ummi nak muhammad
125 stories
𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈 by utieyab
utieyab
  • WpView
    Reads 592,330
  • WpVote
    Votes 22,717
  • WpPart
    Parts 60
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 2 ) RANKING NO 3 ACTION 🏅 RANKING NO 1 DINGIN🏅 Tengku Ikmal Hakimi anak kepada Tengku Irfansyah dan Putri Qhaisara Qistina. Dia seorang yang tampan dan dingin. Dia juga dari keturunan mafia. Dingin, hati beku dan pendiam itulah sifatnya. Tidak suka bergaul dengan orang ramai. Terutama sekali dengan perempuan. Hanya orang terdekat sahaja dapat bergaul dengannya. Pada usia yang muda dia telah mencapai banyak kejayaan. Dia menjadi kebanggaan keluarganya sendiri. Nur Walisah. Seorang gadis cantik molek dan bermulut kasar. Sikapnya yang seperti lelaki yang menyebabkan dia tidak mempunyai ramai kawan. Dia hanya rapat dengan beberapa orang sahaja. Seorang yang degil dan agak menjengkelkan. Mulutnya seperti peluru, ada sahaja benda yang akan dia katakan. Pantang menyerah dalam sesuatu hal. "Woii! Mamat buta, mata mana hah? Tak reti tengok jalan elok-elok ke?" - Walisah "Apa woi? Girl better you diam! Cakap itu biar lembut sedikit." - Tengku Ikmal Hakimi Seorang kasar dan seorang lagi dingin. Jika bertembung, masing-masing tidak mahu kalah. "Minah tomboy ni kan! Mulut kau boleh diam tak? Bising ah!" - Tengku Ikmal Hakimi "Mulut aku, suka hati aku ah! Kau diamlah setan!" - Walisah "Amboi, kau. Suka hati kau je cakap aku setan kan?" - Tengku Ikmal Hakimi "Takkan aku nak cakap kau iblis pula." - Walisah Mereka berdua tidak sehaluan. Ada sahaja benda yang mereka gaduhkan. Tetapi, makin hari makin timbul satu perasaan yang pelik dalam diri mereka berdua. "Awak, aku..aku.." - Walisah "Kau apa?" - Tengku Ikmal Hakimi Apakah perasaan tersebut? Adakah suka ataupun benci? "Jangan berani sentuh dia, kalau korang masih mahu hidup." - Tengku Ikmal Hakimi Adakah takdir menyatukan mereka berdua? Ataupun tidak? Mungkinkah mereka akan berpisah atau bersama?
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    Reads 2,763,862
  • WpVote
    Votes 139,897
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.
Haizel: Ms Astrophile by AshyikinHelvins
AshyikinHelvins
  • WpView
    Reads 1,023,555
  • WpVote
    Votes 36,752
  • WpPart
    Parts 68
𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Widelia Haizel hanya mencari ketenangan di pantai, tetapi bertemu dengan Raja Luth Hayyan-seorang lelaki yang tersilap sangka dia sedang merancang untuk membunuh diri. Pertemuan pertama mereka penuh dengan ketegangan dan kata-kata pedas, memulakan hubungan yang tidak seperti biasa. Apabila mereka bertemu semula sebagai bos dan pekerja, ketegangan mereka semakin memuncak hingga Raja Luth terpaksa membuat tawaran yang tidak masuk akal: melamarnya sebagai isteri untuk melarikan diri dari masalah peribadinya sendiri. "Haizel, kahwin dengan aku." -Raja Luth Hayyan. "Saya tak nak kahwin dengan bos. Kalau di takdirkan semua lelaki di dalam dunia ni dah pupus dan bos seorang je yang ada dalam dunia ni, saya tetap tak nak kahwin dengan bos." -Widelia Haizel. Widelia, yang awalnya menolak tawaran tersebut, akhirnya terdesak untuk menerima lamaran itu sebagai jalan keluar dari bekas tunangnya yang terus mengganggu. "Tentang lamaran hari tu masih available lagi ke bos?" tanya Widelia dengan wajah menahan malu. "Kenapa? Kau berminat ke? Dah tukar fikiran?" "Saya setuju bos!" ujar Widelia dengan yakin. Dari perkahwinan yang tidak berdasarkan cinta tetapi atas alasan pelik, Raja Luth dan Widelia mendapati diri mereka terperangkap dalam sebuah hubungan yang penuh dengan konflik, namun penuh juga dengan penemuan diri dan perasaan yang tidak dijangka. Dalam perjalanan ini, mereka mungkin menemui bahawa cinta sebenar tidak selalu datang dalam bentuk yang kita jangkakan. Allah is the best planner. Perkara jodoh itu macam 'Alif Lam Mim' surah Al-Baqarah. Maksudnya, hanya Allah yang tahu.
