Alongzzz_'s Reading List
2 stories
7 Sumpahan Permata by Amyrizza046
Amyrizza046
  • WpView
    Reads 360
  • WpVote
    Votes 52
  • WpPart
    Parts 31
Tiada siapa tahu rahsia kehidupan. Hidup yang sebelumnya penuh dengan berantakan, berubah dalam sekelip mata. Itulah yang terjadi kepada Azizi. Dia tidak pernah menyangka bahawa, dia akan terperangkap dalam dunia yang dikenali sebagai Lagindra. Sebuah tanah purba Nusantara yang tidak ada di dalam peta dunia. Apakah kerana ianya hanya sebuah mitos lagenda atau dilenyapkan dari pengetahuan manusia. Yang pasti, benua itu sedang di ambang kehancuran. Tanpa pilihan, Azizi dipertanggungjawabkan untuk mengembara ke serata benua Lagindra bagi mengumpulkan kembali tujuh Batu Permata, artefak purba yang menjadi kunci penyatuan lima bangsa yang sedang bergolak, serta menamatkan sumpahan hitam yang sudah berakar sejak berabad-abad lamanya. Namun, setiap permata membawa rahsia, kuasa, dan harga yang perlu dibayar. Di sebalik perjalanannya yang penuh cabaran, persoalan semakin menghantui Azizi, mengapa dia dipilih? Dan, apakah dia benar-benar bersedia untuk memikul takdir yang telah ditentukan untuknya? Kini, pertarungan bukan hanya dengan musuh luar, tetapi juga dengan diri sendiri. Di tengah ketidakpastian, harapan menjadi satu-satunya cahaya."
Pesan Sayang by akyelrahim
akyelrahim
  • WpView
    Reads 5,756
  • WpVote
    Votes 913
  • WpPart
    Parts 15
Setelah bertahun-tahun merantau jauh, Irma akhirnya kembali ke kampung halaman. Tapi kepulangannya bukan sekadar untuk melawat, ia membawa seribu kenangan lama yang kembali menghantui. Dulu, Irma dan Ojan adalah sahabat baik, saling berkongsi cerita dan impian. Namun, satu kejadian pahit memisahkan mereka, meninggalkan luka yang sukar untuk sembuh. Apabila bertemu semula dengan Ojan, semuanya seakan kembali seperti dahulu - tawa, rasa nyaman, dan perasaan yang tak pernah padam. Namun, masa yang telah berlalu dan rahsia lama yang belum terbongkar membuatkan Irma tertanya-tanya adakah mungkin untuk mereka memulakan sesuatu yang baru, atau adakah kenangan lalu akan terus menghalang? Sebuah kisah tentang cinta, persahabatan, dan mengubati luka lama yang masih ada.