auraxandra's Reading List
14 stories
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED] by SidMedea
SidMedea
  • WpView
    Reads 509,592
  • WpVote
    Votes 15,541
  • WpPart
    Parts 65
Gelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apalagi jika sebahagian keluarganya menyisihkannya. Berbagai cara dia lakukan, tidak lupa juga berdoa kepada Allah SWT untuk membuka pintu hati keluarganya supaya menerima dan memaafkan dirinya. Kesalahan itu bukanlah kesalahan yang dia lakukan tetapi dia di fitnah. Namun, keluarganya sukar mahu mempercayai lagi-lagi dengan bukti yang kukuh menunjukkan dia adalah si pelaku itu. Namun dia seorang lelaki yang sabar dan penuh tekad untuk mengharungi ujian itu. Biarlah dia terjatuh banyak kali, selagi dia mampu berdiri kembali, dia akan berdiri. Dia akan bangkit. Dia akan harungi ujian itu.
DIA, LELAKI MISTERI✓ by allyn_allyn
allyn_allyn
  • WpView
    Reads 842,423
  • WpVote
    Votes 44,713
  • WpPart
    Parts 64
Awalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan dikelilingi oleh ramai lelaki bertubuh tegap dan berpakaian serba hitam. Mungkin nasib baik tidak menyukai dirinya, sudah tentulah perbuatan itu diketahui dan dia menjadi buruan penjenayah serba hitam itu. Ya, jalan cerita memang cliché apabila dia dikejar sehingga tersesat memasuki lorong kecil. Lari punya lari, jalan keluar tetap tidak dijumpai. Kalau dah namanya jadi buruan, mestilah sampai ke lubang cacing hidupnya diburu. Walau jauh mana dia menjauhkan diri. Sungguh, dunia terasa terlalu kecil apabila sekali lagi dia dipertemukan dengan si pemburu. Tetapi dalam dua situasi yang berbeza. Pemburu hidupnya ialah seorang lelaki. Dan lelaki itu, terlalu misteri untuk dijangka apa yang berada di fikirannya. Sungguh! All Right Reserved By Ally
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 415,485
  • WpVote
    Votes 22,895
  • WpPart
    Parts 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL" by sweetseptember9
sweetseptember9
  • WpView
    Reads 84,715
  • WpVote
    Votes 5,546
  • WpPart
    Parts 64
HAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.
Suami Muda(✅) by suewisyakhaily
suewisyakhaily
  • WpView
    Reads 432,073
  • WpVote
    Votes 19,312
  • WpPart
    Parts 29
Suami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan buat Qistina? Perkahwinan yang terjadi kerana ditangkap basah. Ini juga merupakan peluang buat ibu bapa Firdaus supaya dia berhenti lumba kereta. Seperti yang diperkatakan, mereka bersatu jua. Qistina dan Iman Firdaus, si suami muda 3 tahun. Macam manalah Qistina nak menghadap perangai suami mudanya ini? Firdaus kejap baik, kejap dingin. Pening kepala Qistina melayan. Ditambah lagi dengan bekas tunangnya. Double pening. "Aku sayang kau" - Firdaus "Saya tak pasti apa yang saya rasa pada awak" - Qistina "Ina, abang nak minta maaf" - Farid Ranking #2 in shortstory #4 in ceritapendek WARNING: This story is not mine. I am here just to share this story. And also it doesn't mean you can copy this story just because it's not mine.
