mecxira
8 stories
Tuan Nicholas by Mecxira
Mecxira
  • WpView
    Reads 29,210
  • WpVote
    Votes 1,179
  • WpPart
    Parts 18
Nicholas Benjamin seorang lelaki yang begitu setia. Janjinya dulu membuatkan dia tidak berpaling. Mahukan perempuan itu saja. Mendapat berita kematian perempuan kesayangannya, menghilangkan separuh nyawanya. Lelaki itu berubah menjadi seorang yang hidup berlandaskan nafsu. Bertemu dengan si heroin buat semua rasa hadir kembali. Rasa yang dulu telah mati kini hidup kembali. Irdina Aisyah seorang perempuan kehilangan orang tuanya ketika kecil. Dihalau Mak saudaranya dari rumah buat dia akur. Memindahkan nenek dan atuknya keluar dari kampung itu dan menetap di Kuala Lumpur. Tak jangka, rancangan jahat Mak saudaranya buat dia terperangkap dalam kelab malam. Lelaki itu bagai penyelamat. Menyelamatkan keadaan. " She's under my protect." Kata beku itu dikeluarkan sebagai pelindung. Lelaki itu mengambilnya sebagai perempuan simpanan. Dia dikurung atas sebab pembayaran. "Aku bayar kau. Behave. Stay dalam rumah ni. Jangan berani keluar. Faham?" " Ini bukan rumah saya. Kenapa pilih untuk selamatkan saya? Tak perlu untuk memilih saya!" " You're not an option, you're my priority." Lelaki itu begitu dingin. Sukar sekali nak berlembut. Malah menengking jika dia melakukan kesalahan. Dalam menengking, ada sayangnya. " Aku cakap makan, makan ajelah! Nak mati ke?" " Kalau mati awak menangis tak?" " Makan aku cakap!" Itulah dia. Lelaki yang paling ego untuk mengaku isi hati. Lelaki itu mengajar apa itu erti sebuah cinta. Sebuah kebenaran membuatkan lelaki itu terkelu. Tak dapat keluarkan kata. Kebenaran yang dia cari selama ini. " Kalau aku adalah Romeo...aku mahu kau menjadi Juliet."
His Psyho Obsession (IN EDITING) by Mecxira
Mecxira
  • WpView
    Reads 50,925
  • WpVote
    Votes 2,381
  • WpPart
    Parts 18
Daniel Isaac Lee seorang lelaki tampan yang menjadi kegilaan kaum hawa. Dia seorang yang sangat misteri dan cukup pendiam dengan perempuan. Kecuali dengan seorang perempuan yang dia telah jatuh cinta. Bertemu mata buat dia merasai kelainan pada perempuan itu. Diana Daniella seorang perempuan yang taat kepada perintah ibu dan bapanya. Baginya, tak ada yang lebih penting selain keluarga. Disebabkan keluarganya seorang yang strict. Setiap perbuatannya pasti akan dikawal sepenuhnya. Namun kemunculan lelaki itu buat Diana takut untuk mengenal seorang lelaki. " Kalau kau sayang keluarga kau...baik kau kahwin dengan aku. Jangan sampai aku bunuh keluarga kau." " Saya tak kenal awak dan awak tak berhak nak kawal hidup saya!" Kerana lelaki itu buat hidup Diana kucar-kacir. Lelaki itu benar-benar gila. Setiap kemahuan lelaki itu mesti dituruti. Andai tidak, pembunuhan yang akan terjadi. " Aku sayangkan kau. Aku tak nak orang lain..." Keluarga tidak mahu. Lelaki itu pula sebaliknya. Pening jadinya si Diana. Pasrah. Itu yang Diana lakukan. Semuanya berantakan dan Diana berharap semua ini akan berakhir. " Aku bukan yang terbaik tapi aku adalah lelaki yang cuba yang terbaik."
