</3.
3 stories
RIYANARA | YOU'RE THE ONE by yuyuaira
yuyuaira
  • WpView
    Reads 494,028
  • WpVote
    Votes 21,792
  • WpPart
    Parts 83
[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau dahulu, di dalam dinginnya dia masih murah dengan senyuman. Namun, selepas kejadian itu, sukar sekali untuk melihat senyumannya. Kalau ada pun hanya senyuman sinis. Baginya, senyumannya telah hilang sebaik sahaja jasad tunangnya berpisah dari roh. Dia telah bernekad untuk membalas dendam atas perbuatan orang yang diyakini membunuh tunangnya itu. Baginya, orang yang melanggar tunangnya tidak berhak bahagia. ARALYN HUSNA Seorang gadis yang ceria, lemah lembut, cantik, pandai dan mudah disenangi ramai. Suka membantu orang sekeliling membuatkan dia sangat disayangi. Namun, satu tragedi telah memaksa gadis itu membawa diri ke tempat orang. Dua tahun dia di Singapura, akhirnya dia pulang ke tanah air untuk menghadiri majlis perkahwinan dua orang sahabatnya. Kepulangannya menjadi berita gembira apatah lagi di saat dia menyatakan bahawa kepulangannya itu adalah selamanya. Pertemuan RIYYAN AQASHAH dan ARALYN HUSNA merubah kehidupan dua insan itu. Hidup ARALYN menjadi lebih rumit apabila dia dilamar oleh RIYYAN tanpa pengetahuannya. Perkahwinan yang berpunca dari dendam membuatkan gadis itu dimaki, dihina dan dijadikan tidak ubah seperti seorang hamba. Namun, di saat hati mulai menerima, satu tragedi telah menimpa ARALYN membuatkan gadis itu menghidap amnesia. Perubahan layanan dan sifat gadis itu membuatkan RIYYAN berasa kehilangan yang lebih berat berbanding kehilangan tunangnya dahulu. Pelbagai cara dilakukan untuk menangi hati si isteri semula. Mampukah RIYYAN meraih cinta si isteri semula atau kata pisah menjadi pengakhiran? *** Diinspirasikan dari drama bersiri Thailand yang bertajuk "kluen chewit" tetapi banyak yang diubah. ----- START: 1/11/2021 PUBLISH: 29/01/2022 END: 11/07/2022
Dear, Dr. Leo by yenasatoru
yenasatoru
  • WpView
    Reads 710,682
  • WpVote
    Votes 51,137
  • WpPart
    Parts 39
Tidak pernah langsung terlintas di dalam fikiran Pearl Helena bahawa pensyarahnya sebenarnya seorang mafia. Dia dapat mengetahuinya apabila terdengar perbualan pensyarahnya bersama lelaki yang tak dikenali. "Dr, are you kidnapped me?" - PEARL HELENA "As you can see, yes" - LEO CALLISTO DEVLIN Apa yang akan jadi kepada Pearl Helena apabila mengetahui rahsia seorang mafia? dibunuh? dikurung? atau dilepaskan. [Karya Pertama] - Don't judge too harsh, i'm still new (・'з'・) Start : 29.8.2021 End : -
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,527,238
  • WpVote
    Votes 256,871
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.