Thriller killer..☠️
5 stories
A.K.U : EAX0011 by Zuliana_Zuki
Zuliana_Zuki
  • WpView
    Reads 8,885
  • WpVote
    Votes 830
  • WpPart
    Parts 48
A.K.U : EAX0011 mengisahkan sejenis dadah terkini yang dicipta oleh Prof. Helmi Owen. Dirinya dikenali sebagai Joker. EAX0011 merupakan Extra Addictive - X ciptaan ke-11. Fungsi EAX0011 ialah untuk menguatkan fizikal tetapi kewarasan akan hilang. Terdapat beberapa jenis dadah yang lain dicipta oleh Joker untuk mendapatkan wang. Dia menggunakan kemahiran kimia untuk mendapatkan wang dengan mudah di samping memiliki sebuah syarikat penyelidikan perubatan, Archemy Sdn. Bhd. Kotak EAX0011 telah dicuri oleh pengintip dalam kumpulan Black Rose yang bekerja untuk melindungi Joker. Hal ini menyebabkan Black Rose yang diketuai oleh Jack telah bertindak untuk mencari kotak itu dan memburu pengintip-pengintip tersebut. Bukan itu sahaja, tiga orang remaja telah terlibat dalam kes kotak EAX0011 bertemu dengan seseorang yang mereka tidak kenali. Mereka diminta untuk menyerahkan kotak tersebut kepada ketua mereka. Secret GUARD, Wing Spy Agency, Justice - Personal Detective Agency dan polis berkerjasama dalam misi menangkap Black Rose demi menyelesaikan kes EAX0011. Namun, semua ahli Black Rose telah mati dibunuh oleh White Fang kerana misi mereka untuk mendapatkan kotak EAX0011 telah gagal. Bro Fang merupakan pembeli EAX0011. White Fang ialah sekumpulan kecil mafia antarabangsa yang menetap di Malaysia untuk misi membalas dendam terhadap seseorang di samping untuk mendapatkan EAX0011. Dato' Latif juga terlibat dalam White Fang. Dia merupakan dalang di sebalik kes pemburuan Bray dan AGENDA Corp. Dia telah menghantar beberapa orang pembunuh upahan untuk membunuh Bray kerana tidak berkahwin dengan anaknya beberapa tahun yang lalu. Dia juga terlibat dalam kes pembunuhan David John di luar negara. David John merupakan kekasih Elisya yang menjadi penyebab perkahwinan antara Elisya dan Bray dibatalkan. Izwan ialah anggota DALLAS yang telah banyak membantu Hamzah mencari maklumat di luar negara. Tanpa bantuan Izwan, kes ini tidak akan selesai.
A.K.U : ALTER by Zuliana_Zuki
Zuliana_Zuki
  • WpView
    Reads 8,647
  • WpVote
    Votes 1,052
  • WpPart
    Parts 45
Syam Syahrul Azmi merupakan host kepada 8 alter yang lain. Tiga daripada mereka sering muncul dalam dunia realiti Syam dan tiga alter lagi berada di sebalik kebenaran. Dr, Syamila juga tidak mengetahui tentang kewujudan tiga alter tersebut kerana mereka mahukan kewujudan mereka dirahsiakan. RaSIS sebagai pemegang amanah tersebut. Namun, mengapakah sedemikian? Apakah sebab rahsia tersebut berlaku? A.K.U : ALTER akan memetik setiap garis masa yang berlaku dalam empat buah cerita sebelum ini termasuk dua buah cerita yang berkaitan dengan A.K.U. ALTER : Syam Syahrul Azmi - Host RaSIS - Primary Protector Qashmir Sufi - Gatekeeper Issac - Persecutor Raja Raden Indra Kasuri Al-Khan - Trauma Free Syam [6 tahun] - Trauma Holder Erzen Laiss - Trauma Holder/ Fictive Aron Raiz - Trauma Holder/ Fictive Sharon Rafael - Trauma Holder
A.K.U : NAMA AKU RaSIS by Zuliana_Zuki
Zuliana_Zuki
  • WpView
    Reads 17,997
  • WpVote
    Votes 1,634
