Senarai buku
99 stories
Cinta Itu Kamu. LOVE MEANS YOU. (Completed) by rain_2309
rain_2309
  • WpView
    Reads 40,110
  • WpVote
    Votes 786
  • WpPart
    Parts 97
#romance #malay #new #young #romantik #matang #mature #baru #malaysia #melayu #cinta #ceo #jutawan #billionaire #realiti #insanbiasa #adultonly #pengajaran #moralstory Ranking #1 romantik #16 emosi Aliesya cuma gadis biasa yang bercita-cita tinggi. Dia tak cari cinta. Tak perlukan lelaki dalam hidup. Tapi bila Badrul - si singa jelmaan lee dong wook , shift manager mula bermain teka-teki perasaan takkan la hati Aliesya tidak goyah? "Awak dah ada siapa-siapa ke?" "Saya nak ajak awak keluar." ...Aliesya tahu dia dalam bahaya. Belum sempat hatinya stabil, satu arahan dari Abah mengubah segalanya. "Tandatangan saja borang tu, Iesya." "Abah nak jual Iesya ke? Macam barang?" Perkahwinan rahsia dengan Hazaril - lelaki yang langsung bukan pilihannya, tapi kini sah suaminya - jadi harga yang perlu dibayar demi kelangsungan bisnes keluarga. Tiada sesiapa tahu. Badrul terus mengejar. Hazaril pula semakin jauh. "No, you can't. Because I'm-" Married. Antara lelaki yang menerima dia seadanya dan suami yang terlalu banyak memendam rahsia, Aliesya mula hilang diri sendiri. "Pergilah, sayang. I'll be right here, waiting for you." "I love you abang..." "I love you too, sayang." Tapi bila cinta mula tumbuh, kepercayaan pula mula retak. Dan saat kemelut meledak, siapa yang akan tinggal, dan siapa yang akan pergi? The heart still want what it wants. Hanya dia. Ariz Hazaril atau Badrul Ratcliffe. Keduanya pun ada gilanya. Tapi hati seorang Aliesya akan pilih yang mana? ......... Masih dalam proses menambahbaik jalan cerita dan kembangkan watak. Harap korang rajin like dan komen ya! Tq for ur support!! *********
Mr. Mafia CEO (COMPLETE) by _VioletQuartz
_VioletQuartz
  • WpView
    Reads 80,845
  • WpVote
    Votes 1,567
  • WpPart
    Parts 43
Tengku Aqeef Nikael. CEO muda Royal Crest Realty, tokoh besar dalam industri hartanah dan pembinaan di Malaysia serta Singapura. Di mata dunia, dia seorang pemimpin berwibawa, berkarisma dan penuh pengaruh. Namun, hakikat yang tidak diketahui oleh sesiapa, termasuk keluarganya sendiri, dia menyimpan rahsia gelap. Di sebalik wajah CEO ternama itu, Tengku Aqeef Nikael adalah seorang gengster, lebih tepat lagi seorang mafia. Rahsia itu hanya dikongsi bersama dua sahabat rapatnya yang turut hidup dalam dunia yang sama. Perwatakan Tengku Aqeef Nikael jauh menyimpang daripada imej seorang pewaris korporat. Sikapnya dingin, berhati beku, dengan wajah bengis yang lebih sesuai dipadankan dengan dunia gelap yang dikuasainya, bukan kerusi empuk CEO. Berbeza pula dengan Fayqa Izzhany. Gadis periang yang tidak pernah lekang dengan senyuman, hidupnya sederhana namun penuh warna. Dia mengusahakan sebuah kafe bernama Lavendar Café bersama dua sahabat merangkap sepupunya. Dunia Fayqa Izzhany jauh dari kelam, penuh dengan aroma kopi, tawa dan kehangatan