Shida
67 stories
The Silent Voice Is My Wife | OG by Lxyhavreb_
Lxyhavreb_
  • WpView
    Reads 75,937
  • WpVote
    Votes 5,302
  • WpPart
    Parts 47
𝓝𝓞𝓐𝓗 𝓗𝓐𝓘𝓚𝓐𝓛 • Seorang lelaki yang tegas, dingin dan sukar dibaca. Pernah menjadi pembuli kepada Arissa ketika kecil tanpa menyedari kesan yang ditinggalkan. Kini, dia membesar sebagai seorang yang berbeza, namun masa lalu tetap menghantui dirinya. 𝓐𝓡𝓘𝓢𝓢𝓐 𝓓𝓐𝓝𝓘𝓔𝓛𝓛𝓔 •Seorang gadis yang bisu sejak kecil. Lembut, pendiam dan menyimpan seribu rasa dalam diam. Di sebalik kekurangannya, Arissa memiliki hati yang kuat walaupun pernah melalui luka akibat dibuli pada zaman kanak-kanak. 𝚎𝚗𝚓𝚘𝚢 𝚛𝚎𝚊𝚍𝚒𝚗𝚐 𝚍𝚊𝚗 𝚓𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚕𝚞𝚙𝚊 𝚋𝚊𝚐𝚒 𝚟𝚘𝚝𝚎! Start: 29 March 2026 End:
Noktah. by deenn112
deenn112
  • WpView
    Reads 24,621
  • WpVote
    Votes 1,241
  • WpPart
    Parts 67
Beginikah rasanya apabila cinta berbalas? Apakah ia memang terasa indah sebegini? Apa ia akan kekal selamanya? Atau hanya untuk sementara? * * * Tengku Aqasyah, ketua unit elit Phantom, digeruni musuh dan disegani rakan. Hidupnya berkisar antara rahsia, darah dan masa silam yang belum selesai. Namun, di sebalik ketegasannya, tersimpan parut trauma masa lalu yang berpunca daripada musuh ketatnya, Darius. Kehadiran Sarah Safiyya, gadis yang ceria namun naif, menjadi cahaya yang berjaya menembusi tembok ais dalam jiwa Qasy. Wanita ini menjadi satu-satunya titik kelemahan di sebalik jiwa "Viper" yang dingin. Namun cinta yang hadir tanpa sengaja itu turut menarik Sarah ke dalam dunia yang sepatutnya tidak dia mengenalnya. "Awak kahwin dengan saya untuk rosakkan hidup saya ke, Qasy? Awak tahu yang awak ada musuh yang gila macam tu, tapi awak heret saya untuk terlibat sekali?!" - SarahSafiyya "Demi Allah, tak Sarah! Aku akui, pada awalnya... niat aku kahwin dengan kau memang untuk protect kau dari gangguan dia. Tapi Sarah, dengar sini..." "Niat tu terus berubah lepas aku lafaz akad kita. Aku ikhlas nak peristerikan kau sebagai bidadari dalam hidup aku." - TengkuAqasyah Apabila bahaya mula menghampiri, kepercayaan diuji dan kesetiaan dipertaruhkan. Setiap langkah ke hadapan membawa mereka semakin hampir ke garis penamat yang tidak pasti. Ia memaksa Qasy melanggar segala protokol kepolisian demi menyelamatkan nyawa insan tersayang. Mampukah dia mengekalkan sisa kewarasannya apabila trauma yang lama mula berakar? atau Adakah Noktah. yang dicari selama ini sebenarnya hanyalah satu lagi permulaan kepada kehancuran yang lebih besar? "Dunia aku mungkin berbahaya, tapi kau adalah satu-satunya alasan aku pulang untuk cari keamanan. Tolong, jangan tinggalkan aku, Sarah." 21/03/26
Sebaris Takdir Affeya |c  | by btrsyaa3
btrsyaa3
  • WpView
    Reads 26,698
  • WpVote
    Votes 1,109
  • WpPart
    Parts 52
Pertemuan pertama mereka tidak pernah seindah yang disangka. "Nasib air ni tak kena baju aku!" "Maaf, maaf... saya tak sengaja." Pergaduhan, salah faham dan sikap masing-masing yang tidak matang membuatkan mereka sering bertelagah. Namun, di sebalik segala perselisihan itu, tanpa mereka sedari, hati masing masing mula berubah. Perlahan-lahan, takdir mula menemukan mereka berdua... "Kau buat apa kat sini?" - Afif "Saya tengah tangkap ikan kat sini." - Affeya "Kau rasa ikan yang mana satu paling hensem?" - Afif Afif dan Affeya sudah mengenali satu sama lain sejak zaman persekolahan lagi. Namun, hubungan mereka tidak pernah berjalan dengan mudah. Setiap kali berjumpa, pasti ada sahaja perkara yang membuatkan mereka menyampah. Bagi Affeya, Afif