 2,576
  • WpPart
    Parts 15
BOOK #3 of 𝕱𝖗𝖎𝖊𝖓𝖉𝖘𝖍𝖎𝖕 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Genre: Teen fiction Sekuel novel Aku, Iskandar Dzulkarnain . . Bismillah Mungkin semua kenal siapakah Nain, mata pula hanya tertumpu pada remaja lelaki itu. Lalu Salahuddin terus tenggelam walaupun bagaimana dia cuba untuk menarik perhatian insan di sekeliling. "Kak Huda, tadi dekat sekolah... Salah dapat pingat dalam merentas desa. Tahu dah, Salah memang hebat pun." - Salahuddin "Salah, berhenti. Awak cuma adik Nain pada mata akak. Fokus pada SPM, jangan bazirkan masa macam ni..." - Nurul Huda "Ayah kau HIV, kan? Anak penagih dadah rupanya." - Khaifa "Saya suka awak." -Hani Terkadang Salahuddin penat asyik dibandingkan dengan arwah abang sendiri. Iskandar Dzulkarnain telah lama mati. Maka mengapa semuanya tidak mahu menerima hakikat itu? "Along dah mati. Membazir air mata je ibu menangis macam ni. Tak payah bacakan yassin untuk dia. Dia dah mati, MATI." -Salahuddin "Maaf, ibu tetap sayang along. Dia cinta hati ibu dan selamanya akan begitu. Salah hina along lagi, ibu takkan maafkan Salah." -Raudhah Sampai bila nama Nain akan terus menyeksanya? Wajah Nain, Salah tahu bagaimana. Namun, secebis kenangan silam tidak pernah diingati remaja lelaki itu. Nain tetap menjadi lelaki asing dalam diari hidup Salahuddin. START : 14 Dec 2020