CINTA MR MAFIA
2 stories
HERO DANIKKA (COMPLETE) by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 12,814,825
  • WpVote
    Votes 741,257
  • WpPart
    Parts 70
"Esok anak mummy yang dekat Jerman tu nak balik. Nayra mesti dah lupa dia kan?" "Abang Hero ke mummy?" HERO DANIKKA- Sebaris nama yang pernah menjadi kisah silam seorang Anayra Sophia. Dialah abang kepada gadis comel itu. Abang Hero! Dia lelaki dingin yang sentiasa dengan aura bekunya. Suka menjerkah tak kira masa lagaknya seperti seorang komander.Menetap di bumi Jerman buat masa yang lama, sehingga dia mengambil keputusan untuk pulang semula ke tanah air. Pertemuan semula dengan keluarganya di KLIA dan dia bertemu kembali dengan budak comel yang sekarang ini sudah membesar menjadi seorang gadis yang sungguh jelita. "Jangan panggil aku abang Hero dah lepasni. Aku tak suka. Sebab, kau bukannya adik aku." ANAYRA SOPHIA- Anak angkat di dalam keluarga besar Tuan Denniz dan dia satu-satunya puteri dalam keluarga itu. Dikelilingi oleh abang-abangnya yang sangat overprotective. Dia menjadi sebahagian daripada keluarga itu sejak usianya 9 tahun. Atas belas ihsan, Katerina telah mengambilnya dan dijadikan sebagai anak angkat. Start - 26 March 2022 End - 02 April 2023 [ STAND ALONE BOOK ] [ READ AT YOUR OWN RISK ]
HIS MAFIA SIDE [C] by amnahsyarim
amnahsyarim
  • WpView
    Reads 562,492
  • WpVote
    Votes 15,669
  • WpPart
    Parts 75
"Lapan tahun lagi aku nak jadikan dia isteri aku." - Muiz. Siapa sangka, kata-katanya itu menjadi satu doa yang telah dimakbulkan oleh Sang Pencipta. Sayangnya, gadis yang dia nampak bukanlah gadis yang dia sukai sejak di bangku sekolah lagi. Sebaliknya, gadis itu ialah Mahairah, kakak kepada gadis yang dia sukai. Pertemuan yang tidak disangka telah menjentik semangat Muiz untuk menjadikan gadis itu hak miliknya walaupun dia terpaksa gunakan cara kasar sekalipun. Hal ini demikian kerana dia benar-benar telah jatuh hati kepada gadis itu. "Tugas seorang isteri cuma melahirkan anak dan melayan suami di ranjang. Kerja rumah semua ni biar hubby buat. Sayang tu permaisuri di dalam rumah ni." - Muiz. Mahairah tidak menyangka. Berkahwin dengan lelaki yang pernah dikatakan 'gila' itu membawa sinar bahagia dalam kehidupannya. Namun, kebahagiaan mereka tidak kekal lama setelah Muiz mendapat tahu bahawa Mahairah bukanlah gadis yang pernah dia sukai suatu ketika dulu. "Kau boleh terima hakikat tak yang aku dah tersalah pilih isteri. Sepatutnya aku kahwin dengan adik kau. Bukan dengan kau." - Muiz. "Tapi, kenapa baru sekarang? Lepas Mairah dah jatuh hati pada abang baru abang nak cakap macam ni." - Mahairah. "Bukan salah aku. Aku tersilap orang." - Muiz. Kata orang, cinta tidak boleh dipaksa. Mahairah reda sekiranya cinta Muiz benar-benar untuk adiknya. Mahairah mengalah dalam mempertahankan rumah tangganya. Namun, hubungan mereka semakin bertambah parah setelah Mahairah mendapat tahu bahawa Muiz bekerja bersama ahli kongsi gelap. Dia tidak dapat terima hakikat itu. "Kalau abang boleh cakap abang menyesal kahwin dengan Mairah, Mairah pun menyesal kahwin dengan abang. Mairah jijik dengan abang!" - Mahairah. Mahairah akhirnya pergi membawa diri. Fikirnya, dia selamat daripada neraka ciptaan Muiz, namun dia silap. Diculik oleh suami sendiri? Mampukah Mahairah melarikan diri buat sekali lagi?