𝕣𝕠𝕞𝕒𝕟𝕔𝕖 ❤
4 stories
𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐅𝐫𝐨𝐦 𝐌𝐑 𝐏𝐈𝐋𝐎𝐓✔️ by CameliaBatrisyix
CameliaBatrisyix
  • WpView
    Reads 834,913
  • WpVote
    Votes 35,817
  • WpPart
    Parts 79
Uwais Eskandar x Clarissa Batrisyia Mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang bernama Clarissa Batrisyia, seorang gadis yang ceria dan happy go lucky. Namun kehidupannya berubah apabila bertemu dengan seorang lelaki yang bernama Uwais Eskandar. Uwais Eskandar seorang lelaki yang bekerja sebagai juruterbang pesawat, sejak munculnya Uwais di hidup Rissa. Semuanya berubah. "Siapa kata aku suka dan jatuh cinta pada kau? Kau fikir kau seorang aje ke perempuan yang ada dekat dunia ni, hmm? Sorry but you're not my taste!" - UWAIS ESKANDAR Kena pula dengan Rissa yang mulut berbisa ni, kalau melawan memang dia adalah juara! "Cakap guna otak sikit boleh tak wahai hamba Allah yang berlagak dan poyo?! Kau fikir kau seorang aje yang ada mulit? Jangan sampai Allah tarik nikmat bercakap tu, haa tak pasal-pasal jadi OKU sebab bisu!" - CLARISSA BATRISYIA Sekejap macam anjing dan kucing, sekejap macam kuku dan isi. Namun selepas beberapa bulan, mereka berdua mulai rapat dan telah bergelar 'tunang' pada masing-masing. Hanya disebabkan satu peristiwa hitam yang terjadi semasa mereka bertunang, Uwais bukan seperti dulu lagi. Lelaki itu berubah menjadi seorang lelaki yang ego! Nak tahu kisah selebihnya? Bacalah novel Love From MR Pilot🤍 #1 - fiksyen #1 - novelmelayu #1 - pilots #1 - romance #1 - cinta
👑Mr Pilot vs Miss Diva💋[COMPLETED] by Christinelcr01
Christinelcr01
  • WpView
    Reads 241,314
  • WpVote
    Votes 5,677
  • WpPart
    Parts 71
Seorang digilai ramai, Seorang lagi jual mahal Seorang di Utara, seorang di Selatan Segalanya bermula apabila si Miss Diva pulang ke negeri kelahirannya setelah menamatkan pengajian Fashion Design di Milan, Italy. Tujuan kepulangannya kali ini adalah untuk membuka butiknya sendiri bersama kawan baiknya. Lain pula bagi si Mr Pilot. Sudah menjadi rutin buatnya berhijrah ke pelbagai negara setiap kali dia menjalankan tugasnya sebagai seorang 'Pilot'. Pertemuan Miss Diva dan Mr Pilot yang haru biru bermula di sebuah lapangan terbang.... "Cik ni buta ke??? Sampai saya jalan di depan ni cik tak nampak?" |Dilan Mikael| "Awak cakap saya buta! Ke awak yang buta!" |Sereena Arrysa| "Babe!! Dah lah, orang nampak tu!" |Rania| Perwatakan yang menarik membuat si Mr Pilot menaruh hati. Bibir mungil kemerahan, mata bundar, rambut beralun lembut keperangan dan muka yang manis.Namun satu sahaja kelemahannya, setiap perkara yang dikerjakan mestilah sempurna. Sudah tertulis bahawa "Miss Diva" yang inginkan segalanya sempurna ditakdirkan untuk melengkapi kesunyian yang mengisi hati "Mr Pilot" yang kebetulan mencari pengantin hidupnya, ibu kepada bakal anak-anaknya kelak. Ke mana sahaja Miss Diva pergi, dia akan bertembung dengan si Mr Pilot. Pertemuan yang mulanya haru biru telah bertukar menjadi titik permulaan saat-saat cinta berputik. Di saat cinta mulai tersulam, bahagia mulai terasa... sesuatu tragedi hitam telah berlaku dan semestinya pahit buat seorang wanita yang bergelar 'isteri' Nantikan kesudahan cerita ini. ⚠️WARNING⚠️ Ada scene dewasa sedikit tetapi tidak terlalu mendalam ⚠️Scene yang melampau 🔞 dijamin tiada⚠️ ❌ diolah Dari mana-mana cerita. ‼️For those yang tertanya, religion dalam cerita ni adalah pelbagai as well as their race‼️ Rekaan semata-mata. START: 14 OCTOBER 2018 END: FEBRUARY 2023 STATUS: COMPLETED
Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞 by nanashahhrul
nanashahhrul
  • WpView
    Reads 825,567
  • WpVote
    Votes 17,684
  • WpPart
    Parts 92
Ikatan perkahwinan antara Izz bersama Areeda hanya bertahan selama 6 bulan sahaja kerana Areeda meninggal dunia dalam kemalangan. Sesuatu yang terjadi tanpa diduga selepas beberapa bulan kematian Areeda. Ya, kes tangkap basah berlaku. Izz tidak mempunyai pilihan lain selain menikah sahaja bersama wanita bernama Nur Amira Farhana, iaitu kawan baiknya sejak di sekolah menengah lagi. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang disangka akan menambah lagi kebahagiaan dalam keluarga itu. Huh... Siapa sangka dalam usia 3 tahun perkahwinan antara mereka telah didatangi orang ketiga. Amira sanggup bermain cinta dengan sahabat baik Izz sendiri. Apabila rahsianya terbongkar, Amira memang memcintai lelaki itu. Lelaki yang paling dia cinta sejak dulu hingga kini dan lelaki itu bukan Izz. Akhirnya, jalan terakhir dalam hidup Izz dan Amira hanya berakhir dengan penceraian yang menyakitkan. Tetapi anak mereka tetap di bawah jagaan Izz. Selepas bercerai, Izz memilih untuk berpindah ke luar negara atas urusan pekerjaan. Dalam masa yang sama, dia mahu menenangkan fikirannya. Dan dalam masa yang sama juga, Puan Faezah iaitu mama kepada Izz memaksanya untuk berkahwin dengan Fara, iaitu sahabat Izz sejak masih kecil lagi. Fikirannya buntu dan masih trauma. Dia memang percaya bahawa Allah yang menentukan segalanya. Tapi dia tidak percaya akan takdir cinta. Dia cukup sakit hati apabila mengenangkan apa yang Amira pernah lakukan padanya. Dan jawapannya adalah, ya. Dia setuju untuk berkahwin dengan Fara. Sungguh dia ikhlas di sudut hatinya. 🤔Siapkah gerangan lelaki yang bakal mendampingi Amira ? 🤔Adakah Izz akan hidup bahagia dengan Fara ? 🤔Adakah dia akan menyayangi Fara seperti dia menyayangi Amira dulu ? Nantikan hingga cerita ini tamat...👨🏻‍✈️❤️👩🏻‍⚕️ *Happy reading you guys. Tq for reading. Maaf klau ada bnyk kekurgn dlm novel ni. Vote bnyk² ok☺️☺️... Btw... Cerita ni akn diupdate slow².
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,530,692
  • WpVote
    Votes 256,982
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.