SAYA BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA 💪🏻
2 stories
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒 by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 714,822
  • WpVote
    Votes 33,548
  • WpPart
    Parts 61
[ Book 1 ] Tengku Ayden Qaiser, seorang lelaki yang dingin dan mempunyai syarikat sendiri. Wajah yang sentiasa dipamer beku sungguh sukar hendak melihat mesranya tetapi begitu mudah tersenyum apabila melibatkan seorang gadis. Gadis yang sudah lama menambat hatinya. Tambahan lagi, rezeki seperti berpihak kepadanya apabila dia diupah menjadi bodyguard gadis itu. "Selamat pagi Cik Khayra. Saya bodyguard Cik Khayra mulai hari ini." -Tengku Ayden Qaiser Siapa sangka, pertemuan biasa sewaktu alam persekolahan, menghadirkan rasa asing dalam diri. Namun, semakin lama dia mendekati gadis itu, semakin banyak rahsia yang tidak diketahuinya. Andaikan dia tahu gadis itu perlu melalui semua itu, sejak awal lagi akan dia jadikan gadis itu yang teragung di hati. Akan dia bahagiakan Khayra tanpa sedikitpun kesedihan. Khayra Soffeya, seorang gadis yang kasar dan bekerjaya. Mempunyai perniagaan sendiri dan selesa berdikari memandangkan dia hanya ada diri sendiri. Datang dari keluarga yang porak peranda dan hidup dalam trauma yang tak dapat dibendung. Sejak kehadiran seorang lelaki yang diupah menjadi bodyguard, dia terasa hidupnya disekat. Dia tak dapat berdikari dan lakukan semua sendiri lagi. Disebabkan itu, dia tidak suka akan kehadiran Ayden. "Aku tak tahu apa niat kau dekati keluarga aku tapi yang pasti aku takkan biarkan kau terlepas. Watch out." -Khayra Soffeya 'You are my one and only intention why I came here.' -Tengku Ayden Qaiser "I'll never give up on you even though you keep pushing me away." -Tengku Ayden Qaiser "Buang je lah niat tu jauh-jauh. Aku bukan perempuan yang patut kau perjuangkan." -Khayra Soffeya 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 ( 2/10/2022 ) 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐭𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚 ( 16/11/2022 )
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,565,370
  • WpVote
    Votes 341,204
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