Hospital Gongwa
Fazie--lf
- Leituras 25
- Votos 24
- Capítulos 6
Azu Alex adalah seorang remaja lelaki yang berumur 12 tahun yang mempunyai keistimewaan yang orang lain pasti tiada,iaitu dia mempunyai salah satu dari 6 deria ghaib,dia mampu melihat benda yang orang tak boleh nampak. Dia merupakan anak angkat kepda Encik Vince dan Puan Lidya sejak ibu dan ayahnya meninggal akibat kebakaran beberapa tahun yang lepas. Pada suatu hari,Dave iaitu sahabat karibnya mengajak Azu bermain bola di padang yang tidak jauh dari tempat tinggal mereka pada waktu senja. Biasalah budak-budak,walaupun otak Azu begitu geliga,dia tetaplah seorang budak yang masih ingin bermain di hari yang hampir gelap. Dave tertendang bola dengan begitu kuat sehingga ia melantun di hadapan pintu bangunan lama yang berada di sebelah sahaja dengan padang itu. Dan ia kelihatan begitu usang dan terbengkalai. Namun entah kenapa,Azu merasakan sesuatu yang tidak menyenangkan datang dari bangunan itu.
Azu-"bangunan apa tu?"
Dave-"alamak!!! Bola tu melantun kat depan Hospital Gongwa tu la! Macam mana ni?! Dahlah bola tu ayah baru beli! Tapi seram pula dengan hospital sakit jiwa tu!"
Azu-"apa? Bangunan lama tu Hospital sakit jiwa awak kata? Kenapa tak kena guna?"
Dave-"giler ke ape nak guna hospital sakit jiwa yang berhantu tu? Dulu,ramai pesakit mati akibat kena racun oleh sorang Doktor sakit jiwa ni yang pakar kononnya.. Eeeeehh... Dahla tu! Meremang bulu roma sya tau tak?! Jom la kawan saya pegi ambik bola..!"
Azu-"ermmm.. Yela.. Penakut betul.. Bukannya awak nampak hantu pun.. "
Hari mulai gelap,sebaik Azu menjejakkan kakinya di kawasan hospital lama itu,dia mula berasa tidak sedap hati."aikk? Kenapa ni? Perasaan saya je kot..." Azu menoleh ke arah Dave,namun mata Dave terbeliak melihat belakang Azu. Azu tudak tahu apa yang dia nampak,kemudian... Secara tidak sedar mereka ditarik ke dalam Hospital itu.....