26 stories
SALING by froszrine
froszrine
  • WpView
    Reads 49,284
  • WpVote
    Votes 6,795
  • WpPart
    Parts 40
"Teja dengan Haidar tu, kalau kahwin nanti anak dia orang spirit doll agaknya." -Isa. ⚠️ TRIGGER WARNING: BULLYING// CURSE & HARSH WORDS // BLOOD// MENTAL HEALTH // SUICIDE // DEATH // etc. ⚠️
[ C ] BLOODY DANCER by elvnaa
elvnaa
  • WpView
    Reads 570,194
  • WpVote
    Votes 24,451
  • WpPart
    Parts 77
BLOODY DANCER membuka tirai. KHAIR QAYYUM Seorang jejaka berusia 31 tahun. Hidupnya sentiasa dikelilingi dengan bahaya hanya untuk melindungi orang lain sehingga hampir mengorbankan nyawa ahli keluarganya sendiri. Berkhidmat sebagai bodyguard di bawah BG EliteGuard Protection. "Saya nak berhenti, tuan. Keluarga saya lebih memerlukan saya." - KHAIR QAYYUM Ketika dia di penghujung mahu hentikan semuanya. Dia diberikan tugasan yang terakhir. Tugasan di mana dia harus melindungi seorang penari para VIP. Dia mahu menolak sekeras-kerasnya kerana dia menganggap melindungi seorang penari adalah satu pencemaran terhadap status kerjayanya. "i'll protect you with all my strength, i give you all i have, all that belong to me" - KHAIR QAYYUM AULIYA ZULAIKHA seorang gadis penari. Namanya sering disebut-sebut oleh orang-orang kaya. Dipanggil dengan gelaran murahan sudah membuatnya lali. Tubuhnya dijamah dengan pandangan bernafsu sudah membuatnya mati hati. Seorang gadis yang tidak dapat disangkal, menyimpan 1001 rahsia disebalik wajah mendungnya. Perempuan misteri yang perlahan-lahan menangkap tarikan seorang jejaka bernama Khair Qayyum. "Mama... kenapa Mama masih busuk walaupun Auliya dah mandikan Mama?" - AULIYA ZULAIKHA "Mama... kenapa ulat ni masih ada dalam mulut Mama walaupun Auliya dah buang?" AULIYA ZULAIKHA Hari demi hari, ancaman datang tanpa diundang. Merapatkan mereka sehingga timbul satu perasaan yang disebut cinta. Namun semuanya tak seindah apa yang mereka harapkan. Hadirnya cinta yang harus dikorbankan kerana kepentingan diri. "Saya seorang yang jijik. Darah saya kotor. Awak tak akan mampu hadap siapa saya." AULIYA ZULAIKHA "Jadi beritahu aku. Beritahu aku setiap titik darah kotor yang mengalir dalam tubuh badan kau tu dan aku akan sucikannya. Kau akan jadi wanita paling mulia di mata aku." KHAIR QAYYUM Rahsia besar yang dia tak pernah duga. Betapa kejamnya wahai manusia. "She's sweet poison that I gladly taste." KHAIR QAYYUM
Langit Takdir Kita | OG by CikAiZa243
CikAiZa243
  • WpView
    Reads 10,725
  • WpVote
    Votes 693
  • WpPart
    Parts 59
Mereka bertemu di langit - bukan sekadar takdir, tapi satu pertembungan dua jiwa yang ditulis sejak azali. ... MAWAR ARDHANI, 28 tahun. Dulu hidup dia bergelumang dengan darah pesakit, bunyi mesin ventilator dan mesin suction, selamatkan nyawa manusia. Mawar, seorang jururawat dewan bedah yang nekad mengejar impian paling mustahil untuk orang biasa macam dia: menjadi juruterbang. Dan dia berjaya buktikan - walaupun dia sudah tersasar jauh daripada impiannya, masih ada jalan untuk berpatah balik dan tetap terbang tinggi. IMANN ADAM, 32 tahun. Kapten tampan dengan disiplin besi. Di langit, dia garang dengan penuh aura. Di darat, dia penuh misteri. Namun semua berubah bila mata bertemu dengan gadis bernama Mawar. "Ramai je orang yang cakap nak jadi pilot. Tapi sebenarnya mereka cuma nak jadi isteri pilot je." - Captain Adam. Ayat yang paling berbisa. Mawar tak pernah rasa sebegitu terhina kerana ada impian begitu. Tapi dari situ dia dapat kekuatan untuk kejar impian dia semula walau hampir mati. "Langit bukan milik sesiapa. Tapi mimpi ini... mimpi ini milik aku." Debaran perjalanan dari zaman nurse bertukar menjadi kadet. Dari solo flight yang penuh dengan air mata, ke emergency landing yang menggegarkan. Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah tentang keberanian, pengorbanan, dan takdir yang terbang mengatasi segalanya. Saksikan kisah cinta dua insan yang menjadikan kokpit sebagai saksi, dan langit sebagai sakral janji. "Dreamers, you are cleared for takeoff." -
Hati Yang Dijaga (OG) by tienqowiy
tienqowiy
  • WpView
    Reads 2,568
  • WpVote
    Votes 670
  • WpPart
    Parts 11
2026. Weekly Update Spin Off (3) Si Bisu Pujaan Hati Elya Tihani tidak mencari cinta. Dia hanya mahu kerja yang stabil, hidup yang teratur dan permainan video yang sentiasa menjadi tempat paling nyaman dalam hatinya. Tiada langsung soal mencari jodoh pernah terlintas dalam fikiran. Bagi Elya, rutin itu adalah perlindungan buat dirinya. Dan perasaan merupakan sesuatu yang terlalu berisiko untuk dipelihara. Meor Muhammad Ghazi pula hidup dengan satu luka yang tidak pernah sembuh sepenuhnya. Sejak satu kejadian besar yang meranapkan kepercayaan sang ibu, setiap langkah hidupnya seakan terlalu pincang di mata wanita itu. Dia belajar untuk terus berdiri dengan menjaga orang lain tanpa lelah walaupun hatinya sendiri sering dibiarkan kosong dan letih. Di sebuah platform offshore, di tengah laut yang luas dan sunyi, takdir menemukan semula dua insan yang pernah berkongsi bangunan sekolah yang sama tetapi tidak pernah berkongsi rasa antara satu sama lain. "Awak tak ingat saya, Elya? Saya Meor." - Meor Muhammad Ghazi Elya mengangkat wajah, meneliti lelaki di hadapannya. Muka itu tidak terlalu asing dalam memorinya tetapi masih samar-samar. "Meor? Budak nerd kelas sebelah tu ke?" - Elya Tihani Meor tertawa kecil. "Yes, I was that nerdy thick-glasses boy." - Meor Muhammad Ghazi "Damn... Awak makin hensem..." - Elya Tihani Apabila kerja menjadi alasan untuk berjumpa, mereka mula sedar bahawa ada hati yang tidak pernah benar-benar tertutup sepenuhnya selama ini... Hanya menunggu masa yang tepat untuk kembali terbuka buat dijaga kembali. 100% straightly from my idea No plagiarism is allowed, thank you. ©TIENQOWIY Start: 19/02/2026 End:
VIVY : BUNGA MILIK RAFIQ | C | by RosieHaydar
RosieHaydar
  • WpView
    Reads 238,452
  • WpVote
    Votes 13,586
  • WpPart
    Parts 71
Rafiq Harez x Vivy Camelia Dua tahun perkenalan antara Rafiq dan Vivy bermula tanpa janji, hanya sebuah perkenalan yang sederhana. Namun, satu insiden telah menjadi detik yang merapatkan mereka tanpa sedar. Rafiq tidak mengambil masa yang lama untuk sedar yang dia sudah jatuh hati, dan lamaran demi lamaran dihulurkan dengan harapan. Namun, setiap kali itu, Vivy menolak. Bukan kerana dia tidak suka, tapi ada sesuatu yang menahannya daripada menerima cinta dari Rafiq itu. "You ada bad history dengan lelaki ke, moi?" "Kind of..." Jawapan separuh hati itu terus menghantui fikiran Rafiq. Apa sebenarnya yang cuba Vivy sembunyikan? Dan ketika Rafiq hampir berputus asa, satu peristiwa yang tidak disangka- yang baginya cukup kelakar- telah mengubah segalanya. Kali ini, Vivy menerima lamarannya. Sebuah kisah cinta santai tentang sabar, rahsia yang terpendam, dan momen-momen kecil yang membawa makna yang besar. Dalam hidup, kadang-kala cinta tak datang dengan bunga dan puisi... tapi dengan tawa dan momen yang tak disangka-sangka. Rafiq Harez Bin Ghaz: • Soft spoken • Kuat mengusik • Berjiwa muda • Kuat cemburu • Suka lari dari masalah. Pendam. Vivy Camelia Binti Ashraf Ivan Tan: • Extrovert • Berdikari • Suka berterus terang • Cepat annoyed • Suka memberontak tapi ada sisi lembut untuk certain people ❗ Slow burn ❗ Start: 31/5/2025 End: 28/12/2025
FIGHT FOR LOVE (AJJC)  [TERBIT] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 1,927,183
  • WpVote
    Votes 19,647
  • WpPart
    Parts 11
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025
The Greatest Love #3 by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 1,049,008
  • WpVote
    Votes 67,826
  • WpPart
    Parts 74
The Greatest #3 TGMS 2 Tengku Zachary Ares x Tengku Irina Dalisha Zachary dan Irina-dua jiwa yang sama, terpantul dalam satu cerminan. Mereka berkongsi personaliti yang dominan, ego yang tinggi, dan hati yang dingin. Sejak dahulu, mereka terbiasa hidup tanpa emosi, menjadikan hubungan mereka sekadar perjanjian tanpa rasa. Namun, selepas perpisahan itu, Irina kembali ke London, tempat di mana hatinya benar-benar berada. Dia memutuskan segala ikatan yang masih bersisa di Malaysia, meninggalkan masa lalu tanpa menoleh ke belakang. Zachary dan Irina kembali menjalani kehidupan masing-masing, tetapi kali ini sebagai individu yang berdiri sendiri. Tiada lagi ikatan yang menyatukan mereka seperti dahulu, tiada lagi perkahwinan yang bertahan atas dasar kontrak. Dua tahun yang pernah mereka habiskan bersama kini hanya tinggal kenangan yang membeku dalam sejarah. Namun, sejauh mana mereka mampu mengabaikan bayangan satu sama lain? Adakah perpisahan benar-benar menandakan sebuah pengakhiran, atau mungkinkah takdir masih mempunyai rancangan lain untuk mereka? Start: 26/3/2025 End: 23/4/2025 TW: STRONG F... LANGUAGE/MATURED READ AT YOUR OWN RISK
The Greatest Marriage Secret #1 | TERBIT by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 1,947,191
  • WpVote
    Votes 14,114
  • WpPart
    Parts 13
The Greatest #1 Tengku Zachary Ares x Tengku Irina Dalisha Perkahwinan mereka dipenuhi dengan rahsia-rahsia yang mereka sembunyikan antara satu sama lain. Mereka tidak berkahwin kerana cinta, tetapi kerana perniagaan. Ia adalah sebuah perkahwinan yang lahir atas tanggungjawab, bukan perasaan. Malah, mereka saling membenci. Namun, mereka dilahirkan untuk saling melengkapi-dua individu yang kuat dan setaraf di mata umum. Bersama, mereka mempamerkan imej kekuatan, autoriti, dan kejayaan, tetapi di sebalik itu, tidak ada cinta, hanya keseimbangan kuasa yang rapuh. Tengku Zachary Ares tidak tahu, atau mungkin tidak peduli, tentang urusan peribadi isterinya. Kehidupan Tengku Irina Dalisha sentiasa berada dalam bahaya, terikat dengan kesilapan lampau keluarganya dan perjanjian yang sudah lama dilupakan, yang tidak pernah didedahkan sepenuhnya. Apa yang tidak disedari oleh Zachary adalah bahawa tanggungjawab untuk memastikan keselamatan Irina kini terletak di bahunya. Dia bertanggungjawab untuk melindunginya, bukan kerana tanggungjawab semata, tetapi kerana kedudukannya dalam hidup Irina-berkahwin atas kontrak-telah menjadikannya pelindungnya. Taruhannya lebih tinggi daripada yang dia pernah bayangkan, dan bahaya yang mengancam Irina adalah sesuatu yang tidak dapat dia abaikan lagi. Start:10th December 2016 End:20th October 2017 Revamp: 9th January 2025 End Revamp: 12th February 2025 TW: STRONG LANGUAGE/MATURED READ AT YOUR OWN RISK ⓒQ-NATIONZ ALL RIGHTS RESERVED
+21 more
LOVE & YOU (TERBIT) by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 541,814
  • WpVote
    Votes 3,331
  • WpPart
    Parts 2
Penyatuan dua insan bukan sekadar lafaz dan saksi. la adalah ikrar suci antara dua jiwa yang tidak selalu sehaluan. Maka, bagaimana agaknya kisah apabila dua hati yang belum pernah saling mengenal, dipertemukan dan disatukan oleh takdir? Masa lalu telah mengajarnya untuk tidak lagi mengikat hatinya pada sesiapa. Dia serik. Tak mahu lagi berulang. Namun, garis kehidupan berkata sebaliknya apabila dia tiba-tiba dilamar oleh seorang lelaki untuk anak gadisnya. Azmir Izzudin buntu. Ikutkan hati mahu menolak, tapi ada satu alasan memicu keputusannya untuk menerima lamaran itu. Dia, Tia Adriana, anak tunggal Tuan Adha. Dimanjakan sejak kecil dan dibesarkan dengan segala perkara yang sempurna. Sifatnya manja dan keras kepala, sungguh berbeza dengan Azmir yang lebih sukakan ketenangan. "I bagi peluang you lari." - Tia "Kenapa awak je yang tak lari?" - Azmir Kerana tiada siapa yang melarikan diri malam itu, akhirnya Azmir pasrah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tanpa sedar, dia turut menerima hakikat bahawa ketenangan yang dinikmatinya selama ini bakal tergugat kerana sifat mereka yang bertentangan. Ada sahaja perbalahan yang tercetus. Jika Tia api yang marak, Azmir pula minyak gasnya. Sudah tahu gadis itu mudah meletup, dicucuh pula kesabarannya. Bagi Tia, Azmir menganggapnya seperti budak-budak. Bagi Azmir pula, Tia terlalu suka membentak. Di sebalik ketidaksamaan itu, masih wujud sesuatu yang mengikat mereka antara satu sama lain. Azmir perlukan Tia. Tia perlukan Azmir. Mampukah sebuah ikatan yang lahir tanpa cinta terus utuh menongkah badai waktu? Bagaimana dengan masa lalu Azmir? Bolehkah Tia menutup mata, dan terus mempercayai bahawa lelaki itu adalah cinta pertama dan selamanya? "I dah buang apa yang patut dibuang, dan I kembalikan apa yang tak patut dibuang." Sem. Malaysia: RM30.00 Sabah/Sarawak: RM33.00