persahabatan. Pertemuan Tengku Aqeef Nikael dan Fayqa Izzhany seringkali menjadi bahan bualan. Mereka berdua ibarat langit dan bumi, terlalu berbeza, seolah mustahil untuk sehaluan. Namun tanpa diduga, perancangan dua keluarga besar, Tengku Azman dan Dato' Farid, mahu menyatukan mereka dalam ikatan perkahwinan. Apakah yang bakal terjadi bila lelaki berdarah dingin itu dipertemukan dengan gadis penuh cahaya? Mampukah cinta berputik antara mereka apabila terpaksa duduk sebumbung, atau rahsia gelap dunia mafia akan meranapkan segalanya? 13/09/2025 ~ 31/10/2025
Isteri Untuk Tunku by ahan1504
ahan1504
  • WpView
    Reads 2,093
  • WpVote
    Votes 223
  • WpPart
    Parts 58
[ 1st Romance] Tengku Athifa Zuhayra, seorang gadis dari keluarga berada, kelihatan sempurna di mata orang luar. Namun di sebalik pintu rumah mewahnya, Athifa hidup dalam kekosongan - dimaki, dipersalahkan, dan dianggap beban oleh ibu bapanya sendiri. Kasih sayang tidak pernah menjadi haknya. Pertemuan takdir berlaku ketika kecil di sebuah pantai, saat seorang lelaki bernama Atheef diam-diam menyimpan rasa terhadap Athifa. Mereka bertemu kembali di sekolah menengah. Athifa tidak tahu langsung bahawa Atheef sebenarnya Tunku Atheef Iskandar Bin Tunku Iskandar Alam Shah, Tunku Mahkota negara Asteria yang menyamar sebagai pelajar biasa demi menikmati sisa kehidupan normal sebelum memikul takhta. Ketika hidup Athifa semakin terhimpit, tragedi terbesar menimpa - dia dibuang keluarga. Tanpa arah dan tanpa sesiapa, Athifa diselamatkan oleh Atheef. Atas rasa tanggungjawab dan perasaan yang dipendam sejak kecil, Atheef membawa Athifa ke istana dan menjadikannya anak angkat keluarga diraja Asteria. Di bawah naungan istana, rahsia, cinta yang dipendam, dan status sebenar Atheef perlahan-lahan terbongkar. Antara luka lama Athifa dan amanah Atheef sebagai pewaris takhta, mampukah cinta yang terjalin melahirkan takdir baharu-menjadikan Athifa bukan sekadar puteri angkat... tetapi isteri kepada Tunku Mahkota Asteria?
Mrs.Aryan Irfan by scretsha_
scretsha_
  • WpView
    Reads 122,989
  • WpVote
    Votes 3,771
  • WpPart
    Parts 47
Arrangements married? Seawal umur 17 tahun? Hani sofeya seorang gadis yang tidak pernah bercinta,dan mempunyai angan-angan untuk berkahwin dan bercinta secara halal Kita hanya merancang tuhan yang menentukan,apabila ibunya membuat keputusan untuk menyatukan hani dengan Aryan Irfan anak kawannya Dapatkah hani merasa indahnya bercinta selepas berkahwin bersama Aryan seorang dingin,tidak banyak cakap dan penuh misteri Saya taknak susahkan awak lagi -hani Aku mintak maaf sebab tak pernah jujur tentang perasaan aku -aryan Noted:sorry kalau hambar baru first time try hope tak kena kecam🥲
Dear Dictator [Completed] ✓ by elviraeth
elviraeth
  • WpView
    Reads 331,032
  • WpVote
    Votes 5,106
  • WpPart
    Parts 84
[KARYA KEDUA] Antara dendam dan kasih yang tak diundang, mampukah dua hati yang pernah hancur menemui erti cinta semula?