hanyalah lelaki yang suka mengusik dan menyakitkan hati. Bagi Afif pula, Affeya ialah gadis degil yang tidak pernah mahu mengalah. Tetapi selepas bertahun-tahun berlalu, hati mula menunjukkan perasaan yang sebenar. "Kau suka aku ke, Affeya... jujur?" - Afif "Awak nak tahu sangat, kan? Ya, saya memang suka awak dari dulu lagi." - Affeya Namun, kehidupan mereka tidak selamanya dipenuhi bahagia. Tugas, jarak dan sebuah kesakitan yang hadir tanpa diduga mula menguji hubungan yang mereka bina bersama. Saat salah seorang daripada mereka terpaksa berdepan dengan ujian yang mengubah kehidupan, cinta mereka sekali lagi diuji. Kali ini bukan dengan pergaduhan atau salah faham, tetapi dengan ketakutan untuk kehilangan insan yang paling disayangi. "Kalau abang rindu kenangan kita, tengoklah pokok-pokok bunga ni." - Affeya "Sebab apa?" - Afif "Sebab kita tanam sama-sama." - Affeya Mampukah Afif dan Affeya mempertahankan cinta yang pernah bermula dengan sebuah pertengkaran? Atau adakah ujian itu akan menjadi titik terakhir dalam kisah cinta mereka?
ZARITH'S: HER COMMANDO [C] by sdaniella___
sdaniella___
  • WpView
    Reads 1,159,134
  • WpVote
    Votes 47,750
  • WpPart
    Parts 82
Aiman Zarith x Aufyaa Imani [𓂀 ʙʟᴀᴄᴋ ᴅᴇᴍᴏɴ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ɪɪ 𓂀] ‼️WARNING‼️ - Might contain sensitive issues. Read on your own risks. Sinopsis: Aiman Zarith merupakan seorang anggota pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai VAT69. Serbuan yang dilakukan oleh pasukan yang diketuai Zarith enam tahun lalu di sebuah rumah pelacuran milik sebuah kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Venom telah menjadi titik pertemuan Zarith dan seorang gadis bersama seorang bayi perempuan. "Kau bawa anak kau ke tempat macam ni? Untuk apa? Untuk tengok aksi kau dengan jantan dalam bilik ni?" - Aiman Zarith Aufyaa Imani merupakan seorang gadis biasa yang lahir dari sebuah keluarga yang cukup harmoni. Kematian ibunya akibat kanser mengubah seorang ayah penyayang menjadi bengis, kaki pukul, kaki judi dan kaki minum. Kejadian satu malam yang mencambah kebencian dalam hati Aufyaa terhadap si ayah sehingga dia tidak lagi memerlukan sosok seorang ayah dalam hidupnya. "Aku tahu pandangan orang macam kau pada golongan lorong macam kami. Tapi kau langsung tak ada hak untuk menghina, terutama sekali anak haram yang kau sebut tu." - Aufyaa Imani Sepanjang enam tahun selepas serbuan di rumah pelacuran dan bubarnya Venom, Aufyaa menghabiskan waktunya mencari rezeki untuk menyara diri dan bayi yang dijaga. Sehinggalah takdir menemukan semula Zarith dan Aufyaa selepas enam tahun membawa haluan masing-masing. Takdir apa yang sudah tertulis untuk mereka sehingga mereka dipertemukan semula? Start: 11 MAY 2024 End: 24 MAY 2025
QARL AL-FAWWAZ  (complete) by rlizzzz
rlizzzz
  • WpView
    Reads 61,981
  • WpVote
    Votes 2,208
  • WpPart
    Parts 80
"Garang." Itulah perkataan pertama yang terlintas setiap kali Medina Aralynn melihat lelaki itu. Qarl Al-Fawwaz. CEO muda yang terkenal dengan wajah kacaknya, ketegasan yang sukar dibaca dan perangai garang yang membuatkan semua orang tegak macam pembaris bila dia lalu. Mulutnya memang tajam. Nada suaranya pula sentiasa tenang, dingin dan serius. Tapi entah kenapa, setiap kali dia bercakap, orang yang mendengar selalu tahan ketawa. "Benda mudah pun nak aku lukis atas dahi baru faham? Buat kerja, bukan buat dokumentari kehidupan." Garang. Tapi boleh buat orang tersengih sambil minta maaf. Tiada siapa berani melawan arahannya. Dan tiada