hannazmuse's Reading List
5 stories
CASANOVA LOVE by tihatti
tihatti
  • WpView
    Reads 31,254
  • WpVote
    Votes 3,492
  • WpPart
    Parts 15
Dia pencinta wanita namun dia juga tega musnahkan sekeping hati milik Hawa tanpa tiada rasa serba salah. Taruna Andika, sebaris nama indah tetapi tidak pada akhlak lelaki ini. Nakal, meninggi diri, penghancur hati. Ayat-ayat manis yang terlahir di lidah bukanya menyenangkan jiwa namun menghancurkan segenap rasa. Bagi dia...cinta sejati itu tidak wujud. Hanya cinta yang berpaksikan rupa dan harta. Bagi dia siapa sahaja mampu menerima insan tanpa wang dan kecantikan? Cinta? Pftttt jangan melawak dengan dia. Wanita hanya satu persinggahan untuk lempiaskan rasa bosan. Seperti mainan yang akan dibuang apabila sudah rosak dan cacat. Ego tinggi melangit, langsung dia tidak mahu melihat ke bawah hingga dia juga jatuh terduduk dek wanita yang pernah dia kecewakan dahulu. Tasneem Sufia . Dia hanya wanita yang pernah hadir dalam hidup Taruna, kehadiran nya mungkin sebagai satu lintasan sahaja dan tidak penting bagi lelaki itu namun si dia juga punca mengapa hidupnya berantakan seperti kaca menanti masa untuk berderai. Bagi Tasneem, Taruna ini adalah laki-laki yang langsung tidak layak merasai cinta! Taruna itu masa lalunya dan Jebat adalah masa kini nya. Jebat Andika, dia datang membawa rasa bahagia, membawa seribu kemanisan dan senyuman serta menyembuhkan luka yang dia sendiri tidak lakukan. Jebat Andika, saudara kepada Taruna. Dia sukakan Tasneem, dia cintakan Tasneem semenjak di bangku sekolah namun dia simpan kemas cinta dia pada wanita itu diam-diam dari jauh. Dia definisi lelaki yang lembut tutur katanya, mata miliknya redup penuh rasa kasih kepada Tasneem. Cinta dia agung kepada angkasa raya. " Pilih antara aku ataupun dia Tasneem."- Taruna Andika " Awak lelaki yang langsung tak layak merasa manis nya cinta Taruna."- Tasneem Sufia " Rasa cinta itu adalah anugerah yang paling indah Tuhan berikan kepada kita Tasneem dan tak semua mampu rasa anugerah itu."- Jebat Andika START: 22/2/2025 END:
FIGHT FOR LOVE [C] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 1,873,396
  • WpVote
    Votes 117,278
  • WpPart
    Parts 60
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025
𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 | [C] by Missliluna
Missliluna
  • WpView
    Reads 258,639
  • WpVote
    Votes 18,051
  • WpPart
    Parts 49
[ AFTERBURN SERIES I ] Captain Zayn Chester X Captain Hazi Marilyn Zayn Chester, seorang kapten bola sepak yang terkenal dan berjaya, memiliki reputasi sebagai seorang yang dingin dan tegas. Dalam dunia sukan yang penuh persaingan, dia tidak pernah menunjukkan kelemahan, dan perasaannya jarang sekali terlucut. Namun, hidupnya berubah apabila Hazi Marilyn, seorang juruterbang kaya dan dingin, muncul dengan permintaan yang tidak terduga setelah sebuah berita palsu yang membabitkan mereka berdua tersebar di serata media massa. Hazi Marilyn, yang juga memiliki sifat keras dan egois, sedang berhadapan dengan tekanan untuk berkahwin dengan lelaki pilihan datuknya. Berikut merupakan syarat yang ditetapkan kepada Hazi untuk mengambil alih legasi terbesar keluarga sebagai CEO Royal Sky Airlines. Untuk menghindari situasi tidak diingini ini, dia memutuskan untuk menjalin kerjasama dengan Zayn sebagai