Inca
198 stories
NIKAH GANTUNG by missred_author
missred_author
  • WpView
    Reads 36,058
  • WpVote
    Votes 795
  • WpPart
    Parts 61
Rumahtangga yang baru dibina oleh Maleeq dan Puteri sedikit berbeza dengan pasangan suami isteri pada umumnya. Selepas menjalani akad nikah mereka berdua masih belum dibenarkan untuk tinggal sebumbung oleh ayahnya. Tapi kenapa? Ada syarat yang Tan Sri Baharudin kenakan terhadap anak serta menantunya sebelum mereka dibenarkan untuk tinggal bersama. "Kamu berdua, masih belum boleh tinggal sebilik seperti suami isteri kebiasaanya," tegas Tan Sri. "But, why daddy?" Puteri memprotes. "Sebab, perkahwinan kamu berdua, masih digantung." Pelbagai cabaran mereka perlu hadapi sepanjang tempoh perkahwinan gantung ini. Jiwa dewasa yang saling mengiginkan terpaksa dipendam demi tuntutan syarat yang ditetapkan oleh sang ayah. Mampukah Maleeq menahan godaan seorang Puteri Zaharah yang sudah sah bergelar isteri kepadanya? Bagaimana jika mereka 'terlanggar syarat'? Adakah daddy akan murka? Perjalanan tidak semulus yang dikira. Langit yang cerah jangan disangka tak akan turun sang hujan. Kebahagiaan yang baru tercipta terpaksa berdepan dengan badai hebat yang menguji kekuatan cinta mereka. "Jangan risau, Maleeq. Aku akan jaga dia untuk kau." -Aryan. "Percayalah! Saya ikhlas menolong awak. Saya janji akan jaga awak dengan sepenuh jiwa raga saya." -Hanna Mariyam.
⚓Delta Romeo: Diagnosa Hati 🩺 by Hayietta
Hayietta
  • WpView
    Reads 6,381
  • WpVote
    Votes 517
  • WpPart
    Parts 37
Apabila seorang tentera laut cedera parah di perairan Sabah, seorang doktor wanita dari pangkalan medan dihantar untuk mengetuai misi perubatan kritikal. Antara darah, degupan jantung dan bisikan ombak, dua jiwa dari dunia berbeza bertembung - satu dengan disiplin ketenteraan, satu lagi dengan hati yang pernah patah. Mereka bukan hanya berlawan dengan masa, tetapi juga dengan perasaan yang tak pernah diberi izin untuk tumbuh. ⚓Bila kod misi bertukar menjadi diagnosa hati, siapa sebenarnya yang sedang diselamatkan? "Cinta pun ada simptomnya. Dan dia, satu-satunya pesakit yang tak pernah dia berjaya rawat." "Diagnosis: Lelaki keras kepala. Rawatan: Mungkin... aku sendiri."
Operasi: Hati Seorang PASKAU by nnadiaann
nnadiaann
  • WpView
    Reads 869
  • WpVote
    Votes 112
  • WpPart
    Parts 35
Hannah Wazirah - wanita yang tidak pernah mengenal putus asa. Dengan keberanian dan tekad, dia nekad untuk menakluk hati seorang lelaki yang terkenal dengan ketegasan dan keberanian: Kapten Rayyan Aryan, anggota PASKAU yang hatinya telah lama terkunci selepas dikhianati masa lalu. Setiap langkahnya adalah percaturan hati. Hannah meninggalkan isyarat, hadiah, dan kejutan kecil untuk menarik perhatian Rayyan, namun lelaki itu menolak setiap usaha tanpa memberi ruang untuk perasaan berkembang. Penolakan itu tidak mematahkan semangatnya; sebaliknya, ia menjadi cabaran yang membakar tekadnya. Namun, selepas cintanya ditolak, Hannah berputus asa dan menghilangkan diri, menghapuskan jejak tanpa menoleh ke belakang. Rayyan mula sedar gadis itu tiada seperti sebelum ini dan takdir mempertemukan mereka sekali lagi apabila Hannah diculik dan dijadikan tebusan oleh pihak musuh. Rayyan dan unit PASKAU digerakkan untuk menyelamatkan, tanpa mengetahui identiti mangsa. Dalam detik bahaya dan ledakan, dua hati yang keras dan rapuh diuji. Hannah yang berani kini bergantung pada lelaki yang selama ini menolak cintanya, manakala Rayyan mula menyedari bahawa ada sesuatu lebih berharga daripada disiplin dan keberanian hati yang menunggu untuk dibuka. "Operasi: Hati Seorang PASKAU" adalah kisah aksi, pengorbanan, dan percaturan hati yang memukau, di mana keberanian dan cinta bertemu dalam satu detik yang menentukan segalanya.
