La Vies Story 𐙚
6 stories
Langkah Cinta by Avelistine
Avelistine
  • WpView
    Reads 46
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 3
Versi pertama pertemuan mereka, tiada apa pun yang menarik tentang Haidar Ridzwan. Dengan jubah putih labuhnya. Dengan sifat acuh tak acuhnya. Lelaki itu hanyalah orang tak dikenali berlidah tajam yang menyelamatkannya ketika dia mabuk. Ya, mabuk. "Lelaki muslim memang sombong ke?" -VICTORIA VYOIRE "Perempuan non-muslim memang over friendly ke? Kami sombong bersebab. Seorang muslim perlu tundukkan pandangan. Jaga batasan. Jaga iman." -HAIDAR RIDZWAN Versi kedua pertemuan mereka, tak sangka dia ada bakat terpendam. Seorang yang terobsesi untuk menangkap setiap momen indah. Sedetik pun tidak akan terlepas daripada lensa kameranya. Setiap pemandangan, ekspresi, dan warna kehidupan baginya adalah seni yang perlu diabadikan. "Setiap detik dalam hidup ini amat berharga. Siapa tahu, mungkin kita tak akan dapat lihat detik terindah itu lagi. Jadi, biarlah saya abadikan setiap detik indah itu." -HAIDAR RIDZWAN Siapa sangka, lelaki yang pada pandangannya biasa-biasa sahaja dan tidak mempunyai sebarang keistimewaan dapat menjentik setangkai hati miliknya. Mewujudkan situasi yang tak pernah terdetik dalam benaknya. Pertemuan demi pertemuan, Victoria mula melihat sesuatu yang berbeza dalam diri Haidar. Di sebalik sifat dinginnya, ada nilai-nilai yang dia tak pernah fahami sebelumnya. Setiap perbuatannya penuh maksud. Setiap batasan ada sebabnya. Sedikit demi sedikit, dia tertarik untuk mengenal Haidar dengan lebih mendalam. Sifat Haidar yang begitu membatasi diri menimbulkan rasa ingin tahu. Namun, di sebalik rasa ingin tahunya, Victoria mula berdepan dilema. Dia terpaksa memilih antara meneruskan hidup seperti biasa atau membuka hatinya kepada dunia baru yang dibawa oleh jejaka ini. Dalam setiap detik yang mereka lalui, rasa ingin tahunya semakin membesar, dan begitu juga keinginannya untuk mengenali dunia Haidar. Ketika hati semakin dekat, halangan di antara mereka kian jelas. Mampukah mereka bersatu, atau perbezaan itu akan memisahkan mereka untuk selamanya?
Yang Tertulis Antara Kita  by kiraes
kiraes
  • WpView
    Reads 21,465
  • WpVote
    Votes 1,323
  • WpPart
    Parts 28
Azan Asar baru sahaja berkumandang. Hanya desiran angin menyelinap masuk ke ruang solat wanita, bersama bunyi serakan kain telekung yang tergesa-gesa dibetulkan. Aisyah Az-Zahra bergegas membetulkan lipatan telekung di bawah dagunya. Belum sempat dia berdiri tegak, suara imam mula kedengaran. Dalam diam, langkahnya terhenti. "Allahu Akbar..." Takbir itu... lembut, tetapi ada ketegasan yang menusuk jauh ke hatinya. Aisyah terpaku. Tangannya yang memegang sejadah sedikit terlepas. "Ya Allah, suara ni..." - Aisyah Az-Zahra Dia segera berdiri lalu beristighfar kecil dalam hati. "Astaghfirullahaldzim Aisyah, jangan fikir bukan-bukan..." - Aisyah Az-Zahra Namun, apabila imam mula membaca surah Al-Fatihah, dada Aisyah kembali bergetar. "Bismillahirrahmanirrahim..." Suara itu mengalun tenang, dengan nada yang sama seperti dahulu iaitu nada yang pernah menenangkan jiwanya, yang selalu membuatnya rasa selamat. Kelopak mata Aisyah mula membasah dan timbul satu soalan di dalam hatinya. "Abi...?" - Aisyah Az-Zahra Dia cuba menahan diri. Namun, setiap kali imam membaca ayat Al-Quran dan bacaan solat, fikirannya tidak tentu arah memikirkan suara itu lalu satu wajah terpampang dalam fikirannya. Akhirnya, air matanya kini jatuh di pipinya. Setiap huruf, setiap getaran suara itu seperti menyentuh hati yang telah lama kosong. Selepas salam terakhir, Aisyah masih duduk di atas sejadahnya. Hatinya berdegup laju, mata tak lepas dari tabir pemisah. Fikirannya masih berteka-teki dengan suara imam tersebut. Siapakah sebenarnya di sebalik suara itu, sehingga setiap alunan ayatnya mampu menggoncangkan ketenangan di hati Aisyah Az-Zahra?
