AdlinaShahrul
- LETTURE 237
- Voti 69
- Parti 31
Luthfil Ariff??? Dengar nama saja dah boleh membuatkannya sakit kepala. Masakan dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu atas dasar hubungan persahabatan antara ayahnya dan Puan Maziah yang sudah lama terjalin? Sudahlah low-class, bekerja sebagai tutor. Di matanya, seorang tutor tak layak memilikinya sebagai isteri! Dasar Low-Class!!
Iffah Hannah... nama secantik wajahnya. Tapi sayangnya, cantik itu hanya pada nama dan wajah, bukan pada hati dan perangainya. Bagaimana cantiknya nama Iffah Hannah, maknanya juga cantik, wajahnya turut cantik. Namun sayang seribu kali sayang, perangai serta erti namanya ibarat Utarid dan Pluto. Agaknya dulu Tuan Mukhri salah letak nama barangkali.
"Luthfil Ariff Bin Mazwan... Aku nikahkan engkau dengan anak kandungku, Iffah Hannah Binti Mukhri dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit, tunai..."
Mampukah rumah tangga Iffah Hannah bertahan tanpa permulaan yang indah? Kehadiram Amzar Zaqri pula menambah kekeruhan dalam rumah tangga rumah tangga mereka yang sedia berantakan. Lakonan dan rancangan dilakukan. Ditambah pula kemunculan sepupu lelaki Iffah Hannah yang sudah lama menetap di Miami, Amerika Syarikat, pulang setelah sekian lama menghambakan diri pada kerja. Ke mana hala tuju hubungan mereka? Atau mungkin penceraian adalah jalan penyelamat yang lebih baik?
______
"Gembira? Macam mana aku nak gembira? Gembira tak bermaknalah, Mell. Aku macam tak sangka, cepat je masa berlalu. Hari ni aku akan bergelar isteri orang. Padahal aku tak ada perasaan langsung dekat mamat tu..." Luah Iffah tidak puas hati.
"Kau sabar je, okay? Aku tahu, kau kuat... kau jangan berterusan macam ni. Please..."
"Macam mana, Mell...? Aku dah buntu, aku tak tahu nak buat apa. Macam mana aku nak berterusan hidup dengan orang yang aku tak cinta?"
"I'm so sorry, Iffah... I can't help you. Tapi, percayalah, kalau Tuhan tu dah kata Luth jodoh kau, gaduh macam mana pun, akan berbaik juga di hujung cerita. Apapun, manusia tak boleh nak ubah takdir."