Reading List 1
Истории 135
Aydeen's Untold Heart (Completed) на Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Прочтений 456,275
  • WpVote
    Голосов 31,070
  • WpPart
    Частей 51
NEXT GENERATION (HEART SERIES 1) Tengku Aydeen Iskandar x Raja Khayra START: 20/11/2025 END: 8/7/2026
Bisikan al-Qadr  на Laventer_Skz
Laventer_Skz
  • WpView
    Прочтений 3,042
  • WpVote
    Голосов 100
  • WpPart
    Частей 21
Di dunia di mana rahsia bersembunyi dalam bayangan, sebuah perkahwinan yang tiba-tiba menyatukan dua jiwa tanpa mereka mengetahui identiti sebenar masing-masing menjadi permulaan kisah penuh olak duri. Nur Khalisya Ezlynn memimpin masa lalu yang membekas dan nyawanya seakan menjadi mainan dalam dunianya. Dia tidak menyangka bahawa perkahwinan itu akan menempatkannya di tengah permainan takdir yang gelap dan berbahaya. Emir Zafran Rashaad, pewaris keluarga berpengaruh muncul dalam hidupnya seperti bayangan yang memukau. Dia membawa aura penuh misteri, kuasa, dan ancaman. Mereka terperangkap dalam permainan di mana setiap langkah boleh menjadi perangkap, setiap kata boleh menipu, dan setiap pilihan boleh membawa maut. Bisikan Al-Qadr adalah kisah tentang cinta yang muncul di tengah rahsia dan bahaya, di mana kesetiaan, pengkhianatan, dan obsesi bersatu dalam permainan maut yang dikawal oleh takdir. Dalam bayangan yang menanti setiap langkah, mampukah mereka bertahan, atau adakah bisikan takdir akan menelan mereka?
Jalan yang Kupilih на Laventer_Skz
Laventer_Skz
  • WpView
    Прочтений 342
  • WpVote
    Голосов 24
  • WpPart
    Частей 17
DISCLAIMER: Segala adegan, nama dan agensi yang terdapat di dalam penulisan ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan realiti, yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Cover baru untuk Wattpad (Ongoing, weekly update on Monday) BLURB: Tiga sahabat. Satu kebenaran yang dipendam. Dan pilihan yang bakal menghancurkan segalanya. Bila masa lalu kembali menuntut jawapan, adakah mereka masih sahabat... atau musuh yang tidak pernah disedari? SINOPSIS: Adam Mikhail, Ayra Balqis dan Naim Azfarin, tiga sahabat yang pernah bersumpah untuk tidak meninggalkan satu sama lain. Namun masa mengubah segalanya. Adam kini seorang pegawai Unit Jenayah Berat yang hidup dalam penyesalan, terperangkap antara kebenaran dan bayang-bayang ayahnya sendiri. Ayra pula menyembunyikan dendam di sebalik senyuman, hidup dalam dunia penuh penipuan demi membalas kematian ibunya. Manakala Naim memilih untuk menjauh, apabila dia mengetahui bahawa keluarganya sendiri adalah punca segala kehancuran. Apa yang mereka tidak sedar, rahsia yang mereka simpan selama ini saling berkait. Lebih menyakitkan, semuanya berpunca daripada generasi sebelum mereka. Empat sahabat yang pernah setia, tetapi akhirnya memilih untuk mengkhianati satu sama lain demi kuasa, harta dan kepentingan sendiri. Kini, kebenaran yang selama ini 'diputihkan' mula terbongkar satu demi satu. Dan apabila semuanya terdedah... mereka terpaksa memilih, Antara kebenaran atau kesetiaan, Antara dendam atau pengampunan, Dan antara menyelamatkan diri atau menghancurkan orang yang mereka paling sayang. Kerana dalam dunia ini, tidak semua yang benar itu bersih, dan tidak semua yang salah itu boleh dimaafkan.