K.I.S.S (COMPLETE) by AilahDiela
AilahDiela
  • WpView
    Reads 291,149
  • WpVote
    Votes 10,669
  • WpPart
    Parts 66
Cerita akan diupdate setiap hari jam 8.30 malam. 🔞Sangat straight utk sya maklumkan. Cerita ini ada banyak babak2 dewasa. Yg memerlukan seseorang yg berfikiran terbuka sahaja utk membacanya. ❌Jika anda jenis cepat tertekan..menekan..jenis kaki komplain.. Ustaz ustazah..please avoid baca cerita ni. Kisah ini sangat dekat dengan saya..kerana Maria ada kisah sebenar seseorang walaupun tidak sama 100%. Aku bukan kedekut tapi aku tamak jika melibatkan barang milik aku. Tapi apa aku harus buat jika ada yang masih terpelihara datang menyerah diri. - Zafrul Jafni. "Kahwin dengan saya." Maria Jane "Kahwin? Kau ingat kahwin tu boleh selesaikan semua masalah ke?" - Zafrul Jafni Kahwin? Itulah jalan penyelesaian? Tapi... 10 syarat seorang Zafrul Jafni harus dipatuhi. Salah satunya, "Kau mesti pergi bila aku kata pergi. Rasanya kau pun tahukan, aku memang tak akan simpan kau lama. Seorang Zafrul Jafni memang untuk susah setia." Wahai Maria, bertabahlah. Tapi macam mana pula soal hati? Mampukah dia bertahan hanya semata-mata lelaki itu seorang suami. "Ingat Maria, kalau lelaki tu sentuh diri kau tadi. Aku memang tak akan kutip kau balik. Walaupun beribu kata maaf yang kau bagi..." Maria... Jika senyuman yang Zafrul mahukan. Senyumlah walau hati sendiri dirobek berkali-kali.
mY SWEET HUSBAND TENGKU ADHA  by mum_linz
mum_linz
  • WpView
    Reads 420
  • WpVote
    Votes 46
  • WpPart
    Parts 7
Sambungan dari kisah Indah bidadari tersakiti.
MALAM MILIK DATO' HAIDER by mum_linz
mum_linz
  • WpView
    Reads 2,309
  • WpVote
    Votes 67
  • WpPart
    Parts 6
Di balik kilauan lampu kelab malam, Rania Putri hanyalah seorang balu yang terpaksa menelan maruah demi sesuap nasi. Baginya, malam adalah medan bertahan hidup. Dunia yang penuh bunyi muzik, asap rokok, dan pandangan mata yang tidak pernah jujur. Kemunculan Dato' Haider Mateen, lelaki muda berpangkat tinggi dengan senyuman sinis dan dompet yang tak pernah kosong mengubah segalanya. Dia datang bukan sekadar pelanggan, tetapi pemburu yang tahu apa yang dia mahu. Dan buruannya adalah Rania. Wanita yang berjaya mengocakkan hati dan jiwa lelakinya kerana satu malam. Malam yang telah mengikat mereka berdua. Namun, di sebalik jas mewah dan jam tangan Cartier, Haider menyimpan sebuah duka. Duka yang tiada sesiapa mengetahuinya. Bila malam semakin larut, batas benci dan cinta mulai kabur. Rania sedar, dia sedang bermain dengan api. Dan api itu bernama Dato' Haider Mateen. Lelaki yang mampu memberi segalanya, tetapi juga merampas segalanya.
