Wattpad untuk dibaca
6 stories
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
UNKNOWN [COMPLETE]
CIK_ZALIKHA
  • Reads 1,074,936
  • Votes 88,129
  • Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
Beautiful Path ✔ by CikMardiah
Beautiful Path ✔
CikMardiah
  • Reads 1,543,962
  • Votes 81,229
  • Parts 55
4th Romance by CikMardiah Cover by @_Aisywa NUREEN DAMIA. Dia ingatkan perkahwinan yang terbina atas dasar cinta itu akan kekal bahagia sampai bila-bila. Tapi salah. Takdir Tuhan siapa tahu, bukan ? Disaat dia sendiri berbadan dua, si suami curang. "Apa salah saya dekat awak, Ziyyad ? Apa dosa saya?" NUREEN DAMIA. "Memang tepat keputusan aku ceraikan kau. Memang betul apa yang mama cakap, kau bukan perempuan baik. Buktinya, lepas je aku ceraikan kau.. kau gugur. Nampak sangat kau sengaja gugurkan anak tu. Kenapa? Takut sangat nanti anak tak berbapa?" AHMAD ZIYYAD. Allah, sakitnya dituduh gugurkan anak sendiri. Sakitnya difitnah mentua sendiri. "It's okay to cry. You've been strong for too long." DR.FIRHAN REDZA. "Kalau ini jalan yang terbaik, yang Allah sudah tentukan.. aku terima. Aku redha," NUREEN DAMIA. Start Publish : 29/3/2018 End :
 Lost Soul Melody [✔️] by arniey11
Lost Soul Melody [✔️]
arniey11
  • Reads 48,402
  • Votes 6,160
  • Parts 40
Melody membuat dia terluka. Melody mencipta masa silam yang pahit. Melody juga membuat hidup dia tidak bermaya. Tapi apabila dia tersedar semua itu, dia mula melarikan diri dari melody. Meninggalkan melody dan meneruskan kehidupan baru. Pergi dari kesengsaraan dulu. Namun semua memori dulu hampir kembali akibat datangnya seorang lelaki pencipta melody yang baru. Seseorang lelaki yang ingin dia kembali kepada melody. Tetapi tidak mengetahui identiti dia. Dia takut. Takut akan memori dulu kembali lagi. Jadi dia terpaksa sembunyikan identiti itu dan jangan benarkan lelaki itu mengetahui identitinya. Adakah lelaki itu akan mengetahui identiti dirinya? Adakah perempuan itu akan kembali ke dunia melody? P/S. Mungkin description nampak boring tapi cerita ni serius best.
Cinta Untuk Dia ✔ by arynlxa
Cinta Untuk Dia ✔
arynlxa
  • Reads 946,000
  • Votes 47,949
  • Parts 48
GTR ? Ferrari ? Lamborghini ? Audi ? BMW ? McLaren? Porsche ? Hah, semua tentang kereta, boleh beri kepada Daniela Arielya. Daniela Arielya. Gadis yang dikenali sebagai pemandu kereta profesional di Malaysia dan di antarabangsa. Gadis yang berani mengambil risiko yang amat berbahaya dengan menjadi seorang pemandu kereta. Gadis yang mempunyai strong personality itu bukan sahaja bergiat aktif dalam sukan kereta, malah aktif dalam dunia permodelan. Tengku Zayden Ayrell. Jejaka idaman Melayu. Seorang businessman yang berjaya mendirikan sebuah syarikat atas usahanya sendiri, sekaligus meletakkan dirinya sebagai salah seorang Jutawan Termuda di Malaysia. Jejaka itu bukan sahaja berbakat dalam selok-belok perniagaan, malah dia juga aktif dalam sukan kereta. Perlanggaran kecil antara kereta telah mewujudkan pergaduhan non-stop antara mereka. Tiada sesiapa di antara mereka berdua ingin mengalah. "Oh my God! Hey! Kau takde mata eh?!" - Daniela Arielya. "Kau yang tiba-tiba berhenti mengejut kenapa?!" - Tengku Zayden Ayrell "Hey pakcik! Dah terang-terang traffic light tu tunjuk merah, kau nak aku langgar ke?!" - Daniela Arielya STORY COVER :HaiHeyHu_U
Roda Ferris by harleenxira
Roda Ferris
harleenxira
  • Reads 11,878
  • Votes 2,142
  • Parts 10
2021. Leen Tiarana. Seorang gadis muda yang bercita-cita ingin menjadi novelis terkenal. Ekoran ego bak pencakar langit, dia buat keputusan untuk tidak langsung bergantung kepada keluarga, dan hidup seorang diri sebagai novelis. "Aku akan buktikan, yang aku boleh jadi famous nanti!" -Leen Tiarana. Tanam ego tinggi-tinggi nak ke mana Leen Tiarana oi? Apabila dia jatuh terduduk, manuskrip berbelas kali kena tolak, duit pun dah kurang, hidupnya jadi kucar-kacir. Tapi dia masih tak mahu pulang ke rumah keluarganya. Malu nanti! "Hi, my sexy girlfriend," -Lyan Adriyan. Haaa sudah. Pertemuan di bawah Roda Ferris dengan seorang lelaki kacak, buatkan Leen Tiarana dalam dilema. Mestilah, tiba-tiba kena jadi girlfriend ni apahal? "Aku pakai tudung tau, kau panggil aku seksi? Kau ada otak tak? Kau sekolah tak?"-Leen Tiarana. "Untuk tiga bulan je, please! Aku bantu kau terbitkan novel!"-Lyan Adriyan. Atas kehendak ego dan kepentingan masing-masing, mereka akhirnya bersatu menjadi pasangan kekasih. Cukup tiga bulan, mereka akan putus dengan alasan Leen Tiarana sudah berubah hati. Noktah! "Janji kita sampai dekat sini je. Aku kena pergi," -Lyan Adriyan. Tiada perasaan? Tipulah. Leen Tiarana sering bermimpi dan Lyan Adriyan sering ternanti-nanti. Sudah banyak memori kelakar, cemas dan bodoh yang mereka lalui bersama. Di situ, muncul persoalan. Adakah Leen Tiarana akan mencuba nasib meluahkan perasaan? Lyan Adriyan pula bagaimana? Sanggupkah dia kembali ke Malaysia semula semata-mata demi sexy girlfriend nya? ***