Demi Peluang Kedua (✔) by xtheaura
xtheaura
  • WpView
    Reads 1,408,548
  • WpVote
    Votes 38,407
  • WpPart
    Parts 60
. . Siapa yang tidak kenal dengan Keysha Dayani Tan Sri Khairil yang dulunya terkenal dengan sikap angkuh dan sombongnya. Sehingga berani menghina kerjaya seorang penjawat awam. Tapi, itu semua dulu. Sebelum dia tersedar. Kini, bila tahun sudah berganti.. dia mula membuat kerja gila. Dilamarnya bekas kekasih demi sebuah cita-cita. Pertemuan semula dengan Izz Zarif seakan memberi sinar baru kepada Keysha untuk merebut kembali cinta dari hati lelaki itu. Segala risiko sudah tidak dia peduli lagi asalkan Izz Zarif menjadi miliknya! Bagi Izz Zarif pula Keysha adalah masa lalunya. Dia sudah mempunyai kekasih. Kehadiran Keysha langsung tak mampu menggoyahkan hatinya kerana dia yakin Keysha sudah tiada dihatinya. Dia dah serik! Ash aka abang angkat kepada Keysha yang begitu setia menunggu gadis itu. Kata sayang tak pernah lekang di. bibir itu. Walaupun dia sedar Keysha hanya menganggapnya sebagai abang. Namun, segalanya mustahil. Berilah saya peluang, Izz! Mimpilah awak, Keysha! Kau perampas! Keysha, saya sayangkan awak! Start : 02 Julai 2019 Completed : 23 Ogos 2019 Rank :- 2 #cinta (20.01.2020) 💯 idea xtheaura sendiri! 🚫 Dilarang CIPLAK! 👉 Tiru, anda Berdosa!
CORRINA (COMPLETED) by RDivyne
RDivyne
  • WpView
    Reads 25,084
  • WpVote
    Votes 949
  • WpPart
    Parts 35
SINOPSIS "Saya akan berusaha jaga Corrina sedaya upaya saya. Walau apa pun halangan. Corrina akan membesar dengan kasih sayang yang cukup dari saya." Sophie "Corrina anak luar nikah si Sophie baitu. Ntah dia menyudal di mana. Mummy dia bilang dia belajar tinggi-tinggi sana seberang tapi balik ja di Sabah sudah ada bibit haram." Auntie Loly "Aku memang bersedia sudah mau terima Corrina tapi...aku tidak tahu macam mana menghadapinya. Maafkan aku, Sophie." Jarred "Please understand me Sophie. Corrina needs a father. Izinkan saya besarkan Corrina sama-sama Sophie." Evan Kisah cinta dan tanggungjawab, Sophie berusaha untuk terus hidup tabah. *Cerita dalam versi SABAHAN. *Mungkin ada campur slang dan Bahasa Asing. *Untuk Bacaan 18 tahun ke atas sahaja. *Banyak imbas kembali. (FlashBack) *Cerita 100% rekaan sahaja. Ada sesetengah tempat yang wujud dan ada sesetengah yang hanya diimaginasi oleh penulis.
My Destiny Love  by IeqahKazumi
IeqahKazumi
  • WpView
    Reads 215,631
  • WpVote
    Votes 13,677
  • WpPart
    Parts 40
FAEEQ | UNGU Tubuhnya lama kaku selama 5 tahun kini sedar semula. Namun hidup selepas bangun semula ini telah merampas senyuman dan kebahagiaan seorang gadis bernama Ungu Mikayla apabila dia mendapat tahu bahawa semua nyawa familynya telah diragut dalam kemalangan jalan raya. Sejak sedar dari koma selepas 5 tahun gadis tersebut telah mendapat satu kuasa yang pelik iaitu dapat membaca isi hati orang yang dekat dengannya. Namun ia tidak berkesan hanya pada seseorang. " Asal aku tak boleh dengar isi hati dia ea ? " - Ungu Mikayla. - " Kenapa dengan dia ni ? Berhoodie bagai ? Senyum pun tak ? " - Lee Faeeq - Nak tahu apa yang terjadi dengan hidup Ungu Mikayla ini ? Teruskan membaca My Destiny Love ya ❤ P/s : Jangan lupa vote selepas baca ya. - Hak cipta terpelihara ? jangan sesiapa pun copy ya ?