pasangan kontrak. Mereka berdua bersepakat untuk berpura-pura sebagai pasangan kekasih demi kepentingan Hazi, namun ego dan kebanggaan masing-masing tidak pernah membenarkan mereka tampil lemah di hadapan satu sama lain. Ketika mereka mengharungi pelbagai cabaran dan situasi gentar dalam peranan mereka sebagai pasangan, Zayn dan Hazi mula melihat sisi lain diri masing-masing. Diselubungi ketegangan dan perselisihan pendapat, mereka mula merasakan sesuatu yang lebih mendalam daripada sekadar perjanjian. Dalam ikatan palsu ini, kedua-duanya mula jatuh cinta secara perlahan-lahan, merobohkan dinding ketahanan mereka. Akan tetapi, adakah cinta sejati mampu tumbuh di antara dua hati yang keras ini, atau akankah ego mereka memisahkan mereka sekali lagi? "Kau bukan buat secara percuma. I pay you." -- HAZI MARILYN "Sadly, I'm a footballer, not an actor." -- ZAYN CHESTER [ rom-com | sport romance | enemies to lovers | fake dating ]
His Serenity : The Vow by irenicmia
irenicmia
  • WpView
    Reads 26,746
  • WpVote
    Votes 2,416
  • WpPart
    Parts 5
[Ongoing] 4th romance "The truth doesn't need any words but lies can never had enough." - HANZ MARTIN "I hate my scars.." "I love it." Kisah silam yang pahit mula terbuka. Masa semakin mencemburui, nyawa mula menjadi taruhan dan ikatan mulai renggang. Mampukah Hanz mengharunginya?
His Remedy [TERBIT] by irenicmia
irenicmia
  • WpView
    Reads 2,577,078
  • WpVote
    Votes 79,680
  • WpPart
    Parts 29
[COMPLETE] [TERBIT] 2nd romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH SYARIKAT PENERBITAN FAJAR PAKEER Don't ever trust my words.. but trust my actions, gorgeous. Disebabkan oleh perkahwinan yang tiba-tiba sahaja diatur oleh ibunya, fikiran Elena mula menjadi buntu. Dia enggan menerima cadangan tersebut jadi pilihannya hanya satu iaitu melarikan diri. "Don't you dare! Selagi El tak terima cadangan mom, jangan harap El boleh pergi jauh." - PUAN SRI RAFEA Siapa sangka, pilihannya untuk melepaskan diri daripada perkahwinan yang dirancang oleh Puan Sri Rafea itu menjadi titik permulaan kepada pertemuannya dengan seseorang? Bagi Elena, pertemuannya dengan jejaka bernama Black itu diibaratkan sebagai sesuatu perkara yang misteri. Mengapa jejaka itu muncul di saat dia memerlukan pertolongan? Mengapa si dia muncul di saat dia rapuh dan memerlukan perlindungan? Itu yang menjadi persoalan di benak fikiran seorang Elena. "How about you? Boleh I percayakan you?" - ELENA SOPHIA Lain pula bagi seorang Black Salvatore. Baginya, menjaga Elena ialah ikrarnya. Selagi dia bernyawa, tidak akan ada sesiapa pun yang mampu untuk menyakiti atau menyentuh Elena kerana... "She's my woman. Touch her, and you will never see daylight ever again. Did you hear that?" - BLACK SALVATORE Namun apa yang terjadi apabila satu-persatu perkara yang disembunyikan mula terbongkar? Permainan apakah yang sedang dimainkan oleh mereka? Dan yang lebih penting, siapakah Black Salvatore di masa lampau? Sebahaya manakah lelaki itu di mata musuh-musuhnya? Because his name is Black Salvatore, and he's willing to give up all for Elena Sophia, his remedy. Cinta tak selamanya tentang perasaan, tapi cinta adalah tentang keikhlasan. ⚠️ unedited highest ranking : #1 in romance , #1 in romantik , #1 in Melayu #1 in action , #1 in thriller , #1 in comedy #1 in mystery , #1st in mafia