siapa pernah melihat lelaki itu memberi layanan istimewa kepada mana-mana wanita. Termasuk Medina Aralynn. Tetapi mungkin ia akan berubah... Bagi Aralynn, lelaki itu hanyalah seorang ceo yang suka membebel dengan muka tak berperasaan. Sejenis manusia yang marah pun macam tengah baca berita. Sedangkan dirinya? Dia seorang pembantu peribadi. Seorang gadis yang sentiasa selamba. Kena marah pun masih boleh jawab dengan muka tenang. "Baik, bos. Saya salah. Tapi saya salah dengan penuh keyakinan." Dan entah macam mana, ayat itu pernah membuat Qarl diam tiga saat sebelum mengurut dahinya. Medina Aralynn memang banyak cakap. Kadang-kadang terlebih santai. Kadang-kadang lawak dia sendiri pun dia seorang yang gelak. Tapi walau mulutnya tak berhenti bercakap, setiap arahan Qarl tetap dia ikut tanpa banyak soal. "Bos suruh saya diam? Baik. Saya diam. Tapi dalam hati saya masih bercakap." TANPA SEDAR, TEMBOK ITU RUNTUH. Sebuah cerita tidak pernah sempurna, begitu juga penulisnya. Jika ada kata yang tersalah, cerita yang terkurang atau sesuatu yang tidak seperti diharapkan, maafkan segala kekhilafan. Pohon kemuning di tepi perigi, Tumbuh subur menghijau laman; Andai ada cacat dalam karya ini, Maaf dipinta atas kekurangan.
𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖] by irviuayna_
irviuayna_
  • WpView
    Reads 514,226
  • WpVote
    Votes 13,251
  • WpPart
    Parts 56
[Stand alone series] FERHAD EIRSYAQ - Seorang jejaka berdarah Sepanyol Malaysia yang memiliki sepasang iris berwarna amber yang mampu membuat sesiapa sahaja yang meliriknya terpukau dan juga merupakan pemilik ZIYS GROUP.Perwatakannya yang dingin juga tidak gemar bergaul dengan kaum hawa menyebabkan dia masih belum mempunyai pasangan sehingga sekarang. FAURA IRANIA - Seorang gadis yang cantik dan berperwatakan dingin juga berkarisma merupakan penerus syarikat IREX GROUP milik arwah ayahnya.Disebalik kedinginannya terselit satu rahsia duka yang telah mengubah diri Faura menjadi dingin dan menjauhkan diri daripada semua orang. "Encik? Encik tak apa-apa?" "Bertahan sikit lagi ya?Kita hampir sampai" -FAURA IRANIA- "Stay" "Stay with me please" -FERHAD EIRSYAQ- Status: COMPLETE ✅ Tarikh mula: 16 OCTOBER 2023 Tarikh tamat: 15 DISEMBER 2023 WARNING ALERT: THIS STORY MAY CONTAIN⚠️ •cliche story •harsh words •adult content •green flag hero •conflict just nice ii •based on my own idea • Don't plagiarism! Read at your own risk⛔ All Rights Reserved by @irviuayna_
LUMIÈRE (C) by cloudybvry
cloudybvry
  • WpView
    Reads 141,652
  • WpVote
    Votes 5,931
  • WpPart
    Parts 74
Lyra Elowen Safiya, pemilik sebuah kafe kecil iaitu Lumière yang cozy dan penuh dengan aroma kopi serta kek buatan sendiri. Tak pernah sangka hidupnya akan berubah hanya kerana sebuah "perkenalan" yang tak dijangka. Dia cuma kenal Sofea Althea, kawan serumah masa zaman universiti dulu. Sofea selalu bercerita tentang abangnya kepada Lyra. Lelaki yang langsung tak pernah muncul sepanjang kunjungan Lyra ke rumah keluarganya. Ezric Kael Amin merupakan seorang chef terkenal yang bekerja di Hotel Regalia Grand. Kael terkenal dengan sikapnya yang pendiam dan tegas. Dia juga lebih gemar bersendirian dan banyak menghabiskan masa dengan mencipta menu-menu baharu. Kael terlalu sibuk mengejar kesempurnaan dalam dunia kulinari hingga tak ambil kisah dengan hal sekeliling. Sibuk mengurus dapur hotel lima bintang sambil memastikan reputasinya sebagai chef terus unggul. Dia jarang di rumah dan langsung tak ambil tahu tentang "kawan baik" Sofea yang sering menjadi perbualan keluarganya. Tapi bila Puan Hanisah mula menyuarakan niat untuk menjodohkannya dengan gadis pilihan yang tak lain tak bukan ialah Lyra. Dia mula rasa hidupnya terganggu. Tanpa sedar, dua dunia yang selama ini terpisah mula bertemu. Rahsia, konflik dan perasaan yang perlahan-lahan tumbuh menjadikan kisah mereka bukan sekadar tentang makanan atau jodoh pilihan keluarga. Tetapi tentang mengenali diri sendiri dan mungkin juga cinta yang tak disangka. © cloudybvry
