🦋✨
5 stories
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,679,087
  • WpVote
    Votes 407,803
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
»ERROR« [ZombieMalay] by Ly_Arlay
Ly_Arlay
  • WpView
    Reads 161,746
  • WpVote
    Votes 15,838
  • WpPart
    Parts 34
"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak bila wabak tersebut muncul, namun ia tersebar dengan pantas malah belum ada penawar! Ana tekad untuk keluar dari daerah tersebut dengan selamat bersama rakan-rakannya. Namun semua itu bukanlah mudah. Sesiapa yang dijangkiti akan menjadi tidak waras dan hilang kawalan, mungkin lebih teruk. Tidak ada pilihan selain 'menghapuskan' mereka yang dijangkiti. Semua dugaan yang Ana dan rakan-rakannya hadapi adalah diluar batas kemampuan mereka. Terselamatkah mereka? Apakah yang sebenarnya berlaku disebalik misteri wabak tersebut? Dan sanggupkah Ana 'menghapuskan' andai ada antara rakannya dijangkiti? Ketahui dalam kisah ini
»Abolition« [ERROR#2] by Ly_Arlay
Ly_Arlay
  • WpView
    Reads 75,295
  • WpVote
    Votes 8,261
  • WpPart
    Parts 31
Sequel kepada »ERROR« Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak misteri terus merebak. Namun benarkah ia boleh dihalang? Wabak misteri akhirnya diberi nama, Ex16. Semua sangka ianya terhapus sekali bersama-sama dengan daerah Kudat tetapi sangkaan mereka meleset. Dalam kekecohan, Peter tekad untuk mencari Ana. Untuk menyelamatkan dunia, mereka perlu menyelamatkan satu-satunya penawar bagi wabak Ex-16 itu terlebih dahulu. Tetapi bagaimana jika... "Ana, saya perlu beritahu awak sesuatu. Dan saya harap awak bersedia." Dr Christine mengangkat wajahnya merenung Ana. "Apa dia?" "Awak telah dijangkiti."
Rescue Me, Tuan Inspektor! by izzmanibells
izzmanibells
  • WpView
    Reads 14,937
  • WpVote
    Votes 656
  • WpPart
    Parts 20
Pergi saja kekasih pertamanya Hariz, separuh jiwa Tiara turut pergi bersama Hariz. Hariz pergi meninggalkan Tiara depan matanya sendiri tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal. "Sudah la, orang yang mati tu juga kau nak tunggu-tunggukan. Aku depan mata kau tak nak pandang" - Firdaus "Abang Daus sedar tak apa yang abang cakap ni? Abang Daus sekarang abang ipar Tiara tahu tak?!" - Tiara "Kau ingat aku nak sangat ke dengan kakak kau? Aku kahwin dengan dia pun sebab aku nak kau" - Firdaus "Dasar psiko!" - Tiara Firdaus, lelaki psiko yang taksub akan Tiara sejak dari sekolah rendah lagi walaupun kini Firdaus telah menjadi abang ipar Tiara. "Jangan sentuh Tiara!" - Tiara "Kau jerit lah kuat macam mana sekali pun. Tak akan ada sorang pon boleh tolong, sebab dalam rumah ni hanya ada aku dan kau saja" - Firdaus Jika dulu Hariz sering menjadi tempat pelindung dan penyelamatnya namun kini tidak lagi. "Saman tetap saman" - Uwais "Kan saya dah kata, saya tertinggal purse! kenapa Tuan tak faham?" - Tiara "Saya atau awak yang tak faham? undang-undang negara adalah undang-undang yang perlu dipatuhi. Awak siapa nak pertikaikan undang-undang dan kerja saya?" - Uwais Di pertemuan kali pertama mereka tidaklah seindah orang lain. Sering saja bertikam lidah, tak kira yang muda atau yang tua dua-dua tak nak kalah. "Tia nak kahwin" - Tiara "Tak boleh! Tiara tak boleh kahwin! Tiara muda lagi jadi Daus rasa biarlah Tia fokus pada hidup nya dulu" - Firdaus Takut menguasai diri, otak dan akal Tiara juga ligat memikirkan apa yang dikatakannya tadi. Itu semua spontan, dirinya langsung tak merancang untuk berkahwin. "Tia nak kahwin dengan siapa?" - Tasnim "Dengan saya" - Uwais Maka bermula lah kisah di antara Tiara dan Tuan Inspektor Uwais. Bolehkah anjing dan kucing menjadi burung merpati sejoli yang bahagia? Adakah Firdaus akan berdiam diri? Semuanya akan terjawab dalam.. "Rescue me, Tuan Inspektor!" - Tiara