nija
113 قصة
𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐦𝐚 | C  بقلم missdiraa
missdiraa
  • WpView
    مقروء 273,983
  • WpVote
    صوت 14,328
  • WpPart
    فصول 53
𝐈𝐝𝐫𝐢𝐬 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐚𝐥 | 𝐓𝐚𝐬𝐧𝐢𝐦 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐚 "Bunga akan mekar bila dijaga dan dihargai betul-betul. Tapi kalaulah seorang pun tak boleh jaga dan hargai, lambat-laun bunga tu akan layu." Hidup adakalanya seperti bunga. Ada masanya ianya mekar, ada masa ianya layu. Tasnim Adela tidak pernah menyangka sebuah khabar mampu menghancurkan sesuatu yang telah susah payah dibinanya semula. Namun, melihat masa lalu memilih untuk bahagia bersama orang lain membuatkan segala yang dipendam kembali berdarah. Hinggalah dia bertemu dengan Idris Eshaal. Lelaki yang berdiri di persimpangan luka yang sama. Lelaki yang memahami perasaan itu tanpa perlu Tasnim menjelaskannya dengan kata-kata. "E-Eshaal?" - 𝐓𝐀𝐒𝐍𝐈𝐌 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Pertemuan itu tidak pernah diduga Tasnim. Dan siapa menyangka, pertemuan pertama itu juga boleh mengubah segala-galanya dalam hidup mereka. "Tanya kenapa lagi, kau tak nampak ke yang aku tengah lamar kau ni." - 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋 "Nak melamar perempuan bukan macam ni caranya. Cara awak tu nampak macam memaksa, bukannya romantik." - 𝐓𝐀𝐒𝐍𝐈𝐌 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Maka dari situ, termeterailah satu ikatan yang tidak pernah dirancang oleh hati. Tanpa cinta. Tanpa harapan. Dan tanpa janji untuk saling memiliki. Tetapi, ada perkara yang sukar dikawal apabila dua jiwa yang pernah patah dipaksa berjalan seiring. Sedangkan semakin mereka cuba meletakkan batas, semakin takdir menemukan alasan untuk meruntuhkannya satu demi satu. Kerana kadangkala, orang yang hadir untuk membantu kita melupakan seseorang... akhirnya menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan. Persoalannya, adakah hubungan ini sekadar jalan keluar daripada masa lalu? Atau sebenarnya permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah mereka rancang?
That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅ بقلم Dallyshaz
Dallyshaz
  • WpView
    مقروء 1,805,386
  • WpVote
    صوت 49,833
  • WpPart
    فصول 106
[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis. --- "Okay. Straight to the point mama cakap Putri dan Syed akan berkahwin." beritahu Puan Maria terus terang. Taknak berdolak-dalih lagi. "Whatt?" serentak gadis dan lelaki itu menjerit. Bingitlah telinga keempat-empat orang tua sekeliling mereka. --- "Eh eh budak kecik ni kenakan aku pulak arghh tercabarnya. Tunggu kau budak aku balas semula haha." tersenyum sinis Syed Aqil Mikhael. --- "Ai Encik Abang Sombong tayar pancit ye hahahahahaha" berdekah-dekah Putri ketawakan Syed. "Stop laughing you little annoying girl." marah Syed. Ego mereka yang sangat kuat disebabkan mereka asyik bertengkar dan selalu tidak sebulu. Tetapi adakah perkara itu akan berkekalan? --- Syed Aqil Mikhael & Putri Emylia Irdina. STUDENT versus LECTURER!!! --- Agak- agak apa yang akan jadi bila dua orang yang tak suka antara satu sama lain berkahwin? "Taknak." bantah Putri. "Kau pilih satu. Nak aku tukarkan untuk kau ke kau tukarkan sendiri? Choose wisely baby." bisik Syed lembut dengan usikkan dan senyuman nakal yang terpampar di bibirnya --- "Hai sayang, I miss you." Apabila, cinta mula berputik. Ada sahaja pemusnah kebahagiaan itu, Melissa Shahira bekas kekasih Syed Aqil Mikhael kembali menagih cinta lama. Jadi apakah pengakhiranya? Suka atau duka? Jemput-jemput bacalah. Vote and comment ❤️❤️. It's my first story. Sorry kalau ayat tak power! 🙏🏻. Kalau kau copy, kau bongok punya orang!!! Achievement: #1 lovestory #1 kahwinpaksa #1 arrangedmarriage #2 arrangedmarriage #2 kahwinpaksa #4 kahwinpaksa #4 love #3 cheesy #4 cheesy #8 cheesy #9 cheesy #6 lecturer
