nrrara
- Reads 432
- Votes 58
- Parts 14
❗KARYA KEDUA NRRARA ❗
Zayn Ilhan x Nur Amara
Ramai lelaki jatuh cinta dengan Amara.
Senyum manis, lesung pipit dalam, mata kecoklatan, dan perangai manja yang buat ramai cair. Tapi anehnya tak ada satu pun yang mampu curi hatinya.
Dan dalam masa yang sama,
ramai perempuan cuba buat Dr. Zayn Ilhan jatuh cinta.
Pensyarah muda berusia 28 tahun itu punya segalanya, ketinggian 193 cm, wajah tegas, bahu bidang, dan mata helang berwarna hazel yang cukup tajam hingga buat orang kaku bila dipandang.
Namun, tak ada satu pun wanita yang mampu buat dia tersenyum.
Sebab di sebalik pandangan matanya yang dingin,
tersembunyi luka lama, kisah cinta yang pernah mengkhianatinya.
Semuanya berubah bila hadirnya seorang gadis kecil bernama Nur Amara, pelajar manja dari Sarawak yang penuh lawak spontan dan senyuman lembut.
Dia satu-satunya yang berani menatap mata pensyarah itu tanpa takut.
Dia satu-satunya yang mampu buat Zayn... hilang kawalan sedikit demi sedikit.
Tapi bila masa lalu kembali,
dan bekas kekasih Zayn muncul semula selepas perkahwinan mereka. Amara mula sedar, mencintai lelaki yang pernah luka bukan semudah yang disangka.
> don't copy !
> idea sendiri
start : 27 sep 2025
end :