AEDEN SHAUQEEN [C]: BOOK 1 by jeshadhirah
jeshadhirah
  • WpView
    Reads 1,907,105
  • WpVote
    Votes 82,024
  • WpPart
    Parts 58
[𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄] " 𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐞𝐝𝐞𝐧'𝐬, 𝐭𝐨𝐮𝐜𝐡 𝐡𝐞𝐫 𝐚𝐧𝐝 𝐲𝐨𝐮'𝐥𝐥 𝐝𝐞𝐚𝐥 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐦𝐞 " - Tengku Aeden Shauqeen " 𝐈'𝐦 𝐭𝐡𝐞 𝐨𝐧𝐥𝐲 𝐨𝐧𝐞 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐞𝐝𝐞𝐧 𝐒𝐡𝐚𝐮𝐪𝐞𝐞𝐧 " - Haraa Qalisha " 𝐌𝐲 𝐥𝐨𝐯𝐞𝐥𝐲 𝐩𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐪𝐮𝐞𝐞𝐧, 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐚 𝐐𝐚𝐥𝐢𝐬𝐡𝐚 " - Tengku Aeden Shauqeen " 𝐇𝐞𝐲, 𝐝𝐨𝐧'𝐭 𝐜𝐫𝐲 𝐬𝐰𝐞𝐞𝐭𝐡𝐞𝐚𝐫𝐭, 𝐞𝐯𝐞𝐫𝐲 𝐭𝐞𝐚𝐫 𝐲𝐨𝐮 𝐬𝐡𝐞𝐝 𝐡𝐮𝐫𝐭𝐬 𝐦𝐞 " - Tengku Aeden Shauqeen " 𝐃𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐧𝐮𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐮, 𝐝𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐥𝐮𝐬𝐡𝐢𝐧𝐠? " - Tengku Aeden Shauqeen Bermula sebagai seorang gadis perkerja part-time, yang mencari rezeki bagi melangsaikan hutang peninggalan arwah ayahnya, tanpa sengaja telah menarik perhatian jejaka pujaan ramai. Percintaan diantara dua darjat yang bermula dengan pertemuan tanpa sengaja, Dan berakhir dengan keindahan perkahwinan yang tiada siapa duga, Kasih sayang yang semakin dalam diantara Haraa Qalisha dan Tengku Aeden Shauqeen memupuk hadirnya cinta suci diantara mereka, Namun dendam dan sifat cemburu orang lain menjadi penghalang diantara kesucian cinta, Serta identiti rahsia yang tidak pernah diketahui oleh orang lain, Mampukah Haraa Qalisha dan Tengku Aeden Shauqeen mempertahankan hubungan mereka?, Atau turut terbuai di dalam dendam seseorang yang ingin menghancurkan syurga indah Haraa Qalisha dan Tengku Aeden Shauqeen. 🌼 Cerita ini hanya rekaan semata-mata tiada kaitan diantara yang hidup mahupun meninggal dunia. 🌼100% Jalan cerita ini datang dari idea dan imaginasi saya. START : 11 JULY 2022 END : 23 SEPTEMBER 2022
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,566,311
  • WpVote
    Votes 257,485
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
Evara Myrlana | OG by Lillavies
Lillavies
  • WpView
    Reads 10,087
  • WpVote
    Votes 662
  • WpPart
    Parts 48
TRI-POV "Play the card, but don't reveal your cards" Menceritakan perjalanan hidup seorang Evara Myrlana yang penuh dengan lika-liku dan duka. Semuanya berpunca daripada fitnah orang mengatakan bapa kandungnya, Evrin ialah seorang pengedar dadah dan terbunuh ketika melarikan diri daripada ditangkap polis. Namun, keperitan hidupnya bertambah dengan kehadiran bapa tirinya, Hazrul yang merupakan sahabat baik kepada bapa kandungnya. Pada awalnya, mereka beranggapan kehadiran Hazrul merupakan sebuah keberkataan untuk menggantikan figur seorang ayah kepada Evara dan Emir. Malangnya, semua itu hanyalah sebuah angan-angan semata. Hazrul ialah seorang kaki botol dan suka berjudi. Emira dijadikan sebagai seorang hamba untuk mencari rezeki bagi memenuhi keperluan Hazrul untuk bersenang-senang. Lelaki itu akan mengamuk apabila permintaannya tidak dilaksanakan. Dan apabila Qhaleef Al-Hendra kembali, dia turut menghadirkan kemanisan di dalam hidup Evara dan keluarganya. "I'll do anything to protect your family." Satu persatu rahsia mula terbongkar apabila sekumpulan gangster hadir ke rumah keluarga Evara untuk membawa gadis itu kerana dinyatakan Hazrul telah menjual anak tirinya untuk melunaskan hutang yang berpuluh ribu kerana berjudi. Untungnya, Qhaleef menjadi penyelamat keluarga itu. Lima tahun berlalu, entah mengapa secara tiba-tiba tiada lagi khabar tentang lelaki itu. Dia seolah menjauhkan diri daripada Evara tanpa sebab yang tidak pasti. Evara juga memilih untuk meneruskan kehidupannya tanpa seorang Qhaleef. Suatu hari, takdir menyatukan mereka kembali. Pertengkaran mula berlaku, masing-masing meminta penjelasan atas kehilangan hubungan mereka selama lima tahun ini. Mengapakah semua ini berlaku? dapatkah hubungan mereka bersatu kembali dan bagaimana mereka hendak menubuhkan bibit cinta di dalam hati masing-masing?