Racing King by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 446,087
  • WpVote
    Votes 30,108
  • WpPart
    Parts 60
Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25
MI HOMBRE:LELAKI MILIK AMARA ALTHEA by mUFfinS_sy1vanie
mUFfinS_sy1vanie
  • WpView
    Reads 9,876
  • WpVote
    Votes 277
  • WpPart
    Parts 31
Noah Raffaello-seorang CEO muda yang berjaya, terkenal dengan sikap cool dan nonchalant-nya. Fokus utama dalam hidupnya hanyalah kerjaya, dan dia sering kelihatan tidak peduli dengan dunia peribadinya. Namun, kehidupan Noah berubah apabila dia bertemu dengan Amara Althea. Amara Althea - gadis kampung yang simple, tapi cekal. Hidup dalam suasana kampung yang damai, Amara bukan jenis yang suka berangan tinggi. Dia tak sambung belajar lepas habis sekolah sebab nak bantu ibu dia jual nasi lemak di tepi jalan. Bagi Amara, rezeki halal walaupun tak mewah, tetap cukup buat dia bahagia. Tapi hidup dia mula berubah bila satu pagi, seorang lelaki bersama kawan-kawanya muncul beli nasi lemak. Lelaki tu? Noah Raffaello - CEO muda yang datang ke kampung sebab urusan kerja. Amara tak tahu siapa Noah sebenarnya. Dia cuma anggap lelaki tu pelanggan biasa... tapi entah kenapa, pandangan pertama tu jadi titik mula kisah yang dia sendiri tak pernah jangka. Bila Amara ditawarkan kerja sebagai pembantu rumah di banglo . Dan masa tu, dia tak sedar... yang jalan hidup dia akan bersilang lagi dengan lelaki yang sama - dan dunia dia akan berubah selamanya Walaupun datang dari latar belakang yang berbeza, pertemuan mereka mencetuskan perasaan yang tidak pernah diduga oleh Noah. Amara yang lebih memikirkan tanggungjawabnya, tidak memberi perhatian pada perasaan Noah, namun kehadirannya dalam hidup Noah mula memberikan kesan yang mendalam. Kekuatan dan ketabahan Amara dalam menghadapinya, serta sifat rendah hatinya, membuka hati Noah kepada perasaan yang lebih dalam. BAHASA YANG AGAK KASAR JUGA DIGUNAKAN❗️
IVAN QIDRAN by Daniaaryanna
Daniaaryanna
  • WpView
    Reads 2,047,918
  • WpVote
    Votes 58,501
  • WpPart
    Parts 70
STATUS: COMPLETE IVAN QIDRAN x AERIS ALAIA Disebalik wajah ceria Aeris Alaia tersembunyi luka yang tak pernah sembuh. Membesar dalam dunia yang tidak adil, ibu yang bergelut dengan sakit mental, ayah tiri yang penuh kekerasan, dan bayang seorang ayah kandung yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sehinggalah takdir mempertemukan dia dengan seorang lelaki asing yang sering muncul tanpa diundang, Ivan Qidran. Dari situ, hidup Aeris mula berubah. Hidup yang dulunya kelam kini mula bercahaya. Dalam satu keberanian yang hampir dianggap gila, Aeris melangkah lebih jauh. "Awak, awak nak kahwin dengan saya tak?" - AERIS ALAIA "Desperate sangat ke kau ni sampai ajak aku kahwin?" - IVAN QIDRAN Saat Aeris cuba mendekat, Ivan sentiasa memilih untuk menjauh. Ada benteng yang sengaja bina antara mereka. Katanya, Aeris hanyalah 'adik'. Tapi benarkah sekadar adik atau itu cuma alasan untuk menyembunyikan rasa aneh yang semakin bercambah? "Kerana janji dan amanah, takdir kita tercipta."