C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIA by ItsRealAtiqah
ItsRealAtiqah
  • WpView
    Reads 102,601
  • WpVote
    Votes 4,988
  • WpPart
    Parts 70
( 𝕄𝕣. 𝕒𝕟𝕕 𝕄𝕣𝕤. 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) Kisah persahabatan yang bermula diantara Zafran dan Laura berubah kepada cinta sejak mereka berusia belasan tahun. Sejak dari muda, Laura telah melibatkan dirinya ke dalam dunia gelap ayahnya iaitu dunia mafia The Black Rose. Semua itu menyebabkan dia berlepas ke Australia dan meninggalkan Zafran serta persahabatan mereka. "Perlu ke kau pergi?" - Zafran "Aku pergi kejap jelah." - Laura Sebaik sahaja pulang ke Malaysia, dia dikejutkan dengan penjodohannya dengan seseorang yang tidak dia ketahui tetapi MUNGKIN dia kenali. "Anggap je ni, sebagai permintaan daddy untuk birthday daddy nanti" - Tengku Hamdan Bakhtiar Semakin lama, Laura dihadirkan dengan pelbagai dugaan. Penglibatannya dalam dunia mafia mengundang nyawa orang tersayang dalam bahaya. "Dia mafia. Dah ramai orang dia bunuh" - (????) "Akhirnya bertemu juga kita" - (????) Setelah habisnya konflik keluarga.. musibah cinta pula yang berkunjung tiba. "Aku ni suami kau!" - (????) "Apa masalah abang ni?!" - Laura START : 24/07/21 END : 21/7/2022 Typo Bersepah ✓ Cliche ✓ Newbie ✓ Hambar ✓ Ada ayat maki - maki ✓ Second book ✓ Dilarang spoiler ✓
CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL] by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 163,540
  • WpVote
    Votes 5,311
  • WpPart
    Parts 14
Kehidupan ibarat permainan catur. Setiap strategi mempengaruhi hasil akhir. Harraz Zayne, code name Ryzen. Seorang ejen perisik lapangan terlatih yang sentiasa menjadikan misi sebagai keutamaan. Namun, pertemuannya dengan Shafa Raisha sungguh menggugat rasa sehingga dia rela dirinya dijadikan perisai buat gadis tersebut. Shafa Raisha, code name Shaurin. Juga seorang ejen perisik tetapi memiliki kepakaran dalam penyamaran. Tanpa disedari, pertemuannya dengan Harraz Zayne bukanlah kebetulan sebaliknya dirancang oleh seseorang. Yang tersembunyi kerana sesuatu yang ada padanya. "Kenapa kau selamatkan aku?" - SHAFA RAISHA Kes yang disiasat menyebabkan takdir antara mereka saling bertingkah. Insiden demi insiden yang berlaku sungguh menimbulkan tanda tanya. Tindakan drastik dalam membanteras jenayah terpaksa diambil oleh Harraz Zayne dan Shafa Raisha walaupun terpaksa membahayakan nyawa masing-masing. Masalah bertambah berat apabila seorang lelaki iblis bertopengkan malaikat mentargetkan Shafa Raisha. Mulut kata sayang tapi hati sebaliknya. Di depan kata cinta tapi di belakang lain pula ceritanya. Obsesinya begitu terserlah sehingga nyawa ibarat mainan! Shafa Raisha terperangkap dalam permainan kotor lelaki tersebut. Keadaan itu menjadikan Harraz Zayne terpaksa menunjukkan identitinya yang terlipat kemas daripada pengetahuan sesiapa pun. Siapa sebenarnya seorang jejaka yang bernama Harraz Zayne itu? Adakah benar dia hanyalah seorang ejen perisik seperti sangkaan Shafa Raisha selama ini? "Aku takkan benarkan kau dirampas oleh Nasrun." - HARRAZ ZAYNE. Dapatkah mereka menumpaskan musuh apabila bantuan yang dipinta tidak kunjung tiba? Tercapaikah target mereka untuk menutup kes dalam tempoh masa yang diberi oleh ketua masing-masing? Kanan dan kiri, musuh sentiasa mengintai. Asakan juga datang dari pelbagai arah. Melindungi dan memiliki, takdir antara mereka sungguh mencabar! Terbitan: Fajar Pakeer