Tertulis Untuk Kita (Completed In Ebook) на Laventer_Skz
Laventer_Skz
  • WpView
    Прочтений 4,633
  • WpVote
    Голосов 296
  • WpPart
    Частей 32
Alya tidak pernah menyangka bahawa perkahwinannya dengan Zaydan bukan sekadar perjanjian yang berakad tanpa cinta. Semuanya bermula kerana restu ibunya sang suami yang tidak mampu dibantah. Namun belum sempat kebahagiaan itu tercipta, satu rahsia yang selama ini yang disembunyikan Zaydan terbongkar. Dunia Alya seakan-akan runtuh. Dia tinggal di rumah yang sama, hidup dalam perkahwinan yang kelihatan sempurna tetapi hatinya tetap sunyi dan tak diakui. Setiap hari menjadi ujian, redha menjadi teman setianya, dan doa menjadi pelipur laranya. Bertahun-tahun kemudian selepas kepergian isteri pertama, barulah Zaydan mula melihat Alya dengan cara yang berbeza. Hatinya terbuka, cintanya perlahan-lahan tumbuh dan Alya akhirnya merasakan kehadirannya dihargai. Namun, adakah masa yang hilang mampu dipulihkan? Adakah redha dan cinta benar-benar tertulis untuk mereka? "Tertulis Untuk Kita" adalah kisah tentang penantian dan takdir yang akhirnya menyatukan hati, mengingatkan bahawa cinta yang datang lambat seringkali paling tulus.
Hujung Nafas - Misi yang mesti selesai sebelum waktu berhenti. (COMPLETED) на Laventer_Skz
Laventer_Skz
  • WpView
    Прочтений 5,507
  • WpVote
    Голосов 449
  • WpPart
    Частей 60
Di hujung nafasnya, masa bukan lagi sekadar detik - tetapi hukuman. Tengku Adriana, satu-satunya cucu perempuan dalam keluarga elit Tengku Hisyam, hidup dengan penyakit misteri akibat hentakan yang hampir meragut nyawanya. Namun itu bukanlah takdir paling pahit. Selepas tamat peperiksaan SPM, dia dituduh membunuh tanpa niat - sebuah tuduhan yang bukan miliknya. Demi melindungi seseorang yang dirahsiakan, dia terpaksa menggalas status pesalah muda di Sekolah Henry Gurney. Bertahun-tahun kemudian, dia muncul kembali. Bukan sekadar gadis lemah yang disisihkan, tetapi seorang wanita bijak, mahir dalam dunia teknologi dan bayangan gelap. Namun penyakitnya terus menghantui, jarum jam hidupnya semakin hampir berhenti. Kini, dengan masa yang semakin menyempit, Adriana harus menyelesaikan misi terakhir - mengumpulkan adik-beradik tirinya daripada tiga ibu berbeza dan membongkar kebenaran yang disembunyikan keluarga. Setiap langkah adalah perjuangan. Setiap rahsia boleh meragut nyawanya. Dan setiap hela nafas mungkin yang terakhir. "Hujung Nafas - Misi yang mesti selesai sebelum waktu berhenti."
CARDIO: ASH (COMPLETE) на nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    Прочтений 342,299
  • WpVote
    Голосов 13,139
  • WpPart
    Частей 49
Muhammad Ayyash Hazmi, seorang pakar bedah jantung yang hidup sebatang kara. Kehidupannya hanya berkisarkan hospital semata-mata. Bagi mereka, Ayyash hanyalah seorang lelaki yang tak suka bergaul dengan manusia lain. Pelbagai nama panggilan yang dia dapat daripada staf bawahannya kerana kedinginan dan ketegasannya. Nur Hazirah Husna, seorang wanita yang baru saja mendapat gelaran doktor pelatih. Dia telah memilih jabatan kardiologi sebagai tempat lapangannya. Mengenali Ayyash membuatkan dia terasa ingin menjadi anak didik yang terbaik lelaki itu. Mampukah Hazirah Husna mencairkan kedinginan Ayyash Hazmi?