HIS YEARNING SIDE [ C ] ⚠️🔞 - 2 بقلم moonjni
moonjni
  • WpView
    مقروء 608,550
  • WpVote
    صوت 44,413
  • WpPart
    فصول 69
[ SPINOFF HIS MISSING PART ] ‼️ Friendly reminder: Some parts of this story touch on mature topics. Feel free to read only if you're comfortable. - Segalanya yang ada dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata. Sama ada dari segi tempat, syarikat, kekayaan, nama dan sebagainya. Jangan triggered kalau baca dan perasan ada yang tak logik. Sebab ini adalah rekaan dan imaginasi yang terlalu dahsyat. Peace no war✌️ Update : 8.30 malam - "Kalau kau baik sangat, kau tak akan rampas kebahagiaan aku! Aku tak nak jadi isteri pada lelaki macam kau!" Suara tengkingan yang cukup nyaring dapat didengar oleh Qamar. Bibirnya langsung menjungkit senyum sinis. Tangan halus itu terus dicengkam kuat dan tubuh itu ditolak ke dinding. "Tapi kau adalah cagaran atas ketamakkan ayah kau sendiri. Jadi bersedia untuk terima semua yang akan jadi lepas ni. Milik aku tak akan aku lepaskan dengan mudah." Suara gemersik itu diluah dengan sinisnya. Qamar tatap mata biru itu dalam-dalam. Istimewanya wanita itu cukup lain pada dirinya. Sekali dia memilih wanita itu sebagai miliknya, selamanya dia tidak akan lepaskan. Start : 9 November 2025 End : 18 March 2026 [ Story ke 21]
When We Love Again بقلم lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    مقروء 398,275
  • WpVote
    صوت 30,671
  • WpPart
    فصول 56
[3rd romance - stand alone] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
Love, Unspoken بقلم lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    مقروء 664,320
  • WpVote
    صوت 32,528
  • WpPart
    فصول 45
[2nd romance - stand alone] Qayl Zachary | Dian Antasya Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah. beautiful cover: @pplyoumayknow
+14 أكثر
Vow Of Hope بقلم lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    مقروء 1,906,994
  • WpVote
    صوت 67,878
  • WpPart
    فصول 81
[1st romance - stand alone] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai? beautiful cover: @pplyoumayknow
Dendam Dalam Cinta [REVAMPED] بقلم marleenotme
marleenotme
  • WpView
    مقروء 753,634
  • WpVote
    صوت 22,769
  • WpPart
    فصول 85
"So keturunan Ghaz la ni? So kenapa dengan mamat tu? Kenapa tiba-tiba topik pasal dia?" - Yusra "Aku... minat dekat dia." - Eliya Saat itu, pertama kali Yusra mendengar nama itu. Ghaz Syahrin. Nama yang pada awalnya asing, kini menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Yusra cuma gadis biasa yang datang dari keluarga sederhana. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya menempatkan diri di universiti berprestij, dikelilingi anak-anak bangsawan. Tapi segalanya berubah selepas kematian sahabat baiknya, Eliya. Hidupnya musnah sekelip mata. Yusra dipaksa berhenti pengajian, dan lebih kejam. Dia dituduh sebagai pembunuh Eliya. Dunia yang pernah terang, kini gelap sepenuhnya. Lebih parah, Ghaz Syahrin, lelaki yang dulunya hanya nama dalam perbualan ringan, kini menuntut balas. Dendamnya membara atas kematian kekasihnya, dan Yusra menjadi sasarannya. "Jangan sentuh aku, Ghaz Syahrin. Aku jijik!" - Yusra "Kalau kau jijik, aku sepuluh kali ganda jijik dengan pembunuh macam kau." - Ghaz Syahrin Antara cinta yang tak sempat berputik dan dendam yang tak mahu padam, mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang tiada penghujungnya.
