Qies reading <3
2 stories
MY 'RUDE' WIFE by ByCikNorCinta
ByCikNorCinta
  • WpView
    Reads 2,519,467
  • WpVote
    Votes 28,579
  • WpPart
    Parts 44
SUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur mungkin menyintai,namun dia bersembunyi. Firdaus mungkin menyayangi,namun dia tidak menyedari. "Yelah,papa minta Melur kahwin dengan abang tapi abi paksa abang kahwin dengan Melur. Tu je bezanya." "Abi tak paksa la. Dia pun minta abang kahwin dengan Melur." jawab Firdaus mendatar. "Habis tu yang hari-hari cakap terpaksa kahwin tu kenapa? Takkan drama semata-mata kot?" "Dah tak nak,memanglah rasa terpaksa." jawab Firdaus perlahan. Melur senyum. "Tup-tup dapat bini cun. Perghh! Dalam hati cakap 'nasib baik aku terima. Kalau tak,melepas. Lawa tu...mana nak cari.' Kan?" kata Melur sambil mengangkat-angkat keningnya. Firdaus menahan senyum melihat riak wajah Melur yang nakal itu. "Perasan." Memang Melur selamba dan selamba itulah yang membuatkan Firdaus marah. Tapi,marah acah-acah dan sombong pun acah-acah. " Abang tak payahlah nak jadikan kisah kita ni klise macam novel yang diadaptasikan ke drama TV tu. Buang masa je." kata Melur memulakan. Firdaus menoleh. "Maksud awak?" "Tengoklah kisah-kisah novel sekarang. Kahwin paksa. Mula-mula tak nak,marah-marah,gaduh-gaduh. Tidur asing-asing. Cakap awak-saya. Lepas tu perlahan-lahan suka dan jatuh cinta. Very cliche. Bersepah kat kedai buku cerita gitu. Kita ni pun dah nak jadi macam tu jugalah. Watak utamanya abanglah. Temanya,kena kahwin paksa." Mampukah isteri yang RUDE itu mematahkan ego seorang lelaki yang bergelar suami? Ya,kekadang Melur dapat merasai kasih Firdaus membaluti hatinya,namun kekadang ianya bagai bayu yang berhembus dan berlalu pergi dari sisinya. Kekadang dirasakan tangannya bersatu dengan tangan Firdaus lalu menerbitkan bunyi tanda mereka saling menyayangi. Namun kekadang dirasakan tangannya terbiar sepi dan bertepuk sendiri. Ya,ianya berbunyi tetapi hanya mimpi. Di mana dan ke mana kasihnya Firdaus pergi? Adakah masih utuh untuk Dee atau sudah berputik untuknya yang setia menanti?
C || Mr. Ice Prefect by fyfyaaa_
fyfyaaa_
  • WpView
    Reads 1,300,984
  • WpVote
    Votes 75,729
  • WpPart
    Parts 35
𝑨𝒅𝒂𝒎 𝑫𝒓𝒚𝒂𝒏 ~ 𝑨𝒚𝒂𝒏𝒂 𝑫𝒂𝒉𝒍𝒊𝒂 " Watch your eyes dude. " Adam Dryan Adam Dryan . Dingin . Garang . Aura yang ada pada dirinya menjadikan semua orang tidak mahu mendekatinya . Badan dan ketinggiannya yang ideal . Wajahnya yang kacak walaupun tiada campuran . Matanya berwarna hitam pekat dan sepet mampu menarik perhatian semua orang tetapi dihiraunya . " Hang ni memang tak reti nak senyum ka ? " " Shut up. " " Move aside please.. " Ayana Dahlia Ayana Dahlia . Cantik . Baik . Sikapnya yang peramah menyenangkan hati semua orang yang mendekatinya . Matanya yang berwarna koko cair mencantikkan lagi wajahnya yang bersih tanpa sebarang cacat cela .Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek " Ayanaaa." " Hang ni awat gedik sangat ni." ----------------------------------------------------- Pertemuan pertama , pertemuan yang tanpa mereka sedar mendekatkan lagi jarak antara mereka berdua. ------------------------------------------------------- Still new here . Give my story a chance , don't forget to vote and leave a comment Enjoy.... Status ~ complete