  • WpPart
    Parts 44
Datin Baizura telah berjaya melahirkan anak perempuan, iaitu adik bongsu Syam. Namun, Syam tidak mahu adik selepas dirinya. Dia merasakan dirinya diabaikan. Syam berusaha untuk memberikan adiknya kepada rakan-rakannya kerana dia tidak mahukan adiknya itu. Bukan itu sahaja, RaSIS juga terlibat dalam satu kes yang melibatkan rakan-rakan serumah Syam dengan menyamarkan dirinya sebagai Syam Syahrul Azmi. Dia merupakan perancang strategi untuk membantu rakan serumahnya itu menjayakan misi membalas dendam terhadap seorang wanita yang telah mengorbankan ahli keluarga lelaki misteri tersebut. Mampukah Syam menyelesaikan masalahnya sendiri dalam menerima kewujudan adiknya itu? Mampukah RaSIS meneruskan lakonannya sebagai Syam Syahrul Azmi di hadapan rakan-rakan serumahnya? Apakah tujuan sebenar RaSIS membantu lelaki misteri itu membalas dendam? Selamat membaca :) "Awak nak adik saya?" - Syam Syahrul Azmi. "Katakan TAK NAK kepada tawaran Syam." - Bray. -Cerita ini memiliki watak pinjaman daripada cerita TRANCE milik @yiyiafiqa. Selamat membaca- Tajuk sebenar cerita ini (A.K.U - SIAPA NAK ADIK SAYA?) telah ditukarkan kepada NAMA AKU RASIS berdasarkan kesesuaian isi cerita dan beberapa bahagian bab yang telah diubahsuai bagi mengelakkan kekeliruan pembaca terhadap Syam dan RaSIS.
A.K.U : BLACK_BOOK by Zuliana_Zuki
Zuliana_Zuki
  • WpView
    Reads 11,506
  • WpVote
    Votes 1,305
  • WpPart
    Parts 54
A.K.U : BLACK_BOOK mengisahkan tentang seorang jejaka yang sering bermimpi kes-kes pembunuhan. Dia menulis setiap kes dengan teliti dalam bentuk cerpen. Semua cerpen dimampatkan dalam sebuah buku bertajuk 'DREAM CASES'. Cerita ini juga melibatkan kisah tiga orang sahabat yang berusaha untuk menubuhkan sebuah kumpulan untuk memantau GUARD. Kumpulan ini juga hanya berkhidmat untuk negara dan keluarga di samping memantau tugasan ahli GUARD. Mereka juga bertindak untuk menghalang berlakunya kes pembelotan dalam GUARD. GUARD ialah sebuah agensi perkhidmatan keselamatan yang berkhidmat untuk persendirian dan negara. Mereka mendapat misi melalui papan penyataan misi. Misi-misi yang terdapat pada papan penyataan misi ditapis oleh unit misi.
A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDER by Zuliana_Zuki
Zuliana_Zuki
  • WpView
    Reads 35,028
  • WpVote
    Votes 3,793
  • WpPart
    Parts 71
SYAM SYAHRUL AZMI merupakan seorang penulis novel yang menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) sejak umurnya 10 tahun. Alter yang pertama dimilikinya ialah RaSIS. Nama tersebut diberikan oleh abang sulungnya yang bermaksud Rahsia Sebenar Identiti Syam (RaSIS). Semakin meningkat usia Syam, semakin banyak kejadian yang berlaku. Hal ini telah menyebabkan beberapa lagi alter muncul dalam kehidupan Syam, seperti alter Syam yang berusia enam tahun, Erzen Laiss dan Aron Rais. Masing-masing mempunyai tujuan berada di sini. Dalam kesukaran Syam menjalani kehidupannya, seorang gadis telah jatuh cinta kepada dirinya kerana karyanya. Gadis itu bernama Emylia Enes Fakrul. Namun, mampukah gadis ini menghadapi cabaran yang akan berlaku pada masa akan datang? [PEMENANG MISTERI & THRILLER - THE WATTY AWARDS 2019]