Og
175 stories
[C] Forever Mine by NahilahBadriyah
NahilahBadriyah
  • WpView
    Reads 19,454
  • WpVote
    Votes 941
  • WpPart
    Parts 69
"I'm yours, remember?" ~Forever Mine~ #Sequel I'm Yours?
CINTA HADIR KEMBALI  by nurna366
nurna366
  • WpView
    Reads 7,849
  • WpVote
    Votes 541
  • WpPart
    Parts 62
KAI RIDHWAN | | KAIRA ALUNA Dia pernah memilih jalan pergi, meninggalkan rumah tangga yang baru berusia dua bulan. Bagi Kai Ridhwan, masa lalu itu adalah luka yang tidak pernah sembuh - luka yang lahir daripada keangkuhan dan ketakutannya sendiri. Bertahun kemudian, takdir mempertemukannya kembali dalam dunia yang tidak pernah dia sangka. Kini, dia bergelar pensyarah. Antara ratusan pelajar yang menadah ilmu, ada sepasang mata yang membuatkan jantungnya berhenti berdegup sesaat mata yang pernah menjadi saksi lafaz ijab kabulnya. Kai tidak kembali untuk mengajar sahaja. Dia kembali untuk menebus dosa. Untuk memohon kemaafan. Untuk mendapatkan semula hati seorang wanita yang pernah dia sia-siakan. Namun, maaf bukan sesuatu yang mudah. Kepercayaan yang pernah hancur bukan senang untuk dibina kembali. Dan cinta adakah masih ada ruang untuknya, atau sudah terkubur bersama janji-janji yang pernah dimungkiri? Di balik meja pensyarah dan helaian nota kuliah, satu perjalanan hati bermula. Antara keberanian, penyesalan, dan harapan akan sebuah peluang kedua. Kerana dalam hidup Kai Ridhwan, cinta adalah pengajaran paling sukar... dan wanita itu adalah jawapan yang dia cari. "Kurang ajar! Kau nak salahkan Mama dengan Papa pula? Kalau bukan kerana kami, kau takkan dapat lelaki macam Kai. Kau tu siapa? Layak ke ada suami macam dia?" START:20/9/2025 END:
IRIS, MY SWEETHEART (OG) by Anne_Dahlia
Anne_Dahlia
  • WpView
    Reads 7,500
  • WpVote
    Votes 762
  • WpPart
    Parts 26
"Abang Am, Iris suka abang. Dah lama Iris pendam." - Iris Awliya "Terima kasih sebab suka abang, Iris. Maaf, abang terpaksa tolak. Iris masih budak. Perjalanan Iris masih jauh lagi." - Arham Ezri Selang beberapa tahun, Iris berjaya membuka hati untuk lelaki lain setelah pengakuan cintanya pernah ditolak oleh Arham. Tak seindah yang dibayangkan. Saat melalui fasa pertunangan, tunangnya Qais Naufal ditangkap khalwat bersama sahabat baiknya, Ardini Erina. Hancur hati Iris. Dia ingin melarikan diri dari semua ini. Saat dia belajar untuk redha dan menerima takdir, Arham muncul semula. Kemunculan Arham bukan semata-mata sebagai abang kepada sahabat baiknya tetapi lelaki itu muncul dengan pengakuan cinta. Iris bingung. Nama lelaki itu telah lama dilupakan, kini dia muncul kembali. Puas Iris menolak namun Arham tidak kenal erti mengalah. "I'm good at waiting." -Arham Ezri "Tunggulah seorang diri. Biar mereput." -Iris Awliya Akhirnya Iris menerima jua Arham dalam hidupnya. Sejauh mana kebahagiaan milik mereka? Mampukah persahabatan Iris dan Ardini kembali pulih? Sejauh mana Qais menerima segala takdir? Wujudkah si pengkhianat dalam kehidupan mereka?