His love, Only her на fiyazxacc
fiyazxacc
  • WpView
    Прочтений 1,518
  • WpVote
    Голосов 148
  • WpPart
    Частей 22
Zahrel Qayser x Lydia Humaira Pertemuan mereka bermulanya di Universiti. Sejak mereka mula mengenali satu sama lain terbitnya satu perasaan yang sukar untuk ungkapkan. Mereka hanya pendam. Tapi setelah itu Zahrel terpaksa berpindah ke luar negara. Atas urusan kerja bapanya selama 6 tahun di London. 6 tahun kemudian mereka bertemu tetapi Lydia hanya pura pura tidak mengenali Zahrel sejak kejadian di The Gardens Mall dahulu. Zahrel ada memberitahunya yang dia akan berkahwin dengan seorang perempuan bernama Aira Melissa. Zahrel sudah bina rumah tangga jadi buat apa dia sibuk? walhal sungguh dia kecewa...Adakah ini pengakhiran baginya?
C| SYURGA DADDY [REVAMP] на Greenlope
Greenlope
  • WpView
    Прочтений 830,561
  • WpVote
    Голосов 21,818
  • WpPart
    Частей 55
[Complete] SYURGA DADDY by Greenlope @ Nana Khairi Revamp 2025 Balik Malaysia lebih awal sepatutnya jadi peluang untuk Keisha Ardiena sembuh hati selepas putus cinta dengan ex-boyfriend. Dia cuma nak hidup tenang, jauh dari drama dan kenangan lama. Tapi takdir memang suka main-main dengan dia. Tup-tup, dalam sibuk menyesuaikan diri di tanah air, dia terserempak dengan seseorang yang tak pernah dia fikir akan muncul balik dalam hidupnya - ex sugar daddy. Pertemuan semula yang sepatutnya sekali lalu, bertukar jadi kusut bila Keisha mula sedar... dunia mereka sebenarnya jauh lebih rapat daripada yang dia bayangkan. Satu demi satu rahsia terbongkar, dan semua orang di sekelilingnya mula tahu siapa sebenarnya lelaki itu dalam hidup Keisha.
C| Healed: Thalea Reanne  на Greenlope
Greenlope
  • WpView
    Прочтений 1,283,235
  • WpVote
    Голосов 33,491
  • WpPart
    Частей 51
[Complete] HEALED: THALEA REANNE by Greenlope "Dia dibuang tanpa amaran. Dikhianati oleh darah daging sendiri. Dan kini... dipaksa kahwin dengan lelaki yang dia tak pernah pilih." Thalea Reanne tak pernah sangka kekasih yang dia rancang nak nikahi selama ni sanggup berpaling-bukan dengan orang asing, tapi dengan sepupu kandungnya sendiri. Hati dia hancur. Harga diri dia diludah tanpa belas. Tapi itu cuma permulaan. Dalam satu insiden perangkap yang hina, dia 'tertangkap' bersama Carl-lelaki yang tak lain adalah tunang kepada adiknya sendiri. Demi nama baik keluarga, demi elak aib lebih besar, mereka dikahwinkan dalam keadaan terpaksa. Thalea benci dia. Carl pun tak sudi. Tapi dalam gaduh, dalam diam, dalam luka yang terbuka-Carl mula nampak sisi Thalea yang tak pernah ditunjukkan orang. Perempuan yang kuat, tapi selalu disalahkan. Yang nampak keras, tapi hati dia penuh parut. Dan satu demi satu... Benci itu hilang. Diganti dengan rasa yang lebih dalam, lebih jujur. Tapi masa silam tak pernah tidur. Rezza, lelaki psiko yang tak boleh terima kenyataan, masih memburu Thalea. Dan kali ini, dia sanggup buat apa saja... termasuk membunuh. "She lost everything... until he became her everything." "Carl didn't just love her. He healed her."