callmieya
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Begitulah sikap Hayder tidak jauh beza dengan Izrail. Hanya kerana disebabkan cemburu melihat gadis yang dicintai hampir menjadi milik orang lain, dia pun segera masuk meminang gadis tersebut pada keesokkannya.
"Saya ni tak suka dekat awak lah!" - Nadya Kairina.
Nadya merupakan seorang gadis yang berasal dari kampung. Jika dibandingkan kehidupan dia dengan Hayder, bagaikan langit dengan bumi. Sangat jauh berbeza. Dia bukan seorang yang mempunyai harta, dan begitu banyak mempunyai kekurangan. Namun itu, bukanlah satu alasan yang boleh membuat Hayder menyerah. Dia tetap terus mengejar gadis tersebut.
"Be my wife or I will be your husband? Hanya ada dua pilihan, kalau awak tak nak saya terpaksa call jabatan agama untuk tangkap kita. Jimat pula dapat kahwin free" - Hayder Luthfan Luciano.
Nadya melihat kesungguhan Hayder itu pun terus menerimanya. Setelah mereka bergelar suami isteri, Nadya akhirnya mengakui jika dia mempunyai anak luar nikah yang bernama Narshel dan berusia tiga tahun.
Kenyataan yang begitu pahit bagi diri Hayder, namun itu bukanlah alasan yang boleh membuatkan dia melepaskan Nadya. Dia tidak boleh menghukum seseorang itu hanya dari masa lalunya kerana boleh jadi kitalah yang paling tak ternilai di mata Allah.
Nantikan kisah Hayder dan Nadya. Adakah hanya itu sahaja ujian rumah tangga yang bakal mereka hadapi atau masih ada lagi ujian yang lain belum mereka ketahui? Mampukah mereka mengharungi bersama?
Read on your own risk!
Start : September 2025
End : _ _ / _ _ / _ _ _ _
Remember : Sila baca Mr.Izrail Luciano terlebih dahulu sebelum membaca Hayder Lucian!