mellowcrunch_
- Reads 50,473
- Votes 1,748
- Parts 51
NAURA AYREEN
Namanya tidak seindah hidupnya. Sejak kecil dia dibesarkan oleh ibunya tanpa ayah disisi. Dialah ibu, dialah ayah.
Dia dipinang oleh seorang wanita berada aka kawan rapat ibu untuk berkahwin dengan anak terunanya bagi menggantikan tempat pengantin perempuan yang melarikan diri.
"Kenapa saya?" - Naura
"Aunty yakin yang kamu boleh mengubah anak lelaki aunty" - Puan Marlia
ARIQ NUQMAN
Playboy. Clubbing. Workaholic. Hidupnya berubah 100% sebaik sahaja sah bergelar suami kepada Naura Ayreen.
"Kau yakin mampu jadi isteri aku?" - Ariq
"I'll try to do my best. Kalau saya tak mampu, InsyaAllah saya akan undurkan diri saya." - Naura
Perkahwinan bukan hanya untuk sehari dua. Berkahwin bukan untuk seketika. Cintailah untuk selama-lamanya. Perkahwinan bukan hanya seketika untuk dijaga. Tapi perlu kesabaran, menjaga amanah dan jaga hingga akhirat.
Mahligai yang dibina sangat bahagia tanpa ada sebarang halangan. Namun apakah yang akan terjadi apabila Naura dituduh bermain kayu tiga?
Cinta?
Hanya wujud setelah semuanya sudah tidak dapat diputarkan balik. Kesalahannya terhadap isterinya tidak mampu mengubah segala-galanya.
"Tolong kembali ke pangkuan abang..."
"Jika jasad saya tidak dapat mengiringi perjalanan awak , percayalah hati dan doa sepertiga malam dari saya selalu mendampingi perjalanan awak."
----------
100% idea author.
Author tak nak ada yang ciplak idea author. Author sangat menghargai jasa kalian yang sudi membaca novel author.