kucing_debab's Reading List
11 stories
Give Me Your Forever [TERBIT PBAKL 2026] by nanabananamy
nanabananamy
  • WpView
    Reads 1,030,441
  • WpVote
    Votes 8,524
  • WpPart
    Parts 12
TERBIT | RC PUBLICATION | PBAKL2026 Angkara kehadiran orang ketiga, perkahwinan yang dibina oleh Nadiya Aleesa dan Muaz Naufal musnah. Nadiya bergelar ibu tunggal sebaik sahaja puteranya, Amsyar, lahir ke dunia. Adam Afham yang sentiasa berpegang dengan prinsip hidup 'just go with the flow' tidak pernah menyangka takdir akan mempertemukan dia dan Nadiya dalam satu situasi yang tidak diduga. Pertemuan kedua mereka membuatkan Adam yakin bahawa semua yang terjadi bukan lagi sekadar kebetulan. "Awak... ada terfikir nak kahwin lagi?" - Adam Afham. Luka daripada kegagalan perkahwinan sebelum ini menyebabkan Nadiya membina benteng pada dirinya. Untuk membuka semula hatinya terasa mustahil. "Saya boleh besarkan Amsyar sendiri, Adam. Dia tak perlukan daddy baru, atau daddy lama. Mummy dia dah cukup untuk dia." - Nadiya Aleesa. Semakin Nadiya mengenali Adam, dia temui rasa tenang yang perlahan-lahan merawat luka di hatinya. Namun, ketenangan mula tergugat apabila Muaz muncul menuntut peluang kedua saat Nadiya sedang membuka pintu hatinya untuk Adam. "Bagi saya peluang untuk betulkan semula hubungan kita? Bagi saya tebus semuanya. Saya janji, saya tak akan sia-siakan awak lagi. Saya akan pastikan awak bahagia." - Muaz Naufal. Antara masa lalu yang pernah melukai, dan masa depan yang menjanjikan harapan, Nadiya harus membuat pilihan. Kali ini, bukan sekadar tentang dirinya sendiri. Ada Amsyar, yang perlu diberikan keutamaan. Dan apa pilihan Nadiya? Kembali bersama Muaz atau membina bahagia baru bersama Adam?
Ezran Haq: Cinta Yang Tak Sempurna (RAW) by syza_ra
syza_ra
  • WpView
    Reads 601,309
  • WpVote
    Votes 285
  • WpPart
    Parts 1
Ayreen Sofea | Ezran Haq Ezran dan Ayreen sudah berkawan sejak umur 5 tahun, sewaktu keluarga Ezran berpindah di depan rumah keluarga Ayreen. Persahabatan sejak kecil begitu indah tanpa sedar Ayreen jatuh cinta pada Ezran namun dia memendam perasaan itu kerana tidak mahu persahabatan mereka hancur. Sehingga usia mereka 16 tahun, muncul Hanna dalam hidup mereka. Perasaan Ezran sewaktu pertama kali melihat Hanna entah kenapa hatinya berdegup kencang, jiwanya tenang melihat wajah jelita milik Hanna. Sebagai seorang sahabat yang akan sentiasa kekal menjadi sahabat Ezran. Ayreen menjadi saksi percintaan mereka dari bangku sekolah sehingga ke jinjang pelamin "aku doakan kau sentiasa bahagia walaupun bukan dengan aku, Ezran Haq" Ayreen melangkah pergi meninggalkan majlis Ezran sekaligus meninggalkan kehidupan yang di penuhi kenangan bersama lelaki itu. Dia harus berhijrah ke tempat lain, lelaki yang dia sayang selama ini sudah berada di tangan yang tepat.
Pencinta Setiamu © by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 445,862
  • WpVote
    Votes 23,067
  • WpPart
    Parts 63
Sejarah hidup Almahayra Fateeha Sofeya membuatkan dia menjadi seorang gadis yang berdikari sehingga dia menganggap cinta bukanlah satu keperluan untuknya. Sehinggalah seorang lelaki bernama Nazmi Zahran cuba mengetuk pintu hatinya. "Saya ni degil orangnya. Kadang-kadang gila sikit. Kalau saya kata saya nak awak, maknanya saya nak awak juga. Almaklumlah, anak kedua lah katakan" - Nazmi Zahran "Laa yeke. Saya pun keras kepala orangnya. Kadang-kadang baran sikit. Kalau saya kata saya tak nak, maknanya saya tetap tak nak. Almaklumlah, anak kedua lah katakan" - Almahayra Fateeha Sofeya "Cantik! Maknanya kita ada banyak persamaan. Okey, jom kahwin" - Nazmi Zahran "Wah! Mudahnya awak ajak perempuan kahwin. Kalau awak nak cari doktor psikatri untuk rawat penyakit gila awak tu, saya bukan orangnya. Sila cari dekat portal cari jodoh, tak pun dekat hospital. Dah, jangan kacau saya. Saya nak makan" - Almahayra Fateeha Sofeya Semenjak dari pertemuan pertama mereka, Nazmi mula tertarik pada gadis yang baru dia temui. Bermacam-macam cara yang dia lakukan untuk menambat hati si gadis. "Awak kerja apa ya?" - Almahayra Fateeha Sofeya "Kenapa awak tanya?" - Nazmi Zahran "Tak ada apa. Saya cuma nak bagitahu bos awak yang awak selalu curi tulang" - Almahayra Fateeha Sofeya "Eh, saya tak curi tulang. Saya hanya curi hati awak je" - Nazmi Zahran Published : *FEBRUARY 2025*