Fantasy~
4 stories
 Lost Soul Melody [✔️] by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 48,457
  • WpVote
    Votes 6,161
  • WpPart
    Parts 40
Melody membuat dia terluka. Melody mencipta masa silam yang pahit. Melody juga membuat hidup dia tidak bermaya. Tapi apabila dia tersedar semua itu, dia mula melarikan diri dari melody. Meninggalkan melody dan meneruskan kehidupan baru. Pergi dari kesengsaraan dulu. Namun semua memori dulu hampir kembali akibat datangnya seorang lelaki pencipta melody yang baru. Seseorang lelaki yang ingin dia kembali kepada melody. Tetapi tidak mengetahui identiti dia. Dia takut. Takut akan memori dulu kembali lagi. Jadi dia terpaksa sembunyikan identiti itu dan jangan benarkan lelaki itu mengetahui identitinya. Adakah lelaki itu akan mengetahui identiti dirinya? Adakah perempuan itu akan kembali ke dunia melody? P/S. Mungkin description nampak boring tapi cerita ni serius best.
Tears of Melody [✔️] by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 117,697
  • WpVote
    Votes 12,394
  • WpPart
    Parts 121
Hidup aku. Dari dulu tak pernah normal. Aku yang dulunya dijulung sebagai anak jenius dalam bermain piano. Namun semua itu mula hancur apabila aku sudah tidak dapat memainkan benda itu lagi. Keluarga aku membuangku. Mereka tidak menerima aku sebagai keluarga mereka lagi. Mereka juga menganggap aku tidak pernah wujud di rumah itu. Aku sedih, keseorangan dan kesunyian. Hanya kasih sayang yang aku mahukan. Dan setelah semua itu berlaku, aku ditimpa lagi dengan satu lagi ujian hidup aku. "Kalau kau gagal tolong aku dapatkan sekolah tu, adik kau akan jadi mangsa. Aku akan hancurkan dia dan keluarga dia juga." - Karl Nathaniel Claes Itulah kata yang memaksa aku untuk menolong lelaki itu atau lebih tepat abang angkat aku a.k.a tunang aku. Memang aku sudah keluar dari keluarga itu tapi aku masih lagi sayangkan keluarga itu. Aku tidak sanggup melihat mereka terluka. "Siapa keluarga kau. Aku tak pernah ingat aku pernah berkeluarga dengan kau." - Perth Aldrich Ascart Satu kalimat yang menghempas diri ini. Lelaki yang selama ini aku kenal sudah tidak mengenal diri aku. Aku sudah tidak dikenali di keluarga itu. Lelaki itu tidak mahu mengaku aku adalah kakaknya. Aku sedih, sakit dan tersiksa. Satu-satunya ahli kelaurga yang aku sayang sudah membenci aku. Adakah hanya aku yang harus menerima semua takdir ini? Kenapa hidup aku terlalu sukar? Atau aku ini yang terlalu lemah untuk hidup. P/S tolong Baca lost soul melody dahulu sebab cerita ni ada kena-mengena dengan cerita tu Cover by: @AizackMesle Start: 11/5/20 End: 9/11/20
Irene: The Lost Witch 2 [✔️]  by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 165,782
  • WpVote
    Votes 22,807
  • WpPart
    Parts 141
[Sila baca book 1 (season 1 & 2) dahulu. Ini adalah book 2 (season 3) sambungan karya itu.] Setelah 3 tahun Irene menghilang dari Verish, dia akhirnya datang kembali untuk membalas dendam yang tersimpan di hatinya. Semua yang telah dia lalui di kehidupan ini dan masa lalu telah membuat dirinya kuat untuk menahan segala kesakitan yang menimpa. Dan disebabkan itu, dia bertekad akan membalas dendam atas apa yang berlaku walaupun dia terpaksa membayar dengan nyawanya sendiri. Satu persatu rancangan membalas dendam Irene berjaya dilakukan malah dia sendiri telah membuat negara Verish ke arah peperangan. Memang itu rancangan dia selama dan itu berjalan dengan lancar. Namun tidak ada kemenangan tanpa pengorbanan. Dia sekali lagi telah melihat pengorbanan yang tidak sanggup dia hadapi. Bukan itu sahaja, dia juga tersedar bahawa dirinya kini telah menghadapi satu takdir yang diberi nama.. Takdir penyihir kegelapan. Dia tidak dapat lari dari takdir itu namun dia tidak mahu takdir itu menamatkan dendam yang belum dia lunaskan. Oleh itu, dia bertekad untuk melakukan apa sahaja demi dendamnya. Adakah Irene berjaya akan membalas dendam tersebut? Adakah pengorbanan yang berlaku membuat Irene hilang arah lagi? Atau adakah sejarahnya masa lalunya akan berulang lagi? Ikuti kisah ini untuk mengetahui pengakhiran Irene dan rahsia yang berlaku dibalik kehidupannya itu. Start: 8.1.2022 End: 3.7.2022
Irene: The Lost Witch [✔️]  by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 477,423
  • WpVote
    Votes 65,965
  • WpPart
    Parts 200
(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka semua ini akan terjadi tetapi aku tidak menjangka bahawa aku akan kembali semula pada umur aku 17 tahun. Apa yang sudah terjadi? Masa sudah diputarkan. Siapa yang lakukan? Aku mahu mencari siapa orang itu namun aku juga ingin membalas dendam. Membalas dendam atas kematian aku. Sikit demi sedikit aku cuba membalas dendam dan disebabkan dendam aku itu aku mengetahui sesuatu yang disorokkan oleh ayah aku selama ini. Aku tersedar bahawa aku adalah... Start: 1.7.2021 End: 31.12.2021