Ziyad Hayder ✔️ بقلم _EISHA
_EISHA
  • WpView
    مقروء 1,464,457
  • WpVote
    صوت 101,600
  • WpPart
    فصول 73
COMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripada bekas tunang dia. Kali kedua berjumpa, kena marah sebab terlanggar dia di lapangan terbang! ❝I dah terlanggar encik dan I dah minta maaf. Encik kenapa nak marah-marah I pula?❞ - Sarah Sofea Tidak Sarah sangka rupa-rupanya 'Mamat Kerek' yang Sarah tak suka itu merupakan abang kepada sahabat dia. Entah, mungkin ini merupakan pakej 'two-in-one'. Mahukan ayah, anak sekali dapat. ❝Abang kau duda?❞- Sarah Sofea ❝Yes duda... hot kan? Hm...❞- Tuan Zayra Hayder Tak dapat dinafikan, sejak-sejak Ziyad menjadi seorang lelaki yang bergelar 'single daddy' ini, aura dia lain macam! ❝Do not hate me too much little girl.❞ - Ziyad Hayder ❝Selisih malaikat 44!❞ - Sarah Sofea Jika sudah dinamakan jodoh, benci mana sekalipun, tetap akan ditakdirkan bersama! ❝Then let's make it halal.❞- Ziyad Hayder Ziyad dan Sarah secara tiba-tiba menjalinkan ikatan cinta. Semuanya berlaku tersangatlah tiba-tiba dan tidak disangka oleh kedua-dua belah pihak. Namun begitu, mereka bahagia sehinggalah... Covid-19. Jodoh, Ajal dan Maut semuanya di tangan Tuhan. Siapa kita hendak menentukan? Mereka sudah berpisah. Banyak sudah air mata yang mengalir kerana perpisahan yang tidak diinginkan. Namun, nama mereka berdua sudah tertulis di luh mahfuz. Berpisah macam mana sekalipun, pasti akan dipertemukan semula kerana takdir dan jodoh. ❝Assalamualaikum isteri...❞ - Ziyad Hayder ❝Aku tak suka lihat mereka bahagia.❞ ❝Sarah takut, abang.❞ - Sarah Sofea Mampukah mereka untuk mengharungi cabaran setelah mereka menjalinkan hubungan yang halal? All Rights Reserved ©_EISHA START : 9 OCTOBER 2021 END : 22 JUNE 2024 ©2021
+15 أكثر
Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️ بقلم escritordyanne
escritordyanne
  • WpView
    مقروء 3,807,425
  • WpVote
    صوت 142,768
  • WpPart
    فصول 78
1st Addiction Series Tuan Emir El Tamir | Airis Felora ⚠️ Pembaca matang ⚠️ Plagiat dilarang keras Highest ranking: #1 in marriage #1 in malaywattpad #2 in wattpadmelayu #2 in action #2 in marriage #3 in malaystories Start : 11 November 2023 End : 21 Januari 2024
HIS MISSING PART [ C ] ⚠️🔞 - 1 بقلم moonjni
moonjni
  • WpView
    مقروء 1,841,209
  • WpVote
    صوت 95,291
  • WpPart
    فصول 95
‼️ Friendly reminder: Some parts of this story touch on mature topics. Feel free to read only if you're comfortable. - Segalanya yang ada dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata. Sama ada dari segi tempat, syarikat, kekayaan, nama dan sebagainya. Jangan triggered kalau baca dan perasan ada yang tak logik. Sebab ini adalah rekaan dan imaginasi yang terlalu dahsyat. Peace no war✌️ Update : 8.30 malam Start : 21 JUNE 2025 End : 30 OCTOBER 2025 [ Story ke-20 ]