A Tale Of Naura  by luvleytien
luvleytien
  • WpView
    Reads 620,737
  • WpVote
    Votes 22,824
  • WpPart
    Parts 58
[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah mempertemukan Ayden Althaf dan Eireen Naura kembali. Kisah yang baru dimula tapi rasa yang lama masih tersemat di dada. Tabahnya hati apabila dia mampu beriak biasa dengan lelaki yang dia cinta sejak pandangan pertama. Antara persahabatan dan perasaan cinta yang manakah menjadi pilihan? Adakah lelaki itu juga menyimpan rasa yang sama? Mampukah Naura mempertahankan persahabatan mereka? Welcome to Naura world. She fell first but he fell harders. Start: 4 May 2023 End: 28 August 2023
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 704,455
  • WpVote
    Votes 31,255
  • WpPart
    Parts 76
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana. Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus! "Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta. "Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri. "Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID "Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul! Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya. "Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid." ⚠️ No Plagiarism Allowed
Kanz Rayyan Carl by Melooww_hshs
Melooww_hshs
  • WpView
    Reads 36,554
  • WpVote
    Votes 1,040
  • WpPart
    Parts 46
Dhia Elvina Seorang perempuan yang cantik dan juga mempunyai identiti tersembunyi. Tibalah suatu hari, ada seorang lelaki datang membelinya untuk dijadikan sebagai tahanan bagi membalas dendam yang dilakukan oleh papanya. "Awak siapa" Dia tersenyum sinis "Kanz Rayyan Carl" Seorang lelaki yang berasal dari itali dan mempunyai rupa paras yang mengoda. Disebaliknya, dia adalah seorang mafia yang berpengaruh besar....Carl, nama keluarga mafia yang paling terkenal. Kehidupannya berubah apabila dia bertemu dengan seorang perempuan yang berjaya bertakhta di hatinya. "Kalau kau tak nak kahwin dengan aku...."- rayyan melirik dhia dari atas hingga ke bawah dengan senyuman nakal "Layan aku dalam satu malam lepastu kau boleh lepas dari aku" Mulalah kehidupan dhia bersama seorang lelaki yang tidak dikenalinya sehingga suatu hari, sebuah rahsia yang tersimpan akhirnya terbongkar.... "I love you babygirl...Please don't leave me again" "Saya tak pernah tinggalkan awak, kecuali ajal yang memisahkan kita" "Awak jahat! Abang yang sanggup nak tinggalkan sayang" Pelukan erat, padat, ketat dan segalanya dibalas Ada kata-kata kesat di dalam cerita ini 🔞🔞🔞 Sorry kalau ada kekurangan tau🙏😀 Selamat membaca gais✌️ Sorry kalau ada typo🙏 Tq support🌹 Yahuuuu! Jom baca!🥳🎉
My Beautiful Sunshine by fiyyanaisa
fiyyanaisa
  • WpView
    Reads 2,582,086
  • WpVote
    Votes 61,523
  • WpPart
    Parts 52
Megat Arfan - Malam ketika ditinggalkan oleh bakal pengantin perempuannya, itu ialah kali pertama dia bertemu dengan gadis itu. Namun, bulan demi bulan berlalu, dia sudah melupakan gadis tersebut. Sehinggalah mereka kembali bertemu di sebuah kafe, saat gadis itu menumpahkan kopi pada scrubs yang dipakainya. Airis Dahlia - Walaupun beberapa bulan telah berlalu sejak peristiwa lelaki misteri yang menyelamatkannya daripada bekas teman lelakinya, wajah jejaka itu masih tersemat utuh di ingatannya. Penyesalan terbesarnya ialah tika dia tidak bertanyakan nama jejaka tersebut. Namun, nasib baik menyebelahinya bila dia kembali bertemu dengan jejaka tersebut. Megat Arfan dan Airis Dahlia. Seorang doktor dan seorang pelajar dietetik. Seorang yang tenang dan seorang hyper. Seorang yang memendam perasaan dan seorang yang jujur dengan perasaannya. Kerana ibu bapa mereka bersatu. Tetapi kerana ibu bapa juga, Airis Dahlia ingin mengundurkan diri dari hidup seorang Megat Arfan. Mampukah Megat Arfan mempertahan Airis Dahlia, his beautiful sunshine ? ⚠️ MATURE CONTENT