[ OG ] Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 224,345
  • WpVote
    Votes 11,983
  • WpPart
    Parts 63
Muhammad Yazzed Qayyum | Nur Darina Farissa Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End :
Cahaya Nura Medina | OG by farahnotfara
farahnotfara
  • WpView
    Reads 1,700
  • WpVote
    Votes 380
  • WpPart
    Parts 11
Kelahiran Nura Medina menyatukan dua hati yang pernah patah. Yasmine - wanita yang menjadi mangsa kerakusan manusia. Luka yang ditinggalkan terlalu dalam, namun hadirnya Emirhan bagai cahaya yang menerangi hidupnya semula. Perkahwinan mereka termeterai bukan kerana cinta, tetapi demi menjaga maruah dan mengelakkan fitnah. Dan dalam tempoh singkat itu, mereka belajar tentang makna kasih yang sebenar. Namun takdir seolah tidak menyebelahi. Pemergian Yasmine selepas melahirkan bayi kecil itu membuatkan Emirhan terduduk. Tapi kasihnya pada Nura Medina yang ditinggalkan tidak pernah surut. Nura Medina, cahaya yang dia genggam walau dunia meragut segalanya. "Han tahu kan, Han tak ada pertalian darah dengan Nura Medina?" - Puan Baizura "Kau kena cari ibu susuan untuk anak kau, Han. Biar dia jadi mahram kau. Tapi cepat... sebelum dia cecah dua tahun." "Mana aku nak cari isteri dalam masa terdekat ni?" - Emirhan Dan di saat itulah, takdir menemukan dia dengan Laili - seorang wanita yang juga pernah kehilangan cahaya dalam hidupnya.
DIA SANG SAKA HITAM by Mawarsuri
Mawarsuri
  • WpView
    Reads 117
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 6
Malaysia digoncang siri sabotaj dan kebocoran maklumat ketenteraan. Di tengah kekacauan, muncul sebuah unit rahsia yang tidak pernah diiktiraf, dikenali hanya sebagai Sang Saka Hitam (SSH). Leftenan Taufiq Lutfi tekad membongkar siapa dalang pengkhianatan dalam tenteranya, sementara Aireen yang merupakan pakar taktikal SSH terpaksa melangkah keluar dari bayang demi negara dan hatinya sendiri. Apabila rahsia mula terbuka dan musuh sebenarnya datang dari dalam, SSH harus memilih antara menyelamatkan negara atau mengorbankan segalanya.
RALPH: His Bride by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 4,960
  • WpVote
    Votes 402
  • WpPart
    Parts 13
KATA Uncle Ralph... Lelaki sangat berbahaya kerana mereka seringkali cuba mengambil kesempatan ketika seorang perempuan terleka. Aku bercinta? Uncle Ralph kacau lelaki tu sampai aku putus. Aku kena ganggu? Uncle Ralph mengugut orang persis geng mafia. Aku sedih? Uncle Ralph sentiasa ada cara untuk mengembirakan aku. Sehinggalah aku mencapai usia 18 tahun- Uncle Ralph meminang aku! Ya Allah... Aku rasa nak menangis aje bila tahu kenyataannya yang aku perlu berkahwin dengan lelaki yang berusia 42 tahun. Malahan, lelaki itu sebaya dengan papa dan mama aku sendiri. "First, uncle dah cop Ayana sebelum papa dan mama Ayana berkahwin. Second, uncle dah jaga Ayana dari Ayana kecil and third, I loves my little Ayana" - Ralph Ezrael. Alasan yang tak mampu aku sangkalkan ada asbab yang kukuh aku perlu berkahwin. Niatnya aku hendak menolak. Namun, kehadiran seorang wanita yang sangat cantik seolah - olah datang mahu menggoda Uncle Ralph membuatkan aku risau sekiranya aku akan kehilangan dia untuk selama - lamanya. Oleh itu, lamarannya diterima dan aku sah menjadi milik mutlaknya. Aku tak sangka pula perubahan layanan Uncle Ralph begitu mendadak. Cara dia melayan aku sebelum aku menjadi isterinya dengan cara dia melayan aku selepas menjadi isterinya sangat berbeza. Uncle Ralph begitu romantis. Dia manja denganku. Dia penyayang. Dia berikan apa yang aku mahu. Dia mendengar kataku. Dia menjadikan aku ratu di dalam rumahnya yang sudah persis istana. "Kenapa abang baring di atas katil macam kucing? Abang nak buat apa tu?" - Ayana Fareeha "Abang tengah tunggu Ayana lah. Abang nak bermanja. Meow!" - Ralph Ezrael Jujurnya, aku tak rasa menyesal pun kerana memiliki suami sepertinya meskipun agak kekok. Tetapi, aku bahagia. Namun, mampukah aku akan bertahan andai kata bekas teman lelakiku datang semula? Cinta Ralph mungkin kukuh untukku. Meskipun begitu, mampukah aku memilih untuk setia menjadi isterinya? +++ Start: 1/10/21