UserDotComDotMy's Reading List
4 stories
HIATUS | Cinta Di Antara Luka by fatinzainal10
fatinzainal10
  • WpView
    Reads 1,457
  • WpVote
    Votes 100
  • WpPart
    Parts 7
𝓕𝓪𝓮𝓮𝓺 𝓡𝓲𝔃𝓺 & 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓐𝓻𝓪𝓵𝔂𝓷 Melepaskan, walau hatinya masih memilih si dia. Lapan tahun menyulam cinta sehingga dia menyangka bahawa si dia ialah takdir, ternyata hanya singgah sebagai ujian. Segala-galanya musnah selepas cinta dan kesetiaanya dikhianati. Hatinya koyak, masih di situ. Menjaga dari jauh. Memberi apa yang termampu... walau dia tahu cinta itu tidak akan kembali. "Bukan mudah untuk aku lupakan kau. Kau, wanita pertama mengajarkan aku erti cinta. Aku bagi segala-galanya, tapi kau balas aku dengan pengkhianatan." - FAEEQ RIZQ Hadirnya Bunga Aralyn, gadis manis yang tak banyak bicara tentang dirinya, tapi pandai membaca kesedihan orang lain. Hidupnya tak mudah seperti yang disangka, namun dia berjaya menutupi segalanya dengan senyuman. Tenang, walau dalam hati bergelora. Kuat, walau sering dilupakan. Setiap kali Faeeq Rizq hampir menyerah, Bunga Aralyn datang dengan senyuman dan kata-kata yang aneh tetapi cukup menenangkan "Kalau awak penat sangat, awak boleh pinjam bahu saya. Tapi kena pulangkan balik sebab saya pun kadang-kadang penat juga." -BUNGA ARALYN Siapa sebenarnya Bunga Aralyn? Dan mampukah dia mengembalikan rasa cinta dalam jiwa seorang Faeeq Rizq? Start: 31 December 2023 End:
Perjalanan by Traniyx
Traniyx
  • WpView
    Reads 163
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 9
Ini kisah tentang lima beradik keluarga Khir, yang membesar dalam dunia berbeza, tetapi dipaksa memikul nama yang sama dan tanggungjawab yang tidak pernah dibincangkan secara terbuka. Syahrul, anak sulung, memilih untuk kekal di tanah sendiri- mengurus bengkel dan perniagaan keluarga, menjadi tiang yang tidak selalu kelihatan, tetapi sentiasa menanggung berat yang paling awal. Aliyah, berani dan berprinsip, membawa nama keluarga ke luar negara, membina reputasi dalam dunia automotif antarabangsa, namun belajar bahawa kejayaan tidak selalu menghilangkan rasa sunyi. Syahira, yang kelihatan paling tersusun, menjadi pengimbang di antara emosi dan realiti, mengurus apa yang orang lain tidak sanggup sentuh. Ain, yang pernah mengenal kelajuan dan kehilangan, belajar bahawa tidak semua perlumbaan perlu dimenangi untuk membuktikan diri. Mawaddah, menjadi tulang belakang yang memberi semangat kepada adik-beradiknya yang lain untuk terus berusaha Dalam dunia yang bergerak pantas- di antara bunyi enjin, meja pejabat, dan doa yang dipanjatkan senyap-senyap- setiap daripada mereka terpaksa memilih: untuk terus bergerak, atau berhenti seketika dan bertanya siapa diri mereka sebenarnya. Ini adalah kisah tentang keluarga, tentang kerja yang tidak glamor, tentang cinta yang tidak selalu disebut, dan tentang amanah yang tidak pernah ringan.
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,600,848
  • WpVote
    Votes 343,134
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