bahasa
5 stories
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017) by Elerieloveofficial
Elerieloveofficial
  • WpView
    Reads 1,154,614
  • WpVote
    Votes 42,708
  • WpPart
    Parts 33
Kisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja dunia gelap itu bukan sahaja bijak malah disegani oleh beberapa kumpulan mafia lain. Bagi Arianna itu bukan penghalang untuknya. Dia tidak betah terkurung di rumah agam milik lelaki itu. Setiap kali bersua muka dengan lelaki itu ada sahaja yang digaduhkan. Pantang bersuara pasti berselisih faham. Arianna hairan kerana sudah beberapa hari dikurung namun dia masih tidak tahu kenapa dia diculik malah dia dilayan dengan baik oleh pengikut setia Keith Dixon iaitu Black dan Kaido. Pertengkaran demi pertengkaran terjadi diantara mereka sehingga akhirnya Keith Dixon terpaksa membuka sebuah rahsia tentang sejarah keluarga Arianna yang gadis itu tidak pernah ketahui. Arianna dalam bahaya namun dia harus menamatkan semua itu. Dia tiada pilihan lain selain mempercayai Keith Dixon.
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,534,122
  • WpVote
    Votes 257,002
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
My Fondness by atqhnr
atqhnr
  • WpView
    Reads 419,804
  • WpVote
    Votes 16,797
  • WpPart
    Parts 48
[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh hati dekat seorang gadis. Gadis kesukaan dia. Jangan tanya kenapa sebab ianya datang tanpa sedar. Tapi apakan daya, dia cuma mampu suka dalam diam. Shafika , gadis yang agak savage. Tapi dalam savage dia ada lembut. Tanpa siapa tahu , dia mula letak rasa suka pada atlet sekolah, Farrid Affiq. Dia rasa macam dia dengan lelaki tu macam besi dan permata. Jadi, dia simpan rasa tu. Walaupun Farrid Affiq ialah lelaki kesukaan dia. Jadi , macam mana dua hati yang saling menyayangi ni dapat bersama ? Macam mana mereka nak cakap yang mereka saling suka antara satu sama lain? Crush dalam diam? Bila bersama , confirm ada yang halangan. Bagaimana Affiq nak tangani masalah tu sedangkan Shafika diamkan diri untuk melihat betapa gigihnya lelaki itu? Kenapa fondness? Kesukaan? Sebab bagi seorang Farrid Affiq, Shafika adalah gadis kesukaan dia yang dia tunggu selama 5 tahun. Kesukaan yang dia suka perhati dalam diam. Walaupun tak berkawan rapat , dia tetap perhati gadis itu. Start : Nov 2017 End : Nov 2017 [WINNER BEST TEEN FICTION IN INFINITY WATTYS AWARD 2018]
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,451,691
  • WpVote
    Votes 90,932
  • WpPart
    Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.
Sweet Enemy by sherrskye
sherrskye
  • WpView
    Reads 4,870
  • WpVote
    Votes 248
  • WpPart
    Parts 16
Pertama kali bertemu perasaan benci sudah bertahta di hati, apatah lagi kalau berkali-kali bertemu, perang meletus di antara mereka. Sedar tak sedar, dalam benci tersemat perasaan asing yang tidak dapat ditafsir oleh diri sendiri. Apabila perwatakan positif memihak kepada kedua-dua pihak, mudahlah untuk mereka berinteraksi tanpa perang mulut berlaku antara mereka. Namun, bila mereka melamar bahagia pasti ada salah seorang punca hubungan mereka mengundang bahaya. "Life is too short to be wasted time on hating people, just forgive me, bro" -Hayyra Qayrisha "There's always that one stupid mistake that changes everything" -Darien Arasy The same galaxy, the same world, the same sky but never at the same time 💓 Hi guys! Let's reads my first story 😘 #164 in teenfiction [26/12]