Menunggu Tanpa Suara [OG] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 44,841
  • WpVote
    Votes 3,977
  • WpPart
    Parts 87
Bagi Izz Elqar, hidupnya adalah tentang pengorbanan. Sejak kecil, dia lebih mengutamakan adik-adiknya dari dirinya sendiri. Walaupun ibu bapanya sering menasihatkan tentang sikapnya itu namun tiada siapa boleh mengoyahkan pendirian Izz Elqar itu. Elqar membesar dengan melihat satu figura sebagai idola iaitu bapanya sendiri. Apabila impian menyarung beret biru PASKAU seperti bapanya menjadi realiti, Elqar berfikir hidupnya sudah lengkap. Namun, dia silap. Hatinya masih lagi terpahat dengan satu nama yang dia kenali sejak kecil lagi iaitu Puteri Maissa. Maissa bukan lagi gadis kecil yang memandangnya dengan penuh kekaguman. Bagi Maissa, Elqar hanyalah masa lampau yang perlu dipadam. Cinta Elqar dianggap tidak berasa kerana mereka masih lagi remaja ketika itu. Walaupun ditolak, Elqar tetap di situ. Dia tidak merayu, namun dia juga tidak pernah berganjak. Walaupun Maissa sudah bertemu lelaki pilihannya sendiri. Dia menunggu tanpa suara sehingga hatinya boleh melupakan gadis itu, walaupun dia tahu dia akan gagal. Sehinggalah satu tragedi hitam meragut segalanya. Saat semuanya dipertaruhkan, adakah kesetiaan Elqar akan membuahkan hasil? Atau adakah tragedi itu sebenarnya satu isyarat bahawa sudah tiba masanya Elqar berhenti menunggu dan membiarkan cintanya hilang di telan awan? "Maaf Elqar. Mai tak pernah ada hati pun dekat Elqar. Mai anggap Elqar kawan sahaja sebab kita dah kenal dari kecil." - Puteri Maissa "Tak apa Elqar faham. Elqar tak paksa Maissa, cuma tak nak diri sendiri berharap." - Izz Elqar. Published : 6 February 2026
ECHOES OF LOVE by luvstvrsya
luvstvrsya
  • WpView
    Reads 25,839
  • WpVote
    Votes 1,505
  • WpPart
    Parts 26
𝓵𝓾𝓿𝓼𝓽𝓿𝓻𝓼𝔂𝓪'𝓼 𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓶𝓪𝓼𝓽𝓮𝓻𝓹𝓲𝓮𝓬𝓮 ❦ 𝐍𝐀𝐃𝐇𝐄𝐄𝐅 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 | 𝐀𝐘𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐑𝐈𝐒𝐘𝐈𝐀 𝗡𝗔𝗗𝗛𝗘𝗘𝗙 𝗔𝗥𝗬𝗔𝗡 • Seorang jejaka kacak yang berusia 26 tahun dan merupakan seorang guru biologi di sekolah menengah kebangsaan. Sikapnya yang pendiam dan tidak banyak bercakap membuatkan dia kelihatan jauh berbeza daripada guru-guru lain serta wajahnya sentiasa kelihatan tegas. Jika ada pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah, maka bersiap sedialah untuk dirotan oleh Sir Nadheef. 𝗔𝗬𝗥𝗔 𝗕𝗔𝗧𝗥𝗜𝗦𝗬𝗜𝗔 • Seorang gadis jelita yang juga merupakan seorang guru yang mengajar bahasa English di sekolah menengah kebangsaan, sama seperti Nadheef. Meskipun Ayra baru berusia 23 tahun, dia sudah menjadi guru yang disayangi oleh ramai anak-anak murid. Aura lemah-lembutnya membuatkan setiap pelajar senang mendekatinya. 𝗧𝗔𝗨𝗙𝗜𝗤 𝗜𝗟𝗛𝗔𝗠 • Merupakan seorang guru yang mengajar subjek matematik dan bersahabat baik dengan Nadheef serta Ayra sejak dari zaman bangku sekolah. Seorang guru yang amatlah sporting dan ceria kepada pelajar-pelajarnya. Sebaya dengan Nadheef dan mudah terhibur dengan setiap perkara yang dilakukan. -ˋˏ✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ 🦢 too cute, too sweet too handle 🦢 say BIG NO to third wheels! 🦢 with warm hearts & kindness 🦢 full of unexpected plot twists, hehe 🦢 greenflag hero? more like the greenest ever Note : penulis sedang berehat seketika daripada dunia penulisan (hiatus) tiada sebarang updated new chapter untuk tahun ini. Akan kembali menulis pada bulan Disember 2026. ✦ Start : 2 Disember 2025 End : Next year, InshaAllah.
