Tak baca lg
157 stories
DOMINUS : Healed by Faith [C] by fairyroses
fairyroses
  • WpView
    Reads 351,615
  • WpVote
    Votes 10,347
  • WpPart
    Parts 62
🐉 1st Black Draconis Series: Tengku Faiq Amsyar ♡ Aqilah Sofea Aqilah Sofea, gadis cantik berhati lembut, hanya tinggal bersama ayahnya selepas kematian ibunya. Kehidupan mereka sentiasa serba kekurangan kerana ayahnya terjerumus dalam judi, bahkan kadang memukulnya untuk mendapatkan wang. Aqilah bekerja keras di kedai runcit Pak Mat untuk menyara hidup, namun setiap hasilnya selalu diambil ayahnya. Tengku Faiq Amsyar, CEO TF Legacy dan ketua dalam kumpulan mafia iaitu Black Draconis yang kejam, terkenal dengan wajah tampan dan sikap dingin yang menakutkan ramai. Namun takdir mempertemukan mereka apabila hutang ayah Aqilah tidak dapat dilunaskan. Dalam keputusan yang mengejutkan, Faiq mengambil Aqilah sebagai isteri, menjadikan pernikahan mereka kenyataan yang tidak pernah Aqilah bayangkan. Pernikahan tanpa cinta itu sepatutnya mimpi ngeri, tapi layanan hangat keluarga Faiq dan perhatian lelaki yang dingin itu perlahan-lahan menyembuhkan luka Aqilah. Setiap teguran, pelukan, dan perlindungan membuatnya sukar membenci Faiq sepenuhnya. Namun bayang-bayang masa lalu tidak pernah hilang. Kekasih lama Faiq masih menyimpan rasa, sementara musuhnya mencari peluang untuk menjatuhkan Faiq dengan mendekati Aqilah. Akankah cinta mereka bertahan, atau musnah di tangan masa lalu yang penuh pengkhianatan? "I didn't take you as a payment for a debt. I took you because I'm the only one who can protect you." - Tengku Faiq Amsyar. ⚠️ Read with your own risk 🔞 Mature 📝 Kesalahan Tatabahasa 📉 Storyline berterabur ✍🏻 Beginner 💡 100% author's idea 🚫 Dilarang plagiat Start : 7 January 2026 End : 11 February 2026
HIS GIRL | C by syam1m1e
syam1m1e
  • WpView
    Reads 445,225
  • WpVote
    Votes 17,133
  • WpPart
    Parts 46
Karya pertama by syamimie⏳ Salam diberi sebagai pembuka bicara, Tanda hormat pada semua. Bertemu kita di karya pertama, Semoga kisah ini menyentuh jiwa. Pengenalan watak : Tengku Haiyan Mikael & Hawa Qaisara Affan Haqeem & Elvina Luffya Faiq Mukhriz & Ayuni Zahirah Tuan Maher Raees & Nurin Anita Tuan Maher Nadhir & Kasih Amylea story ni belum diubahsuai. not edited yet. so byk sgt kesalahan tatabahasa dan storyline pun byk kekurangan. dengan ikhlas hati, saya memohon maaf atas kekurangan saya. in sha Allah, kalau ada masa dan rajin, saya akan betulkan. start: 1/2024 end: 11/2025
Bunga Jagaan Bodyguard [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 68,799
  • WpVote
    Votes 3,811
  • WpPart
    Parts 50
Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar, kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.
LUKA YANG TERPENDAM (SU) by delunania
delunania
  • WpView
    Reads 14,114
  • WpVote
    Votes 1,775
  • WpPart
    Parts 15
Mature content | FIRST BOOK Elara Qyrania, seorang gadis yatim piatu yang kehilangan ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama mak ciknya, Mak Cik Leha, yang menganggap kehadiran Elara sebagai pembawa sial. Akibat hutang yang menjerut leher, suami kepada ibu saudaranya sanggup menjual Elara kepada tuan kelab malam. Walaupun hati Elara berat, dia terpaksa akur dengan keadaan itu. Namun, sebagai seorang wanita, dia memilih untuk tabah dan pasrah. Dalam hiruk-pikuk kelab malam itu, Elara tidak sedar dirinya dijadikan kambing hitam dalam rancangan licik untuk menjerat Zayden Elric. Pada mulanya, Zayden menolak mentah-mentah permintaan Elara. Baginya, apa yang terjadi bukan tanggungjawabnya. Hatinya masih beku, egonya masih menebal. Sejak berkahwin, dia tidak pernah mempedulikan Elara dan membiarkan gadis itu menderita sendirian. Mampukah tautan kasih ini bertahan, atau bakal lebur dalam sekelip mata dek badai yang melanda?
Fast Hearts [HIATUS] by trislousie
trislousie
  • WpView
    Reads 1,690
  • WpVote
    Votes 209
  • WpPart
    Parts 10
KEVIN DAVINO - Seorang pelumba Formula 1 terkenal dari United Kingdom dan wajah utama pasukan Ferrari. Sikapnya tenang, perfectionist, dan terlalu fokus dengan karier menjadikan dia antara pelumba paling dihormati di litar. Baginya, hidup cuma tentang speed, discipline, and control. No distractions. No drama. Tapi segalanya berubah bila dia bertemu Lauren Ameline, seorang wartawan muda dari Perancis yang baru sahaja ditugaskan untuk membuat liputan khas dunia F1. Lauren bukan jenis yang diam. Dia clumsy, talkative, spontaneous - dan sering mencipta chaos di mana saja dia pergi. Dari menumpahkan kopi atas suit Kevin di press conference, sampai tersilap hantar voice note mengata dia kepada akaun rasmi Ferrari - Lauren somehow selalu berada di tempat dan masa yang salah. LAUREN AMELINE - Wartawan Perancis yang cheerful dan penuh semangat. Dia percaya setiap manusia ada cerita mereka sendiri, termasuk lelaki yang paling dingin di dunia sukan ini. Tapi semakin dia mengenali Kevin Davino, semakin dia sedar - cinta kadang datang tanpa signal. Macam red light yang tiba-tiba bertukar hijau sebelum kau sempat fikir nak tekan brek. Namun, dalam dunia yang dikuasai oleh masa, media dan kemenangan, mampukah mereka mempertahankan perasaan itu? Atau semuanya sekadar pit stop sementara sebelum mereka kembali ke laluan masing-masing? "Kadang-kadang, love hits you faster than a race car. And once it does - there's no brake strong enough to stop it."
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 159,158
  • WpVote
    Votes 10,723
  • WpPart
    Parts 36
Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?
Call it Fate (C) by Mrwaxzya
Mrwaxzya
  • WpView
    Reads 40,998
  • WpVote
    Votes 3,354
  • WpPart
    Parts 61
Sebagai doktor veterinar yang lebih suka bekerja di bandar, Elara Reen datang ke Villa Kayangan dengan satu tujuan, menggantikan doktor yang sedang cuti melahirkan. "Pengalaman di KL pun dah cukup. Ini masa untuk turun padang, bantu komuniti luar bandar pula." Dr. Yusof. "Turun padang? Daddy tahu tak Villa Kayangan tu jauh sangat dari sini? El duduk KL, okay? KL ada Zus, ada mall, ada GrabFood dua puluh empat jam. Sana tu, WiFi pun belum tentu ada." - Elara Reen Apa yang dia tak jangka sewaktu tiba di sana? Thaqif Ayaz. Seorang atlet ekuestrian terkenal, pewaris empayar kuda, dan lelaki paling menjengkelkan yang pernah dia temui. Terlalu yakin. Terlalu berlagak. Dan terlalu suka mengganggu ketenangan hidupnya. Bagi Thaqif, Elara terlalu beremosi. Bagi Elara, Thaqif terlalu berlagak. Setiap pertemuan mereka berakhir dengan sindiran. Setiap perbalahan meninggalkan ketegangan yang sukar dijelaskan. Namun di sebalik pertikaman lidah dan salah faham, ada sesuatu yang perlahan-lahan berubah. Kerana kadang-kadang, orang yang paling kita tak suka ialah orang yang paling kita perlukan. Ada perasaan yang tak boleh dikawal. Dan ada takdir yang tak boleh dielakkan. Call it coincidence. Call it stubbornness. Or maybe... call it fate.
𝐌𝐄𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐇𝐈𝐒 𝐒𝐎𝐔𝐋 [𝑆𝑈] by thxnlya
thxnlya
  • WpView
    Reads 97,301
  • WpVote
    Votes 5,670
  • WpPart
    Parts 20
𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐁𝐎𝐎𝐊♠ [SLOW UPDATE] ♡˚₊✦ᴀɴ ᴏʀɪɢɪɴ ᴏꜰ ᴘᴀɪɴ ✦₊˚♡ Kadang-kadang... hidup ni pelik. Ada orang yang lahir dalam keluarga bahagia dan ada orang macam Raffat, lahir dalam keluarga yang penuh luka. Sehinggalah Allah menemukannya dengan seseorang yang tak sempurna...tapi cukup untuk menyentuh hatinya yang beku. Perlahan-lahan, dia mula belajar...Allah tak pernah tarik cinta daripada hidup manusia, cuma manusia itu sendiri yang pintu hatinya. Dalam dunia ini, tak ada satu pun manusia yang sempurna. Setiap orang pasti ada titik kelemahan masing-masing. ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE‼️ ⚠️CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA MATA‼️ 🚫PLAGIAT IS NOT ALLOWED‼️
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 801,902
  • WpVote
    Votes 35,088
  • WpPart
    Parts 83
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026