The Haiser's Obsession ( IN EDITING) by Mecxira
Mecxira
  • WpView
    Reads 88,113
  • WpVote
    Votes 2,481
  • WpPart
    Parts 18
Nur Furqan Hasya, sebaris nama yang tidak pernah merasai kasih sayang keluarganya kerana itu dia menjadi seorang perempuan yang liar. Kejadian itu buat dia kenal lelaki itu. Bukan setakat kenal, malah lelaki itu mencari dan memburu dirinya. Apa salah Hasya? "Kau dah goda aku. Sekarang aku nak kau goda aku balik." - Datuk Haiser Dayyan Datuk Haiser Dayyan. Siapa saja tak kenal lelaki ini? Seluruh dunia tahu lelaki ini mempunyai pangkat dan kekayaan. Boleh dikatakan, lelaki ini dapat lakukan apa saja untuk kepentingannya. Dan kenapa tidak dia lakukannya pada Hasya bukan? "Iser bagi duit dan Iser nak darling tinggal dalam rumah ini selamanya"- Datuk Haiser Dayyan "Saya tak semurah tu. Jangan anggap awak ada duit. Awak boleh buat apa saja pada saya!" -Nur Furqan Hasya Entah di mana silap Hasya, secara terpaksa dia perlu menerima lelaki itu dalam hidupnya. Andai dia tahu semua ini akan berlaku, dia takkan jebakkan diri dalam semua ini lagi. " Mencintai darling adalah rezeki. Rezeki sehingga Iser tak dapat lepaskan darling."-Datuk Haiser Dayyan Akankah Haiser dapat merebut cinta Hasya atau sebaliknya? Cover by @BananaAdelyn_
The Ruthless Monster ( PUBLISHED )  by Mecxira
Mecxira
  • WpView
    Reads 41,059
  • WpVote
    Votes 216
  • WpPart
    Parts 5
NOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI PASARAN "You haven't learned anything until you learn monsters have nightmares too." Setiap cantuman puzzle menjelaskan betapa zalimnya dunia mempermainkan hidupnya tanpa belas kasihan mahupun simpati. Kebencian, kemarahan, kematian, semuanya berada di galaksi membelenggu diri. Bahkan, aura kejam nya mampu menakutkan sesiapa saja yang melihat nya. "Saya dah cakap tadi. Bunuh saya. Awak tak faham ke?! Awak dah pekak ke? Saya tak layak hidup, saya layak mati!" - Bella Arisya Menemui sasaran dicari yang melampiaskan kebencian tanpa sedar memakan diri. Inikah masanya untuk dia mencintai seseorang tanpa syarat? Tidak... Noda kelam itu harus dihapuskan walaupun menikam hatinya bertubi-tubi. This is not about revenge. This is about justice. Pengkhianatan masa lalu masih menganga tidak terubat. Parut masih ada bukti bahawa luka itu membawa impak yang bahkan nyawanya dibayangi kehancuran tanpa belas kasihan Kemunculan gadis itu menyempurnakan misi untuk melampias amarah yang tak terbendung. "Kau berani buat hal lagi... Bukan setakat leher kau aku patahkan. Anggota badan kau sekali aku bakar sampai jadi abu. Kau faham?!" - Darius Ryan "Kenapa aku nak kasihan dekat kau sedangkan rancangan awal aku adalah menghancurkan hidup kau? - Dahlan Sahabat yang dipercayai, menjadi racun yang berduri. Maaf sudah berkali-kali, namun lupa tidak pernah pergi. Katakan bagaimana dia ingin pulih sedangkan khayalan kematian itu seperti remote control yang ada di mana? Belum waktunya dia ingin menjadi baik, namun tiada manusia yang ingin terlihat kejam. Hidupnya diselaputi darah yang sulit dijelaskan. Dia manusia yang terperangkap di dalam jiwa hitam seorang monster. Seribu penyesalan tidak akan terhapus dengan setitik noda. Dia menunggu atau menyerah? Dia terganti atau mati? "Hurt me once and I will kill you twice." Published : 6 Disember 2024
His Secret Side ( Published )  by Mecxira
Mecxira
  • WpView
    Reads 31,225
  • WpVote
    Votes 517
  • WpPart
    Parts 9
NOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI PASARAN Kaku, beku, dingin itulah jiwanya biarpun dipinta hati banyak kali, namun keras dia menolak! Wanita sepertinya tidak perlukan cinta. Dia hidup semata-mata untuk bernafas. Pertemuan, akibat salah faham menyatukan dia dengan lelaki itu. Lelaki manja yang kebudak-budakan. No way! "Dah tahu Yana tak suka Aryan dari dulu, kan? Aryan ni tak faham ke? Hati dan perasaan tak boleh dipaksa." -Ariyana Tynessa It seems like I'm waiting for something that isn't going to happen. Right?-Tengku Nufail Aryan Aryan bijak berselindung, melindungi dirinya yang penuh dengan noda dan dosa. Silap langkah, nyawa menjadi taruhan. Bahkan, andai Ariyana menyerunya untuk membunuh, akan dia lakukan tanpa berfikir panjang. "Aryan terlalu sayangkan Yana. Aryan akan buat apa saja yang Yana nak. Biarpun itu akan merubah diri Aryan menjadi orang lain."-Tengku Nufail Aryan "Andai ini balasan yang perlu aku terima atas sebab dosa-dosaku yang dahulu padanya. Aku reda..." Takdir antara mereka tiada yang salah. Hanya saja, masa silamnya mengajarnya untuk menjadi kejam. Masalah semakin bertambah apabila ada orang ketiga yang merancang untuk menghancurkan segalanya. Mampukah semuanya dihapuskan demi kesumat? Pantaskah mereka bersama jika kenyataaanya tidak seiring dengan harapan? Bagaimana dengan Ariyana, selepas mengetahui Aryan adalah seseorang yang bermandikan darah? Di sebalik namanya, ada rahsia yang tersirat. Di sebalik jiwanya, ada cinta suci yang terikat. Tetapi untuk kali ini, biarlah dia membuktikan bahawa tidak semua kemahuan dapat digenggam. Tidak semua yang dia sayang layak disimpan. Tidak semua hidup yang baik itu hidupnya tenteram. "It's nothing complicated, I just want to kill him." Published : 27 October 2023