WAKEEL : Api & Cinta by hazzinoe
hazzinoe
  • WpView
    Reads 45,484
  • WpVote
    Votes 1,673
  • WpPart
    Parts 47
Seorang pegawai bomba yang berdedikasi dan berpengalaman luas dalam pelbagai misi penyelamatan, juga seorang ayah tunggal kepada seorang anak perempuan. Hidupnya berputar hanya sekitar kerja dan anaknya, namun ketegasan, keseriusan dan tanggungjawabnya menjadikan WAKEEL HAFIZI seorang ketua pasukan yang dihormati dan disegani oleh semua anak buahnya. SHEIZA DELAILA, seorang pelakon muda yang baru dua tahun menapaki dunia lakonan. Bermula sebagai model, Sheiza mula mendapat peluang berlakon selepas berjaya dalam beberapa casting. Dengan semangat muda dan jiwa penuh minat terhadap lakonan, Sheiza selalu mencari pengalaman baru dan sentiasa mahu mencabar dirinya. Hidupnya kini hanya untuk menikmati pengalaman baru dan mengejar passion-nya. Pertemuan mereka berlaku apabila Sheiza ditawarkan watak sebagai ahli bomba untuk filem terbarunya. Sebelum penggambaran bermula, dia perlu menjalani latihan fizikal dan mental selama empat bulan di bawah bimbingan Komander Wakeel Hafizi. Pada awalnya, Sheiza kekok dengan sikap tegas Wakeel tetapi perlahan-lahan dia mula tertarik dengan dedikasi dan ketegasannya. Perangai nakal Sheiza membuatkan Wakeel tidak selesa, namun hatinya tetap terpaut dan kedekatan mereka juga terjalin melalui interaksi dengan anak Wakeel, Wedad Qasrina. Walaupun personaliti mereka berbeza dengan Wakeel yang tegas dan bertanggungjawab manakala Sheiza jiwa muda dan friendly, api cinta mula menyala di antara mereka. Tentang cinta, ketabahan dan peluang di mana dua dunia yang berbeza bertembung dan akhirnya belajar untuk menyala bersama.
GILDED OBSESSIONS (#1): THE VELVET CAGE by NZA1125
NZA1125
  • WpView
    Reads 153,202
  • WpVote
    Votes 11,737
  • WpPart
    Parts 60
"Go on darling...run for your life. You cannot hide from me, not forever. I smell your fear. I taste your defiance...and it excites me. Don't worry, I'll break you gently...or maybe I won't" - Raif Rashad Alcott "You're sick! Orang gila macam kau tak layak untuk aku! Pergi mati dengan cinta kau!" - Maira Elowen Yasira Alcott. Satu nama keluarga yang cukup disegani. Kuasa, pengaruh, pangkat mereka tidak pernah dicemari. Segalanya kelihatan mustahil untuk ditentang. Bagi Raif Rashad Alcott, setiap keinginan adalah perintah. Setiap halangan adalah permainan. Dan setiap jiwa... boleh dimiliki. Maira Elowen Yasira tidak pernah berniat untuk menarik perhatian lelaki itu. Dia hanya wanita biasa yang inginkan kehidupan yang sederhana. Hanya kerana satu 'teguran' dia menjadi korban. Kini, dia adalah sasaran, harta, dan tawanan. "One mistake. One obsession. A lifetime sentence."
CintaRemajakuu🤍  (ON GOING) by hasyalerr
hasyalerr
  • WpView
    Reads 13,124
  • WpVote
    Votes 598
  • WpPart
    Parts 37
Alicia dan Adrean sudah saling mengenali sejak zaman sekolah menengah. Namun, yang dikenali bukanlah kenangan manis, tetapi pertengkaran kecil yang hampir berlaku setiap hari. Mereka sering berbeza pendapat Alicia yang lantang dan tegas, manakala Adrean pula keras kepala serta sukar mengalah. Guru dan rakan-rakan sudah lali melihat mereka berbahas walaupun hal yang remeh. Namun, masa mengubah banyak perkara. Setelah melangkah ke alam dewasa, masing-masing memikul tanggungjawab besar terhadap mereka. Suatu hari, satu keputusan yang berat terpaksa dibuat kedua-dua keluarga bersetuju untuk menyatukan mereka. Bagi Alicia, keputusan itu ibarat beban yang tidak pernah diminta. Bagi Adrean pula, ia adalah pengorbanan yang tidak dapat dielakkan. Hari demi hari selepas perkahwinan, hubungan mereka penuh dengan kekok dan jarak. Mereka berbual hanya bila perlu, dan banyak perkara diselesaikan tanpa melibatkan hati. Namun sesuatu yang pelik mula berlaku. Semakin lama mereka tinggal sebumbung, semakin mereka belajar memahami antara satu sama lain. Pertengkaran yang dulu seperti perang kecil kini berubah menjadi gurauan halus yang kadang-kadang mencetuskan senyuman. Alicia mula menyedari bahawa Adrean bukanlah sekeras yang disangkanya, manakala Adrean melihat sisi lembut Alicia yang tidak pernah ditonjolkan di sekolah dahulu. Tapi dalam hati masing-masing, satu persoalan masih belum terjawab Adakah hubungan ini sekadar tanggungjawab... atau perlahan-lahan berubah menjadi cinta?
Qaid Alana by fairyfynn_
fairyfynn_
  • WpView
    Reads 455,466
  • WpVote
    Votes 23,460
  • WpPart
    Parts 25
1ST ROMANCE TENGKU QAID HADYAN & ALANA AISYA | Grumpy x Sunshine | Setia - Elizabeth Tan. Peringatan : Kisah yang tiada manfaat. Sekadar suka-suka. Cringe area!