Looks interesting👀
2 stories
Penjejak Kubur by maercaestro
maercaestro
  • WpView
    Reads 70,380
  • WpVote
    Votes 6,577
  • WpPart
    Parts 60
Tahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak Kubur, mereka diupah oleh ahli keluarga untuk mencari mayat waris mereka yang terkorban. Mereka perlu mengemudi kubur yang tak henti-henti dibedil perang, demi memenuhi permintaan ahli keluarga yang sedang berkabung. Azrahel, seorang penduduk Bandar Kersani, merupakan penjejak kubur dengan 10 tahun pengalaman. Dia diupah oleh seorang usahawan bagi mencari suaminya yang terkorban di medan perang. Tapi apa yang ditemui Azrahel, mengejutkannya dan boleh menggegarkan seluruh Bandar Kersani.
TSK: Nuansa by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 36,923
  • WpVote
    Votes 3,203
  • WpPart
    Parts 11
Sejauh mana kau sanggup berkorban untuk sebuah negara yang tak akan menjulang nama kau andai kau gugur saat bertempur bahkan nama kau akan terus terkubur? Sejauh mana kau sanggup lari daripada fitrah hakiki manusia yang mahu hidup bertuhan untuk meneruskan kemandirian hidup dalam dunia yang kelam? Perkenalan dengan Nuha Zuhailin seorang gadis penghantar makanan FoodKoala menjadi titik permulaan perubahan hidup Insp. Ahmad Aqil yang sedang menjalankan penyiasatan ke atas Clan of Sinners sebuah kumpulan penjenayah berprofil tinggi bertaraf antarabangsa. "Aku dah tak ada apa-apa atau sesiapa yang nak aku lindungi. Aku dah tak takut apa-apa dalam dunia ni." - Nuha Zuhailin "Jadi tak ada masalah la kalau aku nak minta kau jadi pembantu rumah mama papa aku? Kau tak ada sesiapa dan tak takut apa-apa." - Ahmad Aqil Dunia ni, sentiasa ada tempat untuk orang-orang yang berusaha.