aspaa09
Selepas SPM, Aina tinggalkan sekolah lama dan melangkah ke dunia baru-kolej, rakan baru, dan rutin yang asing. Tapi satu nama masih melekat di hati: Haris.
Haris yang diam, menjauh, dan menyimpan rahsia sendiri. Setiap mesej yang tidak dibalas, setiap jarak yang sengaja dibiarkan, membuat Aina belajar satu perkara pahit: kadang-kadang, orang yang kita sayang bukanlah orang yang memilih kita dulu.
Dalam diam, Aina belajar menunggu... atau belajar berhenti menunggu. Tapi hati tidak mudah dibohongi. Cemburu, sakit hati, dan salah faham mula menebal. Apabila kebenaran akhirnya muncul, Aina perlu pilih: menahan rasa atau membuka hati untuk cinta yang matang dan pengorbanan.
PERASAAN - kisah cinta selepas SPM, jarak, dan keberanian memilih diri sendiri sebelum memilih orang lain.