Nora28695's Reading List
27 stories
CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4 (UNEDITED) by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 586,910
  • WpVote
    Votes 28,828
  • WpPart
    Parts 61
Pertemuan antara dua benua yang berbeza. Tetapi agama yang sama. "Saya akan jaga awak. Awak jangan risau" - Komander Nahdi Sayf. Janji. Janji yang menjadi pengikat mereka berdua. Malah menjadi pegangan buat seorang Komander. "Jangan. Aku harap kau lupakan aku dan cari perempuan lain. Aku tak layak untuk kau. Aku perempuan jahat" - Eva Alilah Rahsia yang disimpan membuatkan dirinya takut. Dia tidak mahu memusnahkan impian seorang lelaki itu. Dia mahu bersama dengan lelaki itu tetapi sayangnya ia agak mustahil. Start : 16 Oktober 2023 End : 1 March 2024 [Story ke-12]
MY HEARTLESS LADY BOSS | MIA AZWARI by rcpublication
rcpublication
  • WpView
    Reads 1,473
  • WpVote
    Votes 53
  • WpPart
    Parts 11
Dingin, tiada belas kasihan dan tegas. Itulah sikap Inara Delisha. Seorang gadis yang tidak suka bergantung hidup dengan sesiapa sejak di usia kanak-kanak. Ditambah lagi dengan kerjaya sebagai arkitek terbaik, menjadi punca dia sukar didekati sesiapa. Namun semuanya mula berubah apabila lelaki itu muncul dalam hidupnya. "Awak siapa untuk saya ingat?" -Inara "Bakal suami awak."- Thaqif Pelik. Inara tak pernah ingat lelaki itu. Kerap kali lelaki itu mengatakan mereka sudah terlalu kerap bertemu. Hari demi hari, lelaki itu semakin berani sehingga berjaya meruntuhkan tembok yang dibina oleh Inara selama 35 tahun. Disebabkan ada 'sesuatu' yang perlu Inara mahu miliki, dia menerima lamaran lelaki itu. Dengan syarat, perkahwinan mereka tidak didedahkan. Bahagia yang dibina oleh Inara tidak kekal lama apabila rahsianya terbongkar. "Abang fikir, Nara ikhlas terima abang tapi hakikatnya abang hanya dipergunakan."- Thaqif Inara tak mampu membela diri. Dia masih cuba menyelamatkan rumah tangga mereka tapi semuanya sudah terlambat. "Abang nak kita berpisah."- Thaqif Permintaan lelaki itu menyedarkan Inara yang dirinya tak layak untuk bahagia. Bagi Inara, dia tidak akan sesekali merayu untuk seorang lelaki. Benarkah Inara tidak pernah mencintai Thaqif? Atau selama ini, hanya Thaqif yang bertepuk sebelah tangan?
Darrius' Love Devotion by LifeSlave
LifeSlave
  • WpView
    Reads 60,117
  • WpVote
    Votes 2,909
  • WpPart
    Parts 29
🚨BACAAN DEWASA🚨 RAJA AQIB DARRIUS | IVANNA ALAIA "I akan cari pembunuh you sehingga ke lubang cacing"- Raja Aqib "Tolong cintai dia, sayang...Love her more than I do." "Hati I bukan bola yang you boleh tendang sesuka hati. I ada perasaan! Dan jika perasaan dan kasih sayang I pada you tidak bermakna apa-apa, ceraikan I, Aqib. Lepaskan I. You tak cintakan I. You cintakan dia."- Ivanna Alaia WARNING ALERT 🚨 THIS STORY MAY CONTAIN: ⛔️ Some Mature contents / Adults content ⛔️ Harsh words ⛔️ cliche storyline ⛔️ Red flag hero ⛔️ heavy conflicts All right reserved: @LifeSlave
Astana Cinta ✔️ by mirain_181
mirain_181
  • WpView
    Reads 146,780
  • WpVote
    Votes 3,198
  • WpPart
    Parts 44
Tengku Rayyan Ghafran, jejaka tinggi lampai serta bekerjaya sejak usia muda. Dengan kelicikan yang dia ada, tidak ramai yang tahu dia telah berkahwin dengan isteri pertama , dan juga menikahi isteri keduanya demi zuriat. Zafeera Liana, gadis lembut yang dinikahi Tengku Rayyan. Beritahulah dia bodoh atau apa, kerana tanpa dia mengetahui, dia sebenarnya telah dipergunakan suami sendiri. Aisyah Hanim, wanita berhati suci, sanggup mengetepikan diri sendiri dengan membenarkan suaminya untuk menikah kali kedua. Hatinya berkecai setiap kali melihat mereka bersama, namun Aisyah yakin itu sementara. " Man can make mistakes, but only idiot run from it" -TENGKU RAYYAN GHAFRAN " Girl cries , but woman can be more than that" -ZAFEERA LIANA " Loving and letting go are the same thing " - AISYAH HANIM MOST IMPRESSIVE RANKING 🏆 1 for #sedih story 🏆 1 for #poligami story
JIBRAEL by NovelisSuciHidayat
NovelisSuciHidayat
  • WpView
    Reads 68,003
  • WpVote
    Votes 681
  • WpPart
    Parts 11
"Aku nak kau tahu yang aku tak perlukan cinta. Aku takkan cintakan kau. Dan kau jangan cuba-cuba untuk jatuh cinta dengan aku. Aku hanya mahukan anak benih aku sendiri. Dan aku pilih kau, untuk lahirkan anak aku. Itu fungsi kau di sini. Sebaik sahaja kau lahirkan anak aku, tugas kau selesai. Dan kau boleh pergi sebaik sahaja aku lafazkan talak." - Ku Jibrael. Bagaikan banduan yang menunggu detik kematian di tali gantung, begitulah takutnya Dara menghitung detik melahirkan anak yang dikandungnya. Kerana bersama dengan kelahiran zuriat itu nanti, akan ternoktah jua hubungan di antara dirinya dengan Jibrael dan memisahkan dia dari darah dagingnya yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari. "Tugas saya dah selesai. Saya dah bersedia untuk diceraikan. Saya berjanji tak akan tuntut apa-apa lagi dan takkan sesekali mengaku bahawa sayalah yang perempuan yang melahirkan Ku Jaziel bin Ku Jibrael." - Dara Adalia. Apakah takdir Tuhan Yang Maha Penyayang itu sekejam perancangan Jibrael?
Tuan Zarief Khairil (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 2,022,956
  • WpVote
    Votes 79,287
  • WpPart
    Parts 66
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pulang ke Malaysia. Bertahun tahun jugalah dia hidup sendirian di negara orang tanpa bertanya khabar tentang orang tersayang hingga dia menjadi terlalu selesa berseorangan. Namun apabila datuknya menggunakan kuasa veto sepanjang menjadi orang yang menjaga dan mendidik Faryna Aireen sedari kecil, terus membuatkan Faryna Aireen menurut tanpa sebarang bantahan. "Tok Ayah nak Ai balik ke Malaysia secepat mungkin. Tiada kata tidak, tiada alasan. Tok Ayah tak mahu cucu Tok Ayah hidup seolah olah hanya sebatang kara." - TUAN IBRAHIM. Tapi apabila sudah pulang ke Malaysia, lain pulak ceritanya! Aih! Tiba tiba Tok Ayah suruh Faryna Aireen berkahwin! "Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" - FARYNA AIREEN. Bertunang dan bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali dan bertemu membuatkan Faryna Aireen rasa menyesal pulang ke sini namun apa lagi yang dia boleh buat apatah lagi saat Tok Ayah dah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat dia disatukan dengan lelaki pilihan Tok Ayahnya? "Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai." - TUAN ZARIEF KHAIRIL. Bolehkah Faryna Aireen menerima Tuan Zarief Khairil sebagai suami? Bolehkah Tuan Zarief Khairil bertahan dengan kerenah si bakal isteri yang kadangkala memeningkan kepala? TUAN ZARIEF KHAIRIL