meHanan's Reading List
5 kuwento
HER, COFFEE | completed ✓ ni hannazhya
HER, COFFEE | completed ✓
hannazhya
  • MGA BUMASA 156,750
  • Mga Boto 10,794
  • Mga Parte 16
𝐀𝐌𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐃𝐙𝐑𝐀 - Dia sukakan kopi. Cintakan minuman itu sehingga kini bergelar pengusaha francais kopi terkemuka, Her Cuppucino. Dan sebagaimana kopi, sebegitulah Amaya. Keras dan pahit. Tapi, Amaya bencikan kopi hitam! Jangan setitik pun kopi hitam muncul di depan mata! 𝐈𝐙𝐙 𝐈𝐒𝐇𝐑𝐀𝐐 - Dia pengarah muda yang sukakan kopi hitam tanpa gula. Bak katanya, 'ringkas dan padu'. Hanya kerana satu usahasama antara dua syarikat, mereka bertemu. Awalnya, hanya atas urusan perniagaan. Namun, lain yang terjadi apabila Izz tertarik dengan citarasa Amaya. "Awak buka kedai kopi, tapi awak benci kopi hitam?" - Izz Ishraq "Everyone is allowed to have their own preferences." - Amaya Adzra Tetapi, bagi Izz, ada sesuatu yang pelik soal Amaya. Ini bukan hanya soal citarasa, tapi sebuah kisah. Kisah kenapa boleh terbentuknya seorang Amaya yang pahit dan keras seperti kopi. Amaya tak pernah mengharapkan kasih sayang. Baginya, kasih sayang itu mahal harganya. Dia pilih untuk berdiri sendiri. Simpan segalanya sendiri. Kerana itulah dia, Amaya Adzra. Namun, di saat Amaya alami kehilangan terbesar dalam hidupnya, muncul Izz yang menghulur tangan dan kasih sayang. Benteng yang dibina hampir rebah, namun siapalah dia dengan seorang Izz Ishraq, yang jauh lebih hebat? 𝐀𝐦𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐧𝐲𝐮𝐦 𝐬𝐢𝐧𝐢𝐬. "𝑴𝒚 𝒑𝒂𝒔𝒕 𝒊𝒔 𝒆𝒙𝒂𝒄𝒕𝒍𝒚 𝒍𝒊𝒌𝒆 𝒂 𝒄𝒖𝒑 𝒐𝒇 𝒄𝒐𝒇𝒇𝒆𝒆. 𝑰𝒕'𝒔 𝒂𝒔 𝒃𝒍𝒂𝒄𝒌 𝒂𝒔 𝒅𝒆𝒂𝒕𝒉 𝒂𝒏𝒅 𝒂𝒔 𝒅𝒂𝒓𝒌 𝒂𝒔 𝒆𝒗𝒊𝒍." 𝐈𝐳𝐳 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚𝐬. "𝑩𝒖𝒕 𝒂𝒍𝒔𝒐, 𝒂𝒔 𝒘𝒂𝒓𝒎 𝒂𝒔 𝒂 𝒉𝒖𝒈. 𝑨 𝒄𝒐𝒎𝒇𝒐𝒓𝒕. 𝑨 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒔𝒚𝒎𝒃𝒐𝒍." Kerana seperti kopi, Amaya Adzra punya kehangatan di sebalik kepahitan itu.
Peluang Kedua Buatku | (BAKAL TERBIT) ni oniriquefairytale
Peluang Kedua Buatku | (BAKAL TERBIT)
oniriquefairytale
  • MGA BUMASA 6,483,349
  • Mga Boto 100,222
  • Mga Parte 21
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023
BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔ ni nrna__
BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔
nrna__
  • MGA BUMASA 2,684,460
  • Mga Boto 96,075
  • Mga Parte 71
Nur Hana Imani. Kesakitan masa lalu membuatkan dia serik untuk menyayangi dan mencintai mana mana lelaki. Peristiwa itu memberikan impak yang besar sehingga kan dia tidak mampu untuk melupakannya. Sehingga kini, nama lelaki itu, Naufal Uzzam masih melekat di mindanya. Bukan kerana mengingati, tetapi kerana membenci. Pinangan datang secara mengejut menyebabkan gadis itu terpinga pinga. Atas dorongan ibu dan jawapan dari Dia, Hana akhirnya menerima pinangan tersebut tanpa mengetahui siapakah gerangan lelaki itu. Suratan atau kebetulan, mampukah dia menerima takdir tatkala mengetahui lelaki itu ialah Naufal Uzzam? Mampukah peluang kedua memberinya bahagia? • • • • • • Nov 2016 - May 2017 • • 1st Novel • • Amylicious •
Between 2 Love(✔Completed) ni Choco_Lyn
Between 2 Love(✔Completed)
Choco_Lyn
  • MGA BUMASA 1,190,574
  • Mga Boto 43,274
  • Mga Parte 67
@Between 2 Love@Novel ke-3 @Romantik @Wattpads @2018 Dalam kisah aku, ada dua benda yang paling bermakna. Pertama, keluarga aku dan yang kedua adalah persahabatan aku dan Yara. Keluarga aku sempurna dan bahagia begitu juga persahabatan aku juga mengamit kenangan gembira. Namun, kisah siapa saja yang sehingga ke akhirnya adalah bahagia kan? Aku diduga satu persatu cubaan. Yang paling memeritkan, aku kehilangan seorang sahabat yang amat aku cinta dan kasih. Pemergian Yara meninggalkan satu pesan untuk aku sekaligus amanah untuk tunangnya, Aqhif. Dari situ, cerita hidupku bermula. 'Jagakan Lara untuk saya, Aqhif. Saya tiada lagi peluang kedua untuk menjaganya. Hanya awak saja yang saya harapkan untuk menjaga dia. Ambil dia, sebagai pengganti saya.'- itulah utusan yang Yara tulis untuk Aqhif. Ikuti kisahnya dalam 'Between 2 Love'. #Prolog-24/12/17 #Continue 2018
🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷 ni IeraRoselyn
🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷
IeraRoselyn
  • MGA BUMASA 760,486
  • Mga Boto 21,669
  • Mga Parte 64
Selepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya mencari calon isteri dalam masa satu bulan saja. Jika tidak, bonda tercintanya sendiri akan mencari calon isteri untuknya dan dia tidak inginkan itu! Keadaan begitu memaksa untuknya segera mencari sesiapa sahaja yang boleh dijadikan isteri kepadanya dan terus memuaskan hati bonda tercinta. Satu kejadian kemalangan antara Haiyan Aniq dan seorang gadis bernama Aareen Eliya telah menimbulkan salah faham kepada bondanya yang beranggap dia bersama gadis itu adalah pasangan kekasih! Melihat betapa tertarik dan sukanya bonda tercinta kepada gadis itu, dengan terpaksa dia perlu mendapatkan gadis itu menjadi isterinya buat bonda tercinta. Namun, tanpa Haiyan Aniq ketahui, Aareen Eliya mula jatuh hati terhadap lelaki itu sejak mereka mulai rapat selepas kejadian kemalangan tersebut. Walaupun dalam keadaan ragu-ragu, Aareen Eliya tetap menerima kerana dilihatnya cara Haiyan Aniq seperti ikhlas saja mahukan dia menjadi isteri kepada lelaki itu. Tanpa mengetahui sebab utama lelaki itu benar-benar mahukan dia sebagai isteri. Akhirnya, mereka disatukan di dalam satu ikatan perkahwinan dengan kerelaan hati masing-masing. Semakin hari Aareen Eliya bergelar isteri kepada Haiyan Aniq, semakin dia tidak tahu apa tujuan sebenar lelaki itu mengahwininya. Layanan Haiyan Aniq terhadap dia selepas bergelar suami isteri sedikit berbeza dan dingin berbanding sebelum mereka bergelar suami isteri. Ketika bahagia mula digapai Haiyan Aniq dan Aareen Eliya, satu kebenaran terbongkar dan begitu membuat Aareen Eliya kecewa dengan lelaki itu. Ditambah pula dengan masalah rumah tangga yang mula melanda. Start : 7/8/2021 End : 24/9/2021