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 6,113,936
  • WpVote
    Votes 424,111
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
Suamiku, Encik Pengasuh?✔️ by ascarlet_
ascarlet_
  • WpView
    Reads 1,578,817
  • WpVote
    Votes 69,456
  • WpPart
    Parts 57
Sharifah Qairina Anbella, seorang gadis yang menghidap penyakit Autisme yang menjadikan dirinya menjadi seorang yang berbeza. Gadis berumur 25 tahun bersikap seperti kanak kanak berumur 5 tahun. Tanpa semua sedari, ada satu rahsia yang tersembunyi di sebalik semua ini. Yang disimpan kemas. Hazairil Al'Iman, salah satu pewaris terbesar Keluarga bangsawan. Dia memiliki wajah yang mampu memikat hati para gadis tetapi di dalam jiwanya, ada sesuatu yang berbeza. Dalam satu jiwa, terdapat dua sifat yang berbeza beza. Satu adalah sifat yang egois dan sombong, satu adalah sifat rendah diri dan penyabar. Sejak Irina dan Airil bertemu, segala galanya berubah. Irina yang takut bertemu dengan lelaki berubah apabila dengan Airil. Dan itu membuatkan Airil terjebak dengan pekerjaan pengasuh. Disebabkan kesian dengan keluarga Irina, Airil terpaksa menerimanya walau hatinya tidak rela. "Pakcik ni siapa? Kenapa ada dalam bilik Bella? Mamaaaa, ada orang masuk bilik Bella". QAIRINA "What? Pakcik? Saya ni muda lagi tau. Baru 26 tahun. Dan saya ni pengasuh awak la. Kenapa setiap hari saya kena terangkan kat awak huh? Muda muda dah nyanyok". HAZAIRIL Hanya dengan satu hari menjadi pengasuh, Airil menjadi pengasuh selama lamanya. Semuanya berubah. Dengan satu jebakan, mereka terpaksa dikahwinkan. "Kenapa hah? Kenapa aku kena kahwin dengan perempuan macam ni. Itu sama saja dengan aku kahwin dengan budak umur 5 tahun. Hancur masa depan aku". HAZAIRIL "Pakcik, kenapa pakcik taknak main dengan Bella. Bella rindu la nak main dengan pakcik". QAIRINA "Aku takkan bagi kau hidup senang Irina. Selagi dendam aku tak terbalas, aku takkan mengalah. Nyawa dibalas nyawa dan disebabkan kau, Rhina matii". FATHINA Sikap Irina yang berubah setiap saat membuatkan Airil pening. Adakah Irina betul betul tidak normal atau normal? Sambung belajar, masak, shopping... adakah itu tidak normal tetapi pada masa yang sama tak pandai pakai baju, dan berperangai macam budak budak. Apa rahsia ada disebaliknya?
TAKDIR DIA by asterhyzells_
asterhyzells_
  • WpView
    Reads 252,913
  • WpVote
    Votes 9,452
  • WpPart
    Parts 64
[COMPLETE] [ACTION/ROMANCE] Tragedi yang meragut nyawa seseorang dan kehadiran bayi lelaki merubah hidup Wana sepenuhnya. Wanita itu terpaksa menghadapi bermacam tuduhan serta kata makian. Saat bahaya mendekat, Farhan datang melindungi. Misi yang diberi menemukan mereka kembali. Kisah Farhan dan Wana bakal bermula. "Banyak kali, awak selamatkan saya. Saya tak nak heret awak lagi. Sebaiknya kita akhiri semua dekat sini je." Disebabkan tragedi itu juga, Wana terpaksa mengalah di akhirnya. Satu demi satu kematian berlaku yang saling berkait dengan diri. Mana tidaknya dia terpaksa mengalah dan berundur? Tetapi Farhan tidak berhenti, tidak juga melepaskan. Walau apa pun berlaku, dia perlu selamatkan Wana. Kerana Wana... isterinya. Namun, apa punca tragedi itu berlaku? Siapa yang memulakannya? Farhan masih mencari. Misi yang diberi seakan berkait rapat dengan tragedi itu sehingga apa yang disiasat membongkarkan satu persatu. 𝐃𝐚𝐭𝐞: 27|06|2019 - 22|10|2019 𝐄𝐝𝐢𝐭: 01|04|2022 𝐃𝐚𝐭𝐞: 28|11|2022 -21|03|2023
Call Me Your Darling! by _nanad
_nanad
  • WpView
    Reads 133,186
  • WpVote
    Votes 3,679
  • WpPart
    Parts 22
[S H O R T S T O R Y] - [R O M A N C E] -Second story by _nanad ____________________________________ "My heart, my love, my soul, just for you" Ellyana Nasuha - Seorang gadis yang lemah lembut, gadis yang kuat diluar lemah didalam. Serta, gadis yang gedik dan manjanya hanya pada seorang lelaki sahaja. Ya, lelaki yang diidamkan dan didambakan sejak pertama kali mereka bersua muka. Cinta nya hanya untuk dia, JEJAKA DINGIN YANG TERLEBIH GULA! Naufal Mikhael - Seorang jejaka yang dingin, muka bekunya sentiasa terlakar di wajah tampannya itu. Hanya senyuman sinis sahaja yang sentiasa diberikan oleh jejaka tersebut. Senyuman manis ? Heh boleh kira pakai jari je berapa kali dia memberikan senyuman manis. Tetapi, dalam dinginnya seketul Naufal, terselit juga perangai sweet talkernya itu. Hatinya hanya untuk dia, BUDAK KECIK YANG MANJA LAGIKAN MENGADA! "Seronok tangkap gambar aku ?" -Naufal "Eh gila tak seronok ambik gambar buah hati, malam malam boleh bawak tidur, extra bawak ke mimpi lagi tau" -Ell Yang sorang dengan perangai sejuk beku. Yang sorang lagi dengan perangai tak reti malu. Haih pening nak melayan! CERITA mereka berdua tersangat lah clichè, tapi CINTA mereka hingga ke syurgaNya. ____________________________________ ⚠️ Read 'The Beginning' first